Apa yang Alkitab katakan tentang perpaduan keluarga

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang perpaduan keluarga

1 TIMOTIUS 5 : 8
8 Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.

EFESUS 6 : 1 – 4
1 [40†] Hai anak-anak, sebagai pengikut Kristus, [41] kamu harus taat kepada ibu bapa, kerana hal itulah yang seharusnya kamu lakukan.
2 [2-3] [42†] “Hormatilah ibu bapamu” adalah perintah pertama daripada Allah yang disertai janji: “supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi.”
3
4 [43†] Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

EFESUS 6 : 4
4 [43†] Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.

KEJADIAN 2 : 24
24 [19†] Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.

1 TIMOTIUS 3 : 4
4 Dia mesti tahu mengurus rumah tangganya dengan baik dan mendidik anak-anaknya agar menurut perintahnya serta menghormati dia.

AMSAL 3 : 5
5 Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri.

MAZMUR 133 : 1
1 Lagu ziarah oleh Daud. Alangkah baiknya dan indahnya apabila umat Allah hidup dengan rukun!

1 KORINTUS 13 : 1 – 13
1 Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna.
2 [72†] Meskipun aku mempunyai kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, dan memahami hal-hal yang dalam, serta hal-hal yang tersembunyi, dan aku juga sangat percaya kepada Allah sehingga dapat mengalihkan gunung, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka aku tidak berguna.
3 Meskipun aku mendermakan semua milikku kepada orang miskin, dan menyerahkan diriku untuk dibakar, [73] tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka semua itu tidak berfaedah bagiku.
4 Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong.
5 Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam.
6 Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. [74]
7 Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.
8 Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai kurnia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itu pun akan dilupakan.
9 Hal itu demikian kerana pengetahuan kita dan kebolehan kita untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, kurang sempurna.
10 Tetapi apabila Allah membuat semuanya sempurna, maka yang tidak sempurna akan lenyap.
11 Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersikap, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak.
12 Allah yang kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka. Tetapi kelak kita akan melihat-Nya dengan jelas. Sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap, tetapi kelak aku akan mengetahui semuanya, seperti Allah mengetahui segala sesuatu tentang diriku.
13 Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain.

IMAMAT 19 : 17 – 18
17 [52†] Jangan berdendam terhadap sesiapa pun. Selesaikanlah perselisihan kamu dengan dia, supaya kamu tidak berdosa kerana orang itu. [53]
18 [54†] Jangan balas dendam terhadap sesiapa pun, atau terus-menerus membenci orang. Kasihilah sesama kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri. Akulah TUHAN.

EFESUS 3 : 14 – 15
14 Itulah sebabnya aku bertelut di hadapan Bapa.
15 Dialah yang menyebabkan setiap kaum di dunia dan di syurga menerima sifatnya yang khas.

MAZMUR 145 : 18
18 Dia dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya, dan yang memohon kepada-Nya dengan tulus hati.

LUKAS 16 : 18
18 [161†] Sesiapa yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina. Demikian juga lelaki yang berkahwin dengan wanita yang telah diceraikan, berzina juga.”

AMSAL 18 : 22
22 Orang yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik. Hal ini bermakna TUHAN memperkenan orang itu.

EFESUS 5 : 21
21 Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain.

MAZMUR 1 : 1 – 6
1 Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat, tidak mengikut contoh orang yang berdosa, atau bergaul dengan orang yang menghina Allah,
2 tetapi suka mentaati Taurat TUHAN dan merenungkannya siang malam.
3 [1†] Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya.
4 Tetapi orang yang jahat tidak begitu; mereka seperti sekam yang ditiup angin.
5 Orang yang jahat akan dihukum oleh Allah, dan dipisahkan daripada umat-Nya.
6 Orang yang taat dipimpin dan dilindungi TUHAN tetapi orang yang jahat menuju kebinasaan.

MATIUS 7 : 21 – 23
21 “Tidak semua orang yang memanggil Aku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan,’ akan menikmati Pemerintahan Allah, tetapi hanya orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga.
22 Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’
23 [76†] Tetapi Aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai kamu yang tidak mentaati Allah!’ ”

1 YOHANES 4 : 7
7 Sahabat-sahabat yang aku kasihi, marilah kita saling mengasihi kerana kasih berasal daripada Allah. Sesiapa yang saling mengasihi, mengenal Allah dan dia anak Allah.

KISAH RASUL-RASUL 2 : 39
39 Allah menjanjikan hal itu untuk saudara-saudara dan keturunan saudara semua, serta untuk semua orang di tempat-tempat yang jauh – iaitu sesiapa sahaja yang dipanggil oleh Tuhan Allah kita supaya datang kepada-Nya.”

AMSAL 3 : 6
6 Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

YOHANES 17 : 21
21 Ya Bapa, Aku berdoa supaya mereka semua menjadi satu, sebagaimana Engkau bersatu dengan-Ku, dan Aku dengan-Mu. Semoga mereka menjadi satu dengan Kita supaya dunia percaya bahawa Engkau mengutus Aku.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *