Apa yang Alkitab katakan tentang putus asa

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang putus asa

MAZMUR 34 : 17 – 20
17 [58†] tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat; apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan.
18 Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan.
19 TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati; Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.
20 Orang baik mengalami banyak kesusahan, tetapi TUHAN menyelamatkan mereka daripada semuanya;

FILIPI 4 : 6
6 Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.

WAHYU 21 : 4
4 [164†] Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan. Perkara-perkara lama sudah lenyap.”

2 KORINTUS 12 : 9
9 Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku.

FILIPI 4 : 19
19 Allahku dengan kekayaan-Nya yang berlimpah-limpah, akan memenuhi segala keperluan kamu melalui Kristus Yesus.

ROMA 15 : 13
13 Semoga Allah yang memberi kamu harapan, memenuhkan hati kamu dengan kegembiraan dan kedamaian kerana kamu percaya kepada-Nya, supaya dengan kuasa Roh Allah kamu semakin berharap kepada Allah.

YOHANES 14 : 27
27 Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.

1 KORINTUS 6 : 19 – 20
19 [34†] Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. [35] Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.
20 Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.

FILIPI 4 : 13
13 Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *