Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang watak tuhan
MAZMUR 103 : 8 – 14
8 [193†] TUHAN pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih.
9 Dia tidak selalu murka, Dia tidak selalu menaruh dendam.
10 Dia tidak menghukum kita setimpal dengan dosa kita, Dia tidak membalas kita setimpal dengan kesalahan kita.
11 Tetapi setinggi langit dari bumi, setinggi itu juga kasih-Nya kepada orang yang menghormati-Nya.
12 Sejauh timur dari barat, sejauh itu juga dibuang-Nya dosa kita.
13 Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya, begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.
14 Dia tahu bagaimana kita dibentuk, Dia ingat bahawa kita ini debu belaka.
Leave a Reply