Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang patah hati
MAZMUR 147 : 3
3 Dia menyembuhkan orang yang hancur hati, dan membalut luka mereka.
AMSAL 14 : 13 – 14
13 Ketawa mungkin dapat menyembunyikan kesedihan, tetapi apabila kegembiraan berakhir, kesedihan tetap ada.
14 Orang jahat akan menerima akibat kejahatan mereka, tetapi orang baik akan menerima ganjaran untuk kebaikan mereka.
MAZMUR 34 : 18 – 20
18 Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.
19 TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati; Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.
20 Orang baik mengalami banyak kesusahan, tetapi TUHAN menyelamatkan mereka daripada semuanya;
MAZMUR 39 : 12
12 Engkau menghukum dosa manusia dengan teguran-Mu, dan seperti gegat, Engkau memusnahkan kesukaan mereka. Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas sahaja.
2 KORINTUS 4 : 9
9 Banyak orang memusuhi kami, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa.
MAZMUR 86 : 1 – 17
1 Doa Daud. Dengarlah seruanku, ya TUHAN, dan kabulkanlah doaku, kerana aku lemah dan tidak berdaya.
2 Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu; selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.
3 Engkaulah Allahku; kasihanilah aku; sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu.
4 Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu, kerana aku menaikkan doa kepada-Mu.
5 Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang, Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu.
6 Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah aku minta pertolongan.
7 Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mu kerana Engkau mengabulkan doaku.
8 Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Tuhan, tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan.
9 [158†] Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan, untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu.
10 Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib; hanya Engkaulah Allah.
11 Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, dan aku akan menurutnya dengan setia; ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh.
12 Aku akan memuji Engkau dengan sepenuh hati, ya Tuhan, Allahku; aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu selama-lamanya.
13 Betapa besarnya kasih-Mu untukku; Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.
14 Ya Allah, orang sombong datang melawan aku; sekumpulan orang kejam berusaha untuk membunuh aku; mereka tidak mempedulikan Engkau.
15 Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia.
16 Pandanglah aku dan kasihanilah aku; kuatkanlah aku dan selamatkanlah aku, kerana aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.
17 Ya TUHAN, buktikanlah kebaikan-Mu kepadaku, maka mereka yang membenci aku akan tersipu-sipu, ketika melihat Engkau menghiburkan dan menolong aku.
YOHANES 8 : 32
32 Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan.” [65]
AMSAL 13 : 12 – 14
12 Apabila harapan hancur, hati pun hancur; apabila hasrat tercapai, hati gembira.
13 Orang yang menolak firman Allah akan mencelakakan diri, sebaliknya orang yang taat kepada perintah Allah akan mendapat pahala.
14 Ajaran orang bijak bagaikan sumber kehidupan; apabila ada ancaman, ajaran itu menyelamatkan nyawa.
2 TAWARIKH 7 : 14
14 tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.
AMSAL 12 : 25
25 Kekhuatiran menyebabkan orang berdukacita, tetapi kata-kata yang baik menghiburkan hati.
MAZMUR 55 : 22
22 Kata-katanya halus merayu, tetapi hatinya penuh kebencian; kata-katanya lemah-lembut, tetapi menikam hati seperti pedang yang tajam.
YAKOBUS 4 : 17
17 Oleh itu, seseorang yang tidak melakukan apa yang baik dan yang harus dilakukan, orang itu berdosa.
IBRANI 4 : 15
15 Imam Agung kita ini bukanlah imam yang tidak dapat bersimpati terhadap segala kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai Imam Agung yang pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa!
MAZMUR 119 : 105
105 Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku, dan cahaya yang menerangi jalanku.
YOHANES 6 : 37
37 Semua orang yang diserahkan oleh Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak sesiapa pun yang datang kepada-Ku,
YOHANES 15 : 10
10 Jika kamu mentaati perintah-Ku, Aku akan tetap mengasihi kamu, seperti Bapa tetap mengasihi Aku kerana Aku mentaati perintah-Nya.
AMSAL 14 : 7 – 8
7 Jauhkanlah diri daripada orang bodoh; mereka tidak dapat mengajarkan apa-apa.
8 Orang yang bijak tahu apa yang harus dilakukannya; orang yang bodoh tertipu oleh kebodohannya sendiri.
LUKAS 22 : 35
35 [207†] Kemudian Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, “Apabila Aku mengutus kamu dahulu dengan tidak membawa dompet, beg, atau kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?” “Tidak!” jawab mereka.
YOHANES 3 : 16
16 Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. [21]
Leave a Reply