Apa yang Alkitab katakan tentang Semangat, Beragama

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Semangat, Beragama

YOSUA 24 : 16
16 Umat Israel menjawab, “Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan TUHAN untuk mengabdi kepada tuhan-tuhan lain!

2 SAMUEL 24 : 25
25 Kemudian Raja Daud mendirikan mazbah di situ bagi TUHAN, lalu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN [94] serta korban untuk memohon berkat TUHAN. [95] TUHAN mengabulkan doa Raja Daud, lalu wabak yang melanda Israel itu berhenti.

1 RAJA-RAJA 9 : 4
4 Jika engkau mengabdi kepada-Ku dengan jujur dan tulus hati seperti bapamu Daud, dan jika engkau taat kepada hukum-hukum-Ku serta melakukan segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,

1 RAJA-RAJA 15 : 14
14 Walaupun Raja Asa tidak memusnahkan semua tempat penyembahan berhala, namun baginda tetap setia kepada TUHAN seumur hidupnya.

1 TAWARIKH 29 : 17
17 Aku tahu bahawa Engkau menguji hati setiap orang dan Engkau berkenan kepada orang yang murni hatinya. Dengan tulus ikhlas dan rela hati, aku mempersembahkan semua ini kepada-Mu. Aku telah menyaksikan umat-Mu yang berkumpul di sini membawa persembahan mereka kepada-Mu dengan senang hati.

2 TAWARIKH 15 : 15
15 Segenap penduduk Yehuda bersukacita kerana mereka telah membuat perjanjian itu dengan sepenuh hati. Mereka beribadat kepada TUHAN dengan sungguh-sungguh, maka mereka pun diperkenankan TUHAN dan diberikan keamanan di seluruh negeri.

2 TAWARIKH 19 : 3
3 Walaupun demikian, ada juga perbuatan baik yang tuanku lakukan. Tuanku telah membuang lambang-lambang Dewi Asyera yang disembah rakyat, dan tuanku telah berusaha melakukan kehendak Allah.”

EZRA 7 : 23
23 Berhati-hatilah melaksanakan segala yang telah diwajibkan Allah penguasa di syurga bagi Rumah-Nya, supaya Dia tidak murka terhadap beta ataupun terhadap orang yang memerintah selepas beta.

AYUB 16 : 19
19 [37†] Ada pembelaku di syurga yang akan memberikan kesaksian bahawa aku tidak berdosa.

MAZMUR 42 : 2
2 Seperti rusa merindukan air sungai, demikianlah jiwaku merindukan Engkau, ya Allah.

MAZMUR 60 : 4
4 Engkau telah menggempakan bumi sehingga belah; perbaikilah yang pecah kerana bumi goyah.

MAZMUR 96 : 3
3 Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa, dan perbuatan-Nya yang mengagumkan kepada segenap manusia.

MAZMUR 96 : 10
10 Katakanlah kepada semua bangsa, “TUHAN itu raja! Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang; Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil.”

MAZMUR 119 : 139
139 Kemarahan membara dalam diriku kerana musuhku melanggar perintah-Mu.

AMSAL 11 : 30
30 Kesalihan [26] memberikan hidup, tetapi keganasan [27] mencabut hidup itu.

PENGKHUTBAH 9 : 10
10 Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh, kerana di dunia orang mati tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat lagi; ke sanalah kamu akan pergi.

YESAYA 58 : 12
12 Kamu akan membina semula apa yang sudah lama runtuh; kamu akan membinanya semula di atas asas yang lama. Kamu akan dikenal sebagai umat yang membina semula tembok-tembok kota dan rumah-rumah yang runtuh.”

YESAYA 60 : 1
1 Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem, kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang; TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.

YESAYA 62 : 7
7 Mereka mesti terus mengingatkan Dia, sehingga Dia memulihkan Yerusalem, dan menjadikannya kota yang termasyhur di seluruh dunia.

DANIEL 12 : 3
3 Pemimpin-pemimpin yang bijaksana akan bersinar seperti langit yang cerah, dan mereka yang mengajar orang berbuat baik dan adil akan bersinar seperti bintang selama-lamanya.”

MIKHA 5 : 7
7 Mereka yang masih hidup antara bangsa-bangsa lain akan menjadi seperti singa yang sedang mencari makanan di hutan atau di padang rumput; singa masuk ke tengah-tengah kawanan domba, menerkam serta mencabik-cabikkan domba; tiada sesiapa pun dapat menyelamatkan domba-domba itu.

HABAKUK 2 : 2
2 TUHAN menjawab aku, “Tulislah dengan jelas apa yang Kunyatakan kepadamu, supaya dapat dibaca dengan mudah. Tulislah semuanya pada batu tulis daripada tanah liat.

HAGAI 2 : 5
5 [6†] Ketika kamu keluar dari Mesir, Aku telah berjanji untuk selalu menyertai kamu. Sekarang pun Aku masih menyertai kamu. Oleh itu, kamu tidak perlu takut.

ZAKHARIA 14 : 21
21 Semua periuk belanga di Yerusalem dan Yehuda akan menjadi milik TUHAN Yang Maha Kuasa. Orang yang mempersembahkan korban akan menggunakan perkakas itu untuk merebus daging korban yang telah dipersembahkan. Apabila masa itu tiba, tiada lagi pedagang di Rumah TUHAN Yang Maha Kuasa.

MATIUS 5 : 16
16 [46†] Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.”

MARKUS 4 : 22
22 [30†] Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan apa yang dirahsiakan akan didedahkan.

LUKAS 8 : 17
17 [77†] Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan apa yang dirahsiakan akan diketahui dan didedahkan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *