Apa yang Alkitab katakan tentang rahim

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang rahim

MAZMUR 139 : 13 – 16
13 Engkau menciptakan segala bahagian badanku; Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.
14 Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa. Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan. Aku benar-benar menyedarinya.
15 Ketika tulang-tulangku dijadikan, dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku, ketika aku tumbuh di sana secara rahsia, Engkau tahu bahawa aku di sana.
16 Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku. Jangka masa hidupku sudah ditetapkan dan dicatat di dalam kitab-Mu, bahkan sebelum satu hari pun bermula.

YEREMIA 1 : 5
5 “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”

MAZMUR 127 : 3 – 5
3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.
4 Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
5 Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

YEREMIA 1 : 4 – 5
4 TUHAN berfirman kepadaku,
5 “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”

YESAYA 44 : 24
24 “Akulah TUHAN Penyelamat kamu; Akulah yang menjadikan kamu. Akulah TUHAN Pencipta segala sesuatu. Aku sendiri yang membentangkan langit; Aku menciptakan bumi tanpa bantuan.

AYUB 31 : 15
15 Allah yang menciptakan aku, juga menciptakan hamba-hambaku.

MAZMUR 127 : 3
3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.

YESAYA 49 : 5
5 Sebelum aku lahir, TUHAN telah melantik aku; Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya, untuk mengumpulkan Israel, umat-Nya. TUHAN memberi aku kehormatan, Allahku adalah sumber kekuatanku.

MAZMUR 100 : 3
3 Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.

MAZMUR 139 : 13
13 Engkau menciptakan segala bahagian badanku; Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.

KELUARAN 23 : 25 – 26
25 Jika kamu menyembah Aku TUHAN, Allah kamu, Aku akan memberkati kamu dengan makanan serta minuman, dan menghapuskan segala penyakit kamu.
26 Di negeri kamu, tiada perempuan yang akan keguguran atau mandul. Aku akan mengurniakan usia panjang kepada kamu.

YESAYA 44 : 2
2 Akulah TUHAN yang telah menciptakan kamu, yang membentuk kamu semasa kamu dalam kandungan, dan Aku akan menolong kamu. Janganlah takut; kamu hamba-Ku, umat pilihan-Ku yang Aku kasihi.

AYUB 10 : 8 – 12
8 Tangan-Mu telah mencipta dan membentuk aku, dan kini [28] tangan itu juga yang membinasakan aku.
9 Ingatlah, Engkau mencipta aku daripada tanah liat; [29] mahukah Engkau menghancurkan aku sehingga menjadi debu semula?
10 Engkau memberi bapaku tenaga untuk menjadikan aku; Engkau membesarkan aku di dalam rahim ibuku.
11 Engkau membentuk badanku dengan tulang dan urat, Engkau meliputi tulang-tulangku dengan otot dan kulit.
12 Engkau memberi aku nyawa dan Engkau mengasihi aku, dan penjagaan-Mu telah memelihara nyawaku.

ROMA 8 : 22
22 Kita tahu bahawa sehingga saat ini alam semesta merintih kesakitan seperti kesakitan yang dialami wanita yang bersalin.

KEJADIAN 29 : 31
31 Apabila TUHAN nampak bahawa Lea tidak begitu dikasihi seperti Rahel, Dia mengizinkan Lea melahirkan anak tetapi Rahel tetap tidak mendapat anak.

MAZMUR 22 : 9 – 10
9 [36†] Mereka berkata, “Kamu percaya kepada TUHAN, tetapi mengapakah Dia tidak menyelamatkan kamu? Jika TUHAN mengasihi kamu, mengapakah Dia tidak menolong kamu?”
10 Engkaulah, ya TUHAN, yang mengeluarkan aku dari kandungan ibuku, dan ketika aku masih bayi, Engkaulah yang memelihara aku.

KEJADIAN 20 : 18

GALATIA 1 : 15
15 Tetapi oleh sebab rahmat-Nya, Allah memilih aku sebelum aku dilahirkan dan memanggil aku untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *