Apa yang Alkitab katakan tentang Tidak mementingkan diri sendiri

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Tidak mementingkan diri sendiri

ROMA 12 : 10
10 Kamu harus saling mengasihi dengan mesra sebagai saudara dalam keluarga Kristus. Hendaklah kamu saling mendahului untuk memberikan hormat.

ROMA 15 : 3
3 [129†] Kita berbuat demikian, kerana Kristus pun tidak memikirkan kesenangan diri-Nya sendiri. Di dalam Alkitab tertulis, “Segala cercaan yang ditujukan kepada-Mu kena padaku.”

1 KORINTUS 9 : 23
23 Semua itu aku lakukan untuk Berita Baik, supaya aku dapat menerima berkatnya juga.

1 KORINTUS 10 : 24
24 Janganlah seorang pun lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan orang lain.

1 KORINTUS 10 : 33
33 Ikutlah teladanku. Aku berusaha menyenangkan hati semua orang dalam segala sesuatu yang aku lakukan. Aku tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan orang lain, supaya mereka boleh diselamatkan.

1 KORINTUS 13 : 5
5 Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam.

2 KORINTUS 5 : 15
15 Kristus mati untuk semua orang, supaya orang yang hidup tidak lagi hidup untuk diri sendiri, melainkan untuk Dia yang sudah mati dan dibangkitkan untuk kebaikan mereka.

2 KORINTUS 8 : 9
9 Kamu tahu bahawa kita sangat dikasihi oleh Yesus Kristus Tuhan kita. Meskipun Dia kaya, Dia menjadikan diri-Nya miskin untuk kebaikan kamu, supaya dengan kemiskinan-Nya itu, kamu menjadi kaya.

FILIPI 2 : 4
4 Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.

YAKOBUS 2 : 8
8 [4†] Kamu melakukan apa yang benar jika kamu mengamalkan hukum Pemerintahan Allah yang tertulis di dalam Alkitab, “Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”

KEJADIAN 13 : 9
9 Oleh itu sebaiknya kita berpisah. Pilihlah bahagian tanah yang kamu suka. Jika kamu pergi ke sebelah sini, aku akan pergi ke sebelah sana.”

KEJADIAN 14 : 24
24 Hamba tidak mahu mengambil apa-apa pun untuk diri hamba. Hamba hanya mahu menerima apa yang sudah digunakan oleh anak buah hamba. Tetapi biarlah teman sekutu hamba, iaitu Aner, Eskol, dan Mamre mengambil bahagian mereka.”

KEJADIAN 14 : 21
21 Kemudian Raja Sodom bertitah kepada Abram, “Ambillah barang jarahan itu, tetapi sudilah kembalikan semua orang beta.”

KEJADIAN 23 : 6
6 “Kami menghormati tuan sebagai pemimpin yang berkuasa di kalangan kami; oleh itu kebumikanlah isteri tuan di kubur yang terbaik yang ada pada kami. Kami semua berbesar hati untuk memberikan tanah perkuburan kepada tuan, supaya tuan dapat mengebumikan isteri tuan.”

KEJADIAN 23 : 11
11 “Bangsa saya sendiri menjadi saksi bahawa tanah itu serta guanya saya berikan kepada tuan, supaya tuan dapat mengebumikan isteri tuan.”

KEJADIAN 44 : 34
34 Bagaimanakah saya dapat balik kepada bapa saya jika anak itu tidak bersama dengan saya? Saya tidak sanggup melihat malapetaka itu menimpa bapa saya.”

BILANGAN 11 : 29
29 Musa menjawab, “Adakah engkau memikirkan hal aku? Aku sangat berharap agar TUHAN memberikan Roh-Nya kepada semua umat-Nya, dan menyebabkan mereka semua berseru seperti nabi!”

BILANGAN 14 : 19
19 [50†] Oleh itu ya TUHAN, ampunkanlah dosa umat ini, kerana kasih-Mu besar dan tidak berubah, sebagaimana Engkau telah mengampuni mereka sejak mereka meninggalkan Mesir.”

HAKIM-HAKIM 8 : 23
23 Gideon menjawab, “Saya tidak akan menjadi pemimpin kamu; anak saya pun tidak. TUHAN yang menjadi pemimpin kamu.”

1 SAMUEL 11 : 13
13 Tetapi Raja Saul bertitah, “Tiada seorang pun yang akan dibunuh pada hari ini, kerana pada hari ini TUHAN telah menyelamatkan Israel.”

1 SAMUEL 23 : 18
18 [97†] Kemudian Daud dan Yonatan mengikat janji persahabatan di hadapan TUHAN. Setelah itu Yonatan pulang ke rumahnya, sedangkan Daud tetap tinggal di Hores.

1 SAMUEL 24 : 17
17 Setelah Daud mengucapkan kata-kata itu, Raja Saul bertitah, “Benarkah kamu ini Daud, anakku?” Lalu Raja Saul menangis.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *