Apa yang Alkitab katakan tentang Rahmat Allah

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Rahmat Allah

KEJADIAN 15 : 6
6 [68†] Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya.

KEJADIAN 20 : 6
6 Allah menjawab dalam mimpi itu, “Ya, Aku tahu bahawa engkau melakukannya dengan hati nurani yang bersih; oleh itu Aku sudah mencegah engkau daripada berdosa terhadap Aku dan tidak membiarkan engkau menjamah wanita itu.

ULANGAN 7 : 9
9 Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya,

ULANGAN 9 : 6
6 Yakinlah bahawa bukan kerana kamu layak, kamu diberikan tanah yang subur oleh TUHAN kamu. Bukan begitu! Kamu memang umat yang keras kepala.

AYUB 10 : 12
12 Engkau memberi aku nyawa dan Engkau mengasihi aku, dan penjagaan-Mu telah memelihara nyawaku.

AYUB 22 : 3
3 [44†] Apakah faedahnya bagi Yang Maha Kuasa, jika engkau melakukan kehendak-Nya? Apakah ada keuntungan bagi-Nya jika hidupmu sempurna?

MAZMUR 94 : 19
19 Ketika aku bimbang dan khuatir, Engkau menghiburkan dan menggembirakan hatiku.

MAZMUR 138 : 3
3 Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu; Engkau menguatkan aku sehingga aku berani.

MAZMUR 143 : 11
11 Selamatkanlah aku, ya TUHAN, menurut firman-Mu; selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.

DANIEL 9 : 18
18 Dengarkanlah kami, ya Allah; pandanglah kami, dan lihatlah kesusahan kami. Lihatlah penderitaan kota yang disebut dengan nama-Mu. Kami berdoa kepada-Mu kerana Engkau penuh belas kasihan dan bukan kerana jasa kami.

DANIEL 10 : 19
19 Katanya, “Allah mengasihi engkau. Oleh itu jangan takut dan jangan cemas tentang apa-apa.” Setelah dia berkata demikian, aku bertambah kuat. Lalu aku berkata, “Tuan, sila bercakap. Tuan telah menguatkan saya.”

YOHANES 6 : 45
45 [45†] Di dalam Kitab Nabi-Nabi tertulis, ‘Semua orang akan diajar oleh Allah.’ Oleh itu sesiapa yang mendengar Bapa dan belajar daripada-Nya, datang kepada-Ku.

YOHANES 17 : 12
12 [109†] Semasa Aku bersama-sama mereka, Aku menjaga mereka dengan kekuasaan nama-Mu; nama yang Engkau berikan kepada-Ku. [110] Aku melindungi mereka dan tidak seorang pun daripada mereka sesat, kecuali orang yang memang seharusnya sesat, supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku.

YOHANES 17 : 15
15 Aku tidak meminta Engkau mengeluarkan mereka dari dunia, tetapi Aku meminta Engkau menjaga mereka daripada Si Jahat.

KISAH RASUL-RASUL 4 : 30
30 Tunjukkanlah kuasa-Mu supaya orang sakit disembuhkan. Hendaklah mukjizat dan keajaiban berlaku dengan kuasa Yesus, Hamba-Mu yang suci.”

KISAH RASUL-RASUL 26 : 22
22 Tetapi sehingga saat ini Allah telah menolong hamba, dan sekarang hamba berdiri di sini untuk memberikan kesaksian kepada semua orang, baik orang besar mahupun orang biasa. Apa yang hamba katakan sama dengan apa yang dikatakan oleh nabi-nabi dan Musa.

ROMA 3 : 24
24 Tetapi oleh rahmat Allah yang dikurniakan dengan percuma, hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula, melalui Yesus Kristus yang membebaskan mereka.

ROMA 4 : 4
4 Seorang yang bekerja, biasanya menerima gaji, dan gajinya itu tidak dianggap sebagai suatu pemberian, kerana gaji itu haknya.

ROMA 4 : 16
16 [39†] Janji Allah itu berdasarkan kepercayaan orang kepada Allah. Dengan demikian, janji itu dijamin sebagai kurnia Allah yang diberikan dengan percuma kepada semua keturunan Abraham, baik orang yang taat kepada Taurat, mahupun orang yang percaya kepada Allah seperti Abraham percaya kepada-Nya. Hal ini demikian kerana Abraham menjadi seperti bapa kepada kita semua.

ROMA 5 : 2
2 Yesus membolehkan kita mengalami rahmat Allah, kerana kita percaya kepada Yesus dan sekarang kita menghayati rahmat itu. Oleh itu, kita membanggakan [45] harapan untuk beroleh bahagian dalam kemuliaan Allah.

ROMA 5 : 8
8 Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.

ROMA 5 : 21
21 Oleh itu sebagaimana orang harus mati kerana berbuat dosa, demikian juga rahmat Allah berkuasa untuk membolehkan kita berbaik semula dengan Allah, [51] sehingga kita beroleh hidup sejati dan kekal melalui Yesus Kristus, Tuhan kita.

ROMA 9 : 16
16 Oleh itu, keputusan Allah tidak bergantung kepada kehendak atau perbuatan manusia, tetapi hanya kepada belas kasihan Allah.

ROMA 11 : 6
6 Pilihan Allah itu tidak berdasarkan perbuatan mereka, tetapi berdasarkan rahmat Allah. Jika pilihan Allah itu berdasarkan perbuatan manusia, maka rahmat Allah itu bukanlah rahmat yang sejati.

1 KORINTUS 1 : 8
8 Kristus sendiri akan meneguhkan kamu sampai pada akhirnya, supaya pada hari Tuhan kita Yesus Kristus datang kembali, kamu didapati tidak bercela.

1 KORINTUS 10 : 13
13 Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang. Tetapi Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya.

1 KORINTUS 15 : 10
10 Tetapi kerana rahmat Allah, aku menjadi seperti sekarang ini dan berkat-Nya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya aku bekerja lebih keras daripada semua rasul yang lain. Sebenarnya hal itu bukan usahaku sendiri, tetapi usaha Allah yang mengasihi aku dan yang bekerja bersama-samaku.

2 KORINTUS 1 : 12
12 Kami merasa bangga kerana hati nurani kami meyakinkan kami bahawa hidup kami di dunia ini, terutama sekali hubungan kami dengan kamu, dikuasai oleh keikhlasan [4] dan ketulusan yang dikurniakan oleh Allah. Kami melakukannya bukan dengan kebijaksanaan manusia, tetapi dengan kebolehan yang diberikan oleh Allah.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *