Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang semangat
WAHYU 3 : 19
19 [26†] Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.
ROMA 10 : 2
2 Aku boleh memberikan kesaksian bahawa mereka sungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Allah. Tetapi pengabdian mereka tidak berdasarkan pengetahuan daripada Allah.
ROMA 12 : 11
11 Jangan malas, tetapi bekerjalah dengan rajin. Abdikanlah diri kepada Tuhan dengan semangat daripada Roh Allah.
TITUS 2 : 14
14 [7†] Dia sudah mengorbankan nyawa untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik.
YESAYA 59 : 17
17 [203†] Dia memakai keadilan sebagai baju zirah dan penyelamatan sebagai topi besi. Dia bertekad untuk memulihkan keadaan dan membalas ketidakadilan.
MAZMUR 119 : 139
139 Kemarahan membara dalam diriku kerana musuhku melanggar perintah-Mu.
FILIPI 1 : 27
27 Oleh itu penting bagi kamu untuk hidup sesuai dengan apa yang dituntut oleh Berita Baik tentang Kristus. Dengan demikian sama ada aku dapat berjumpa dengan kamu atau tidak, aku akan mendapat berita bahawa kamu berdiri teguh dan berjuang dengan satu tujuan dan satu keinginan, untuk iman yang berdasarkan Berita Baik itu.
1 KORINTUS 9 : 27
27 Aku melatih diri dengan giat supaya aku dapat menguasai diri. Aku berbuat demikian, supaya aku tidak ditolak, setelah aku mengkhabarkan Berita Baik kepada orang lain.
2 KORINTUS 9 : 2
2 Aku tahu bahawa kamu suka menolong, dan aku sudah membanggakan kamu kepada orang di Makedonia. Aku berkata kepada mereka, “Saudara seiman di Akhaya telah bersedia menolong sejak tahun lalu.” Semangat kamu sudah mengobarkan semangat kebanyakan daripada mereka.
2 TESALONIKA 3 : 13
13 Tetapi kamu, saudara-saudara seiman, janganlah jemu berbuat baik.
YAKOBUS 2 : 20 – 24
20 Alangkah bodohnya kamu! Adakah perlu dibuktikan bahawa iman tanpa perbuatan baik itu sia-sia? [6]
21 [7†] Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Abraham? Allah berkenan kepada Abraham kerana perbuatan Abraham, iaitu mempersembahkan Ishak, anaknya di atas mazbah, sebagai persembahan kepada Allah.
22 Kamu tidak nampakkah bahawa Abraham menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Abraham menjadi sempurna.
23 [8†] Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, “Abraham percaya kepada Allah, dan kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah.” [9] Itulah sebabnya Abraham disebut sahabat Allah.
24 Jelaslah sekarang bahawa Allah berkenan kepada seseorang kerana perbuatan orang itu, dan bukan hanya kerana imannya.
1 TIMOTIUS 4 : 12
12 Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya, hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya kepada Kristus dengan percakapanmu, kelakuanmu, kasihmu untuk orang lain, imanmu kepada Kristus dan cara hidupmu yang suci.
2 KORINTUS 4 : 16 – 18
16 Itulah sebabnya kami tidak tawar hati. Meskipun tubuh kami ini menjadi reput, tetapi batin kami dibaharui setiap hari.
17 Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu.
18 Hal itu demikian kerana kami menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya.
FILIPI 4 : 17
17 Aku tidak ingin menerima pemberian sahaja, tetapi aku ingin melihat keuntungan dimasukkan ke dalam akaun kamu.
Leave a Reply