Galilea

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Galilea

YOSUA 20 : 7
7 Oleh itu, di sebelah barat Sungai Yordan mereka memilih kota-kota yang berikut sebagai kota perlindungan: kota Kedes di Galilea, di kawasan perbukitan Naftali; kota Sikhem di kawasan perbukitan Efraim; dan kota Hebron di kawasan perbukitan Yehuda.

YOSUA 21 : 32
32 Mereka menerima tiga buah kota dari wilayah Naftali: kota Kedes di Galilea bersama dengan padang rumputnya (salah satu kota perlindungan), Hamot-Dor dan Kartan, bersama dengan padang rumputnya.

1 TAWARIKH 6 : 76
76 Di wilayah suku Naftali: Kedes di Galilea, Hamon, dan Kiryataim.

1 RAJA-RAJA 9 : 12
12 Raja Hiram pergi melihat kota-kota itu, tetapi baginda tidak suka kepada kota-kota itu.

2 RAJA-RAJA 15 : 29
29 Pada masa pemerintahan Raja Pekah, Raja Pul, raja Asyur merebut kota Iyon, Abel-Bet Maakha, Yanoah, Kedes, Hazor, daerah Gilead, Galilea, dan Naftali. Baginda membawa penduduk kota-kota itu ke Asyur sebagai orang tawanan.

YESAYA 9 : 1
1 [35†] Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang. Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang.

MATIUS 4 : 15
15 “Tanah Zebulon dan tanah Naftali, yang menghala ke tasik, di seberang Sungai Yordan, Galilea, negeri orang bukan Yahudi!

YESAYA 9 : 1
1 [35†] Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang. Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang.

MARKUS 6 : 21
21 Akhirnya Herodias mendapat peluang pada hari keputeraan Raja Herodes. Raja Herodes mengadakan jamuan untuk semua pegawai tinggi kerajaan, pegawai tentera, dan tokoh-tokoh masyarakat Galilea.

LUKAS 3 : 1
1 Pada tahun kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus ialah gabenor negeri Yudea dan Herodes memerintah negeri Galilea. Filipus, saudara Herodes, menguasai kawasan Iturea dan Trakhonitis; dan Lisanias memerintah di Abilene.

LUKAS 23 : 7
7 Apabila Pilatus mengetahui bahawa Yesus berasal dari daerah yang diperintah oleh Herodes, dia menyuruh orang menghantar Yesus kepada Herodes. Ketika itu, Herodes juga di Yerusalem.

MATIUS 17 : 22
22 Apabila semua pengikut Yesus berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia.

MATIUS 19 : 1
1 Setelah Yesus mengatakan semua perkara itu, Dia meninggalkan Galilea lalu pergi ke daerah Yudea di seberang Sungai Yordan.

YOHANES 7 : 1
1 Setelah itu Yesus pergi dari satu tempat ke tempat lain di Galilea. Dia tidak mahu pergi ke daerah Yudea kerana para penguasa Yahudi di sana hendak membunuh Dia.

YOHANES 7 : 9
9 Demikianlah kata Yesus, lalu Dia tinggal di Galilea.

MATIUS 4 : 23
23 [30†] Yesus menjelajah seluruh negeri Galilea. Dia mengajar di rumah ibadat dan mengkhabarkan Berita Baik bahawa tidak lama lagi Allah akan memerintah. [31] Dia menyembuhkan banyak orang sakit yang menderita berbagai-bagai penyakit.

MATIUS 4 : 25
25 Orang yang mengikut Yesus banyak sekali. Mereka dari Galilea, dari Sepuluh Kota, dari Yerusalem, dari Yudea, dan dari negeri di seberang Yordan.

MATIUS 15 : 31
31 Orang ramai hairan apabila mereka melihat yang bisu bercakap, yang lumpuh berjalan, yang tempang sembuh, dan yang buta melihat. Mereka memuji-muji Allah umat Israel.

MARKUS 1 : 14
14 Setelah Yohanes dipenjarakan, Yesus pergi ke Galilea dan mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *