Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang peranan jantina
GALATIA 3 : 28
28 Dalam hal ini tidak ada lagi perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi, antara abdi dengan orang bebas, antara lelaki dengan perempuan. Kamu semuanya menjadi satu kerana Kristus Yesus.
1 TIMOTIUS 2 : 12
12 Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.
KOLOSE 3 : 18
18 [22†] Hai isteri, taatlah kepada suami, kerana demikianlah seharusnya kelakuan kamu sebagai orang Kristian.
1 PETRUS 3 : 1
1 [18†] Demikian juga kamu, isteri-isteri harus taat kepada suami, supaya jika ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman Allah, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada mereka,
HAKIM-HAKIM 4 : 4
4 Pada masa itu pemimpin Israel ialah seorang nabi perempuan yang bernama Debora, isteri Lapidot.
1 KORINTUS 14 : 34 – 35
34 kaum wanita haruslah berdiam diri. Mereka tidak dibenarkan berkata-kata; mereka harus patuh kerana demikianlah ajaran Taurat.
35 Jika mereka hendak mengetahui sesuatu, mereka harus bertanya kepada suami mereka di rumah. Amatlah memalukan jika seorang wanita berkata-kata di perjumpaan jemaah.
KISAH RASUL-RASUL 18 : 26
26 Dengan berani Apolos mula berkata-kata di rumah ibadat. Apabila Priskila dan Akwila mendengar dia, mereka membawa dia ke rumah. Mereka menerangkan penyelamatan Allah melalui Yesus dengan lebih tepat lagi.
MAZMUR 68 : 11
11 lalu umat-Mu tinggal di sana; demi kebaikan-Mu, Engkau memelihara orang papa.
KISAH RASUL-RASUL 2 : 17
17 Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang. Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka; orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka, orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.
LUKAS 10 : 38 – 42
38 Kemudian Yesus dan pengikut-pengikut-Nya meneruskan perjalanan, lalu tiba di sebuah pekan. Di situ seorang wanita bernama Marta menjemput Yesus ke rumahnya.
39 [118†] Marta mempunyai seorang saudara perempuan bernama Maria. Maria duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya.
40 Tetapi Marta gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya. Marta menghampiri Yesus dan berkata, “Ya Tuhan, tidakkah Tuhan peduli bahawa Maria membiarkan aku sibuk seorang diri? Suruhlah dia tolong aku!”
41 Tuhan menjawab, “Marta, Marta! Kamu sibuk serta khuatir akan banyak perkara,
42 tetapi hanya satu yang mustahak! Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya.”
TITUS 2 : 1 – 5
1 Tetapi engkau, Titus, harus mengajarkan apa yang sesuai dengan asas kepercayaan yang benar.
2 Nasihatilah orang lelaki yang tua supaya bijaksana, bersifat baik, dan tahu mengawal diri. Mereka juga harus sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, dan tabah menghadapi penderitaan.
3 Demikian juga, nasihatilah wanita yang tua supaya kelakuan mereka sesuai dengan kelakuan wanita yang mengabdikan diri kepada Allah. Mereka tidak boleh mengumpat atau menjadi kaki botol. Mereka mesti mengajarkan apa yang baik.
4 Dengan demikian wanita yang tua dapat mendidik wanita yang muda supaya mengasihi suami dan anak-anak,
5 tahu mengawal diri, suci dan menjadi suri rumah yang baik, serta taat kepada suami. Dengan demikian tidak ada orang yang dapat mencela perkhabaran daripada Allah.
MARKUS 10 : 42 – 45
42 Yesus memanggil mereka semua lalu berkata, “Kamu tahu bahawa para penguasa bangsa yang tidak mengenal Allah menindas rakyat. Para pemimpin mereka selalu menekan rakyat.
43 [88†] Tetapi tidak demikian halnya dengan kamu. Jika seorang antara kamu hendak menjadi besar, dia harus melayani orang lain.
44 [89†] Jika seorang antara kamu hendak menjadi yang pertama, dia harus menjadi hamba kamu semua.
45 Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa-Nya untuk membebaskan banyak orang.”
1 KORINTUS 11 : 12
12 Hal itu demikian kerana meskipun wanita dijadikan daripada lelaki, tetapi selepas itu lelaki dilahirkan oleh wanita; dan segala sesuatu berasal daripada Allah.
MARKUS 16 : 9
9 [145] Setelah Yesus bangkit daripada kematian pada pagi-pagi hari Ahad, mula-mula Dia menampakkan diri kepada Maria Magdalena. (Tujuh roh jahat pernah diusir daripada diri Maria.)
EFESUS 5 : 21
21 Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain.
EFESUS 5 : 22 – 33
22 [36†] Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan,
23 kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya.
24 Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus.
25 [37†] Hai suami, kasihilah isteri kamu, sebagaimana Kristus mengasihi jemaah, dan mengorbankan nyawa-Nya untuk jemaah.
26 Kristus berbuat demikian untuk membersihkan jemaah dengan air [38] dan dengan firman-Nya, supaya Dia dapat menyerahkan jemaah kepada Allah.
27 Dengan demikian Kristus memiliki jemaah yang penuh dengan kecemerlangan, yang murni, dan yang tidak bercacat cela sedikit pun.
28 Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Orang yang mengasihi isteri bererti mengasihi diri sendiri. (
29 Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga memelihara dan menjaga jemaah,
30 kerana kita anggota tubuh Kristus.)
31 [39†] Di dalam Alkitab tertulis, “Itulah sebabnya seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya untuk bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya akan menjadi satu.”
32 Ayat itu mengandungi erti yang dalam. Menurut pengertianku, ayat itu berkaitan dengan hubungan antara Kristus dan jemaah.
33 Tetapi ayat itu juga berkaitan dengan kamu: Setiap suami harus mengasihi isterinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri, dan setiap isteri harus menghormati suaminya.
KEJADIAN 1 : 27
27 [8†] Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.
KISAH RASUL-RASUL 16 : 13 – 15
13 Pada hari Sabat kami ke luar bandar dan pergi ke tepi sungai, kerana kami berfikir di situ terdapat tempat orang Yahudi berdoa. Kami duduk dan bercakap dengan wanita-wanita yang berkumpul di situ.
14 Salah seorang pendengar kami bernama Lidia, pedagang kain ungu yang mahal. Dia berasal dari Tiatira dan dia mengasihi Allah. Oleh itu Tuhan membuka fikirannya sehingga dia menyambut ajaran Paulus.
15 Lidia dan seisi rumahnya dibaptis. Setelah itu dia menjemput kami ke rumahnya. Dia berkata, “Jika saudara-saudara yakin bahawa saya benar-benar percaya kepada Tuhan, marilah menumpang di rumah saya.” Dia mendesak supaya kami pergi ke rumahnya.
2 RAJA-RAJA 22 : 14
14 Hilkia, Ahikam, Akhbor, Safan, dan Asaya pergi meminta petunjuk daripada seorang perempuan bernama Hulda. Dia seorang nabi perempuan yang tinggal di perkampungan baru di Yerusalem. Suaminya, Salum anak Tikwa, cucu Harhas, ialah pengurus pakaian ibadat di Rumah TUHAN. Mereka menceritakan apa yang telah terjadi itu kepada Hulda.
Leave a Reply