Apa yang Alkitab katakan tentang Zadok

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Zadok

2 SAMUEL 19 : 11
11 Kata-kata itu sampai kepada Raja Daud. [69] Oleh itu Raja Daud menyuruh Imam Zadok dan Imam Abyatar bertanya kepada para pemimpin Yehuda, “Mengapa kamu yang terakhir menyambut raja dan mengiringi baginda kembali ke istana?

2 SAMUEL 20 : 25
25 Setiausaha negeri: Seya Imam: Zadok dan Abyatar

1 TAWARIKH 15 : 11
11 Kemudian Raja Daud memanggil Imam Zadok dan Imam Abyatar, serta enam orang Lewi: Uriel, Asaya, Yoel, Semaya, Eliel, dan Aminadab.

1 TAWARIKH 16 : 39
39 Imam Zadok dan imam-imam yang lain ditugaskan untuk mengurus ibadat kepada TUHAN di tempat beribadat di Gibeon.

2 SAMUEL 15 : 36
36 Ahimaas anak Zadok dan Yonatan anak Abyatar juga mengikuti bapa mereka. Kirimlah semua berita kepadaku dengan perantaraan Ahimaas dan Yonatan.”

2 SAMUEL 17 : 15
15 Selepas itu Husai memberi laporan kepada Imam Zadok dan Imam Abyatar tentang nasihat Ahitofel dan nasihatnya sendiri kepada Absalom dan para pemimpin Israel.

2 SAMUEL 17 : 21
21 Ahimaas dan Yonatan keluar dari perigi itu, lalu segera pergi menemui Raja Daud. Mereka melaporkan segala hal yang berlaku. Mereka berkata, “Ahitofel memberi nasihat untuk menyerang tuanku. Oleh itu berangkatlah sekarang juga dan seberangilah sungai ini.”

1 RAJA-RAJA 1 : 8
8 Tetapi Imam Zadok, Benaya anak Yoyada, Nabi Natan, Simei, Rei, dan pengawal peribadi Raja Daud tidak berpihak kepada Adonia.

1 RAJA-RAJA 1 : 26
26 Tetapi Adonia tidak menjemput hamba, Imam Zadok, Benaya anak Yoyada, dan Salomo.

1 RAJA-RAJA 1 : 40
40 Selepas itu mereka mengiringi Raja Salomo balik ke istana sambil bersorak-sorak dan meniupkan seruling. Suara mereka begitu kuat sehingga bumi seakan-akan terbelah kerana keriuhan itu.

1 RAJA-RAJA 1 : 45
45 Zadok dan Natan melantik Salomo menjadi raja dengan melumuri kepalanya dengan minyak, di mata air Gihon. Selepas itu mereka masuk ke dalam kota sambil bersorak-sorak. Itulah keriuhan yang kamu dengar tadi.

1 RAJA-RAJA 2 : 35
35 Kemudian Raja Salomo melantik Benaya menjadi panglima tentera untuk menggantikan Yoab, dan melantik Imam Zadok untuk menggantikan Abyatar.

1 TAWARIKH 29 : 22
22 Pada hari itu mereka makan dan minum dengan gembira di hadapan TUHAN. Kemudian untuk kali kedua mereka mengisyhtiharkan Salomo sebagai raja. Atas nama TUHAN, mereka melantik Salomo menjadi raja, dan Zadok menjadi imam.

2 RAJA-RAJA 15 : 33
33 Pada masa itu Raja Yotam berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Bondanya ialah Yerusa anak Zadok.

2 TAWARIKH 27 : 1
1 Raja Yotam menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Bondanya ialah Yerusa anak Zadok.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *