Apa yang Alkitab katakan tentang perang di syurga

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang perang di syurga

WAHYU 12 : 7 – 9
7 [88†] Kemudian peperangan berlaku di syurga. Mikhael dengan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu. Naga itu, yang dibantu oleh malaikat-malaikatnya melawan Mikhael.
8 Tetapi naga itu dikalahkan. Naga itu dan malaikat-malaikatnya tidak dibenarkan tinggal di syurga lagi.
9 [89†] Naga besar itu dibuang dari syurga. Itulah ular tua yang bernama Iblis atau Syaitan, yang menipu seluruh dunia. Dia dibuang ke bumi dengan semua malaikatnya.

WAHYU 12 : 7 – 12

10 [90†] Kemudian aku mendengar suara lantang di syurga berkata, “Sekaranglah masanya Allah menyelamatkan umat-Nya dan menunjukkan kuasa-Nya sebagai Raja! Sekarang Penyelamat yang diutus-Nya itu menunjukkan kekuasaan-Nya, kerana yang menuduh saudara-saudara kita di hadapan Allah siang dan malam, sudah dibuang dari syurga.
11 Saudara-saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa.
12 Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan semua yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”

WAHYU 12 : 7
7 [88†] Kemudian peperangan berlaku di syurga. Mikhael dengan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu. Naga itu, yang dibantu oleh malaikat-malaikatnya melawan Mikhael.

YESAYA 14 : 12
12 [60†] Hai raja Babilonia, bintang fajar yang cemerlang, engkau sudah jatuh dari langit! Dahulu engkau mengalahkan bangsa-bangsa, tetapi sekarang engkau dicampakkan ke tanah.

WAHYU 12 : 1 – 17
1 Kemudian terlihat di langit sesuatu yang ajaib dan luar biasa: Seorang wanita berpakaian matahari dan kakinya beralaskan bulan. Dia memakai sebuah mahkota yang terdiri daripada dua belas bintang, pada kepalanya.
2 Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.
3 [85†] Lalu sesuatu yang ajaib kelihatan pula di langit: Seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. Setiap kepala memakai sebuah mahkota.
4 [86†] Dengan ekornya naga itu menyeret sepertiga daripada bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke bumi. Naga itu berdiri di hadapan wanita yang sedang bersalin, kerana hendak memakan anaknya, sebaik sahaja bayi itu lahir.
5 [87†] Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi. Tetapi anak itu direnggut daripada wanita itu dan dibawa kepada Allah yang duduk di atas takhta.
6 Wanita itu lari ke padang gurun, ke tempat yang telah disediakan oleh Allah baginya. Di situ dia akan dipelihara selama 1,260 hari.
7 [88†] Kemudian peperangan berlaku di syurga. Mikhael dengan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu. Naga itu, yang dibantu oleh malaikat-malaikatnya melawan Mikhael.
8 Tetapi naga itu dikalahkan. Naga itu dan malaikat-malaikatnya tidak dibenarkan tinggal di syurga lagi.
9 [89†] Naga besar itu dibuang dari syurga. Itulah ular tua yang bernama Iblis atau Syaitan, yang menipu seluruh dunia. Dia dibuang ke bumi dengan semua malaikatnya.
10 [90†] Kemudian aku mendengar suara lantang di syurga berkata, “Sekaranglah masanya Allah menyelamatkan umat-Nya dan menunjukkan kuasa-Nya sebagai Raja! Sekarang Penyelamat yang diutus-Nya itu menunjukkan kekuasaan-Nya, kerana yang menuduh saudara-saudara kita di hadapan Allah siang dan malam, sudah dibuang dari syurga.
11 Saudara-saudara kita telah mengalahkan dia dengan darah Anak Domba dan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka. Mereka tidak cuba menyelamatkan diri, tetapi rela mengorbankan nyawa.
12 Oleh itu, bersukacitalah, hai syurga dan semua yang tinggal di syurga! Tetapi malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”
13 Ketika naga itu menyedari dirinya sudah dibuang ke bumi, naga itu mula mengejar wanita yang telah melahirkan anak lelaki itu.
14 [91†] Tetapi wanita itu diberikan sepasang sayap burung helang yang besar, supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang gurun. Di situ dia akan dipelihara selama tiga tahun setengah, supaya terhindar daripada serangan naga itu.
15 Kemudian, dari mulutnya naga itu menyemburkan air seperti aliran sungai ke arah wanita itu, untuk menghanyutkan dia.
16 Tetapi bumi menolong wanita itu. Bumi membuka mulut dan menelan air yang keluar dari mulut naga.
17 Naga itu sangat marah terhadap wanita itu, sehingga memerangi semua keturunan lain daripada wanita itu. Mereka itu semua orang yang taat kepada perintah Allah dan setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus.

YUDAS 1 : 9
9 [5†] Ketua malaikat, Mikhael, tidak pernah berbuat demikian. Semasa dia bertengkar dengan Iblis tentang siapa yang akan mendapat jenazah Musa, Mikhael tidak berani mengutuk Iblis dengan kata-kata hinaan. Mikhael hanya berkata, “Tuhan menengking kamu!”

ROMA 13 : 1 – 7
1 Setiap orang harus taat kepada pemerintah, kerana pemerintah mendapat kekuasaan daripada Allah. Pemerintah yang ada sekarang pun ditetapkan oleh Allah.
2 Oleh itu orang yang menentang pemerintah, menentang apa yang sudah ditetapkan oleh Allah. Sesiapa yang berbuat demikian akan mendatangkan hukuman kepada dirinya sendiri.
3 Mereka yang berbuat baik tidak perlu takut kepada pemerintah. Hanya mereka yang berbuat jahat harus takut. Jika kamu tidak mahu berasa takut kepada pemerintah, berbuatlah baik, lalu kamu akan dipuji.
4 Hal itu demikian, kerana pemerintah itu hamba Allah, yang berkhidmat bagi kebaikan kamu. Tetapi jika kamu berbuat jahat, takutlah kepadanya, kerana pemerintah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman. Pemerintah itu hamba Allah, yang menjatuhkan hukuman Allah kepada orang yang berbuat jahat.
5 Itulah sebabnya kamu harus taat kepada pemerintah – bukan sahaja kerana takut kepada hukuman Allah, tetapi kerana hati nurani kamu menyuruh kamu berbuat demikian.
6 Itulah sebabnya pula kamu membayar cukai, kerana pemerintah berkhidmat kepada Allah apabila menjalankan tugas.
7 [121†] Bayarlah apa yang harus kamu bayar kepada pemerintah. Bayarlah cukai pendapatan, jika kamu harus membayarnya. Bayarlah cukai tanah, jika kamu harus membayarnya. Hormatilah mereka yang harus dihormati, dan hargailah mereka yang harus dihargai.

DANIEL 12 : 1
1 [60†] Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.

WAHYU 10 : 1
1 Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api.

KEJADIAN 6 : 2
2 makhluk-makhluk ilahi [43] nampak bahawa gadis-gadis itu cantik. Makhluk-makhluk ilahi itu mengahwini gadis-gadis yang disukai oleh mereka.

WAHYU 8 : 12
12 [60†] Kemudian malaikat keempat meniup trompetnya. Matahari, bulan, dan bintang terpukul, sehingga tidak dapat bersinar sepertiga daripada waktunya. Matahari tidak bersinar selama sepertiga daripada siang hari; bulan dan bintang tidak bersinar selama sepertiga daripada malam hari.

KOLOSE 1 : 16
16 Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah. Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus.

WAHYU 11 : 15
15 [82†] Kemudian malaikat ketujuh meniup trompetnya dan suara-suara lantang di syurga berkata, “Allah, Tuhan kita dan Penyelamat yang diutus-Nya mempunyai kuasa untuk memerintah dunia. Dia akan memerintah selama-lamanya!”

MATIUS 28 : 2
2 Tiba-tiba berlaku gempa bumi yang kuat. Malaikat Tuhan turun dari syurga, menggulingkan batu penutup kubur itu lalu duduk di atasnya.

AYUB 1 : 6
6 [2†] Pada suatu hari makhluk-makhluk syurga [3] menghadap TUHAN, dan Si Penggoda [4] juga hadir bersama-sama mereka.

WAHYU 16 : 12
12 [115†] Kemudian malaikat keenam menuang isi mangkuknya ke dalam Sungai Efrat yang besar. Sungai itu menjadi kering sehingga raja-raja dari timur dapat melaluinya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *