Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Zobah
1 SAMUEL 14 : 47
47 Setelah Raja Saul menjadi raja Israel, baginda berperang dengan semua musuhnya di mana-mana: orang Moab, Amon, dan Edom; raja negeri Zoba dan orang Filistin. Di mana sahaja Raja Saul berperang, baginda selalu menang. [61]
2 SAMUEL 8 : 8
8 Raja Daud juga merampas banyak gangsa dari Betah dan Berotai, kota-kota yang dahulu dikuasai oleh Raja Hadadezer.
2 SAMUEL 8 : 12
12 iaitu Edom, Moab, Amon, Filistin, dan negeri orang Amalek. Raja Daud juga mempersembahkan sebahagian daripada barang-barang yang dirampasnya daripada Raja Hadadezer.
1 RAJA-RAJA 11 : 24
24 lalu dia menjadi pemimpin sekumpulan gerombolan. (Hal ini berlaku setelah Raja Daud mengalahkan Raja Hadadezer, dan membunuh tentera Siria yang menjadi sekutu Raja Hadadezer.) Rezon dan anak buahnya pergi ke Damsyik dan tinggal di situ. Di tempat itu anak buah Rezon melantik dia menjadi raja negeri Siria.
1 TAWARIKH 18 : 9
9 Raja Tou, pemerintah negeri Hamat, mendengar bahawa Raja Daud telah mengalahkan segenap tentera Raja Hadadezer.
2 SAMUEL 10 : 19
19 Apabila raja-raja yang di bawah kuasa Raja Hadadezer sedar bahawa mereka sudah dikalahkan oleh orang Israel, raja-raja itu berdamai dengan orang Israel dan takluk ke bawah kuasa mereka. Sejak itu orang Siria tidak lagi berani membantu orang Amon.
1 TAWARIKH 19 : 19
19 Apabila raja-raja yang di bawah kuasa Raja Hadadezer menyedari bahawa mereka telah dikalahkan oleh tentera Israel, raja-raja itu berdamai dengan Raja Daud dan takluk kepada kuasa baginda. Sejak itu orang Siria tidak mahu lagi membantu orang Amon.
MAZMUR 60 : 12
12 Ya Allah, adakah Engkau sudah menolak kami? Tidakkah Engkau maju bersama-sama tentera kami?
2 TAWARIKH 8 : 3
3 Raja Salomo merebut daerah Hamat dan Zoba,
Leave a Reply