Apa yang Alkitab katakan tentang Perjuangan Iman

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Perjuangan Iman

1 TIMOTIUS 6 : 12
12 Berjuanglah sungguh-sungguh untuk hidup sebagai orang Kristian yang setia, supaya engkau merebut hadiah hidup sejati dan kekal, kerana untuk hidup itulah Allah memanggil engkau apabila engkau mengaku percaya kepada Kristus di hadapan banyak orang.

2 TIMOTIUS 4 : 7
7 Aku sudah berusaha dengan sebaik-baiknya dalam perlumbaan dan aku sudah sampai di garis akhir. Aku tetap setia [17] kepada Kristus sampai akhir.

IBRANI 10 : 32
32 Ingatlah keadaan kamu pada masa lampau. Pada masa itu, setelah cahaya Allah menyinari kamu, sering kali kamu menderita, namun kamu tetap berjuang dengan gigih.

IBRANI 11 : 34
34 [98†] memadamkan api yang dahsyat, dan menyelamatkan diri daripada tikaman pedang. Mereka lemah, tetapi menjadi kuat; mereka perkasa dalam peperangan dan mengalahkan pasukan-pasukan bangsa asing.

2 TAWARIKH 20 : 17
17 [66†] Kamu tidak perlu bertempur dalam peperangan ini. Ambillah tempat kamu lalu tunggulah. Kamu akan melihat TUHAN memberi kamu kemenangan. Janganlah takut atau ragu-ragu, hai penduduk Yehuda dan Yerusalem! Hadapilah musuh; TUHAN akan menyertai kamu!” [67†]

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *