Apa yang Alkitab katakan tentang senjata api

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang senjata api

MATIUS 26 : 52 – 54
52 Yesus berkata kepada pengikut itu, “Sarungkan pedangmu kembali, kerana semua orang yang menggunakan pedang akan terbunuh dengan pedang.
53 Tidakkah kamu tahu bahawa Aku boleh meminta Bapa-Ku menolong Aku, dan dengan segera Bapa-Ku dapat mengirim malaikat yang lebih daripada dua belas pasukan?
54 Tetapi Aku tidak akan meminta Bapa-Ku menolong Aku. Jika Aku berbuat demikian, bagaimanakah nubuat di dalam Alkitab yang mengatakan bahawa perkara ini harus berlaku dapat terjadi?”

KELUARAN 22 : 2 – 3
2 [2-4] Orang itu mesti mengganti apa sahaja yang dicurinya. Jika dia tidak mempunyai apa-apa, dia mesti dijual sebagai abdi untuk membayar apa yang telah dicurinya. Jika yang dicuri itu lembu, keldai, ataupun domba, dan didapati masih hidup pada orang itu, dia mesti mengganti setiap ekor binatang dengan dua ekor binatang. Jika seorang pencuri tertangkap ketika memecah masuk ke dalam rumah pada malam hari, lalu dia terbunuh, orang yang membunuh dia tidak bersalah. Tetapi jika hal ini berlaku pada siang hari, orang yang membunuh pencuri itu bersalah.
3

LUKAS 22 : 36
36 “Tetapi sekarang,” kata Yesus, “orang yang mempunyai dompet atau beg, mesti membawanya; dan orang yang tidak mempunyai pedang, mesti menjual jubah untuk membeli pedang.

ROMA 12 : 19
19 [119†] Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”

LUKAS 10 : 27
27 [115†] Orang itu menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’; dan ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ ”

KEJADIAN 9 : 5 – 6
5 Setiap orang dan binatang yang membunuh manusia akan Kuhukum mati.
6 [53†] Manusia diciptakan seperti Allah; oleh itu, sesiapa yang membunuh manusia akan dibunuh oleh manusia juga.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *