Apa yang Alkitab katakan tentang penjaga pintu

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang penjaga pintu

YESAYA 62 : 6 – 10
6 Di tembokmu, hai Yerusalem, Aku menempatkan pengawal; siang malam mereka tidak boleh diam. Mereka mesti mengingatkan TUHAN tentang janji-Nya, supaya jangan sekali-kali Dia melupakannya.
7 Mereka mesti terus mengingatkan Dia, sehingga Dia memulihkan Yerusalem, dan menjadikannya kota yang termasyhur di seluruh dunia.
8 TUHAN telah berjanji dengan sumpah, dan akan melaksanakannya dengan kuasa-Nya. “Gandummu tidak akan dimakan oleh musuhmu lagi, dan wain yang kamu hasilkan dengan susah payah, tidak akan diminum oleh orang bangsa asing lagi.
9 Tetapi kamu yang menabur dan menuai gandum akan menikmati hasilnya dan memuji TUHAN. Kamu yang memetik buah anggur akan menikmati wain di halaman Rumah-Ku.”
10 Hai penduduk Yerusalem, keluarlah dari bandar, dan binalah jalan bagi orang kamu yang pulang dari pembuangan. Binalah sebatang lebuh raya; buanglah batu-batu! Dirikanlah panji-panji supaya bangsa-bangsa tahu

MALEAKHI 3 : 1 – 18
1 [7†] TUHAN Yang Maha Kuasa menjawab, “Aku akan mengirim utusan-Ku untuk menyediakan jalan bagi-Ku. Lalu dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari, akan datang ke Rumah TUHAN. Utusan-Ku yang kamu nanti-nantikan itu akan datang dan mengisytiharkan perjanjian-Ku.”
2 [8†] Tetapi siapakah yang dapat tahan pada hari Dia datang dan menampakkan diri? Dia seperti sabun yang kuat dan seperti api yang memurnikan logam.
3 Dia akan datang untuk menghakimi orang, seperti seorang yang membersihkan dan memurnikan perak. Sebagaimana tukang logam membersihkan dan memurnikan emas dan perak, demikian juga utusan TUHAN akan memurnikan para imam supaya mereka mempersembahkan korban yang layak dipersembahkan kepada TUHAN.
4 Kemudian seperti pada zaman dahulu, TUHAN akan berkenan kepada korban yang dipersembahkan kepada-Nya oleh penduduk Yehuda dan Yerusalem.
5 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Aku akan datang untuk menghakimi kamu. Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang-tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu, orang yang berlaku curang dalam hal memberikan gaji kepada pekerja, orang yang menindas balu, yatim piatu dan orang bangsa asing, serta terhadap semua orang yang tidak menghormati Aku.”
6 “Akulah TUHAN; Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub, tidak dibinasakan sama sekali.
7 Seperti nenek moyang kamu dahulu, kamu semua sudah menyimpang daripada hukum-Ku dan tidak setia melaksanakannya. Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu. Tetapi kamu bertanya, ‘Apakah yang harus kami lakukan untuk kembali kepada-Mu?’
8 Sekarang Aku bertanya kepada kamu, ‘Bolehkah manusia menipu Allah?’ Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, ‘Bagaimana?’ Aku menjawab, ‘Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.’
9 Kamu semua kena kutuk kerana segenap bangsa menipu Aku.
10 [9†] Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.
11 Aku tidak akan membiarkan serangga merosakkan tanaman kamu; pokok anggur kamu akan berbuah lebat.
12 Kemudian kamu akan dikatakan berbahagia oleh semua bangsa, kerana negeri kamu akan menjadi tempat kediaman yang baik.”
13 TUHAN berfirman, “Kata-kata kamu sangat menghina Aku. Tetapi kamu bertanya, ‘Apakah yang kami katakan tentang Engkau?’
14 Kamu berkata, ‘Sia-sia saja mengabdikan diri kepada Allah. Apakah gunanya menurut perintah-Nya, atau menunjukkan bahawa kita menyesali kesalahan kita di hadapan TUHAN Yang Maha Kuasa?
15 Kita sendiri melihat bahawa orang sombonglah yang berbahagia. Orang jahat tidak hanya bertambah makmur, bahkan mereka mencubai kesabaran Allah dengan berbuat jahat, dan mereka selalu terlepas daripada hukuman.’ ”
16 Kemudian orang yang takut akan TUHAN bercakap sesama sendiri. TUHAN mendengar dan memperhatikan kata-kata mereka itu. Di hadapan TUHAN, nama setiap orang yang menghormati-Nya dan takut akan Dia, ditulis di dalam sebuah kitab.
17 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Mereka akan menjadi umat-Ku. Pada hari Aku bertindak kelak, mereka akan menjadi milik-Ku yang khas. Aku akan berbelas kasihan kepada mereka seperti seorang bapa berbelas kasihan kepada anak yang mengabdikan diri kepadanya.
18 Umat-Ku akan melihat lagi perbezaan antara kesudahan orang baik dan kesudahan orang jahat, antara orang yang mengabdikan diri kepada-Ku dan yang tidak.”

MALEAKHI 3 : 1
1 [7†] TUHAN Yang Maha Kuasa menjawab, “Aku akan mengirim utusan-Ku untuk menyediakan jalan bagi-Ku. Lalu dengan tiba-tiba Tuhan yang kamu cari, akan datang ke Rumah TUHAN. Utusan-Ku yang kamu nanti-nantikan itu akan datang dan mengisytiharkan perjanjian-Ku.”

NEHEMIA 11 : 19
19 Daripada pengawal Rumah TUHAN: Akub, Talmon, dan rakan-rakan mereka sebanyak 172 orang.

YAKOBUS 5 : 1 – 20
1 Dengarlah nasihatku, hai orang kaya! Hendaklah kamu menangis dan meratap, kerana kesengsaraan akan menimpa kamu!
2 Kekayaan kamu akan lenyap dan pakaian kamu akan dimakan gegat.
3 [17†] Emas dan perak kamu akan berkarat; karatnya akan menjadi saksi untuk menuduh kamu dan akan membakar habis badan kamu seperti api. Kamu telah menimbun harta di dunia ini yang segera akan berakhir.
4 [18†] Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladang kamu. Dengarkanlah sungutan mereka! Orang yang menuai hasil ladang kamu berseru minta tolong dan seruan mereka sudah sampai ke telinga Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa.
5 Hidup kamu di dunia ini penuh dengan kemewahan dan kesenangan. Kamu seolah-olah menggemukkan diri untuk hari penyembelihan.
6 Kamu menghukum dan membunuh orang yang tidak bersalah, dan mereka tidak melawan kamu. [19]
7 Oleh itu, saudara-saudaraku, bersabarlah sehingga Tuhan datang. Lihatlah betapa sabarnya seorang peladang menunggu tanahnya mengeluarkan hasil yang berharga. Dengan sabar dia menunggu hujan musim luruh dan hujan musim bunga.
8 Kamu juga mesti bersabar. Teguhkanlah hati kamu, kerana hari kedatangan Tuhan sudah dekat.
9 Saudara-saudaraku, janganlah saling bersungut-sungut, supaya kamu tidak dihakimi oleh Allah. Hakim sudah dekat dan segera datang.
10 Saudara-saudaraku, ingatlah akan nabi-nabi yang bersabda demi nama Tuhan. Contohilah kesabaran dan ketabahan mereka pada masa menanggung penderitaan.
11 [20†] Kami menyebut mereka berbahagia kerana mereka tabah menanggung penderitaan. Kamu telah mendengar kisah tentang kesabaran Ayub, dan kamu tahu bagaimana Tuhan memberkati dia pada akhirnya. Hal itu berlaku kerana Tuhan berbelas kasihan dan baik hati.
12 [21†] Saudara-saudaraku, hal ini penting sekali: janganlah bersumpah apabila membuat janji. Janganlah bersumpah demi langit atau bumi, ataupun apa sahaja. Katakanlah “Ya” apabila maksudmu ya, dan “Tidak” apabila maksudmu tidak. Dengan demikian kamu tidak akan dihukum oleh Allah.
13 Adakah sesiapa antara kamu sedang mengalami kesusahan? Hendaklah dia berdoa. Adakah sesiapa yang bersukacita? Hendaklah dia menyanyikan lagu pujian kepada Allah.
14 [22†] Adakah sesiapa yang sakit? Hendaklah dia memanggil pemimpin-pemimpin jemaah, supaya mereka berdoa baginya dan menyapukan minyak zaitun padanya demi nama Tuhan.
15 Doa yang diucapkan dengan iman, akan menyembuhkan orang sakit itu. Tuhan akan memulihkan kesihatannya dan dosa yang sudah dilakukannya akan diampunkan.
16 Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui kesalahan dan berdoa bagi satu sama lain, supaya kamu disembuhkan. Doa orang yang melakukan kehendak Allah mempunyai kuasa yang besar.
17 [23†] Elia pun orang biasa seperti kita. Dia berdoa dengan tekun supaya hujan tidak turun, dan hujan pun tidak turun selama tiga tahun setengah.
18 [24†] Kemudian dia berdoa lagi, lalu langit mencurahkan hujan dan tanah mengeluarkan hasilnya.
19 Saudara-saudaraku, jika seorang antara kamu sesat, lalu yang lain memimpin dia kembali kepada Allah,
20 [25†] ingatlah ayat ini: Sesiapa memimpin seorang berdosa berbalik dari jalan yang salah, orang itu menyelamatkan jiwa orang berdosa itu [26] daripada kematian dan menyebabkan banyak dosa diampunkan.

KOLOSE 1 : 1 – 29
1 Surat ini daripada Paulus, yang dengan kehendak Allah menjadi rasul Kristus Yesus, dan daripada saudara kita Timotius.
2 Surat ini ditujukan kepada umat Allah di Kolose, yang setia bersatu dengan Kristus. Semoga Allah Bapa kita mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.
3 Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, apabila kami berdoa untuk kamu.
4 Hal itu demikian kerana kami telah mendapat berita tentang kepercayaan kamu kepada Kristus Yesus, dan tentang kasih kamu bagi semua umat Allah.
5 Apabila Berita Baik, perkhabaran yang benar [1] itu disampaikan kepada kamu dahulu, kamu mendengar tentang harapan yang diberikan oleh Berita Baik itu. Kerana kamu berharap akan apa yang disediakan oleh Allah untuk kamu di syurga, kamu percaya kepada Kristus dan mengasihi umat Allah.
6 Berita Baik itu terus-menerus membawa berkat untuk manusia dan Berita Baik itu tersebar ke seluruh dunia, seperti yang berlaku di kalangan kamu sejak hari pertama kamu mendengar berita tentang rahmat Allah dan benar-benar menghayatinya.
7 [2†] Kamu mendengar hal itu daripada Epafras, rakan sekerja yang kami kasihi. Dia bekerja untuk Kristus bagi pihak kami [3] dan dia dapat dipercayai.
8 Dia memberitahu kami bahawa dengan kuasa Roh Allah kamu dapat saling mengasihi.
9 Itulah sebabnya kami selalu berdoa bagi kamu, sejak kami mendengar berita tentang kamu. Kami berdoa kepada Allah supaya Roh Allah memberikan kebijaksanaan dan pengertian kepada kamu, sehingga boleh mengetahui kehendak Allah dengan sempurna.
10 Dengan demikian kamu dapat hidup menurut kehendak Tuhan, dan sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. Cara hidup itu akan menghasilkan pelbagai perbuatan yang baik, dan pengetahuan kamu tentang Allah akan bertambah juga.
11 [11-12] Semoga kamu dikuatkan oleh Allah dengan kuasa-Nya yang mulia, sehingga dapat menanggung derita dengan sabar. Dengan sukacita bersyukurlah kepada [4] Bapa, yang telah menjadikan kamu layak menerima apa yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya dalam pemerintahan yang penuh dengan cahaya daripada Allah.
12
13 Allah sudah menyelamatkan kita daripada kuasa kegelapan, dan memindahkan kita ke bawah pemerintahan Anak-Nya yang dikasihi-Nya.
14 [5†] Melalui Anak-Nya, Allah membebaskan kita dan mengampunkan dosa kita.
15 Kristus serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak. Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan.
16 Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah. Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus.
17 Kristus sudah ada, sebelum segala sesuatu ada. Kerana Dia juga, segala sesuatu mempunyai tempat yang bersesuaian.
18 [6†] Kristuslah kepala jemaah, iaitu tubuh-Nya. Dialah sumber kehidupan jemaah itu. Dialah Anak sulung Allah; Allah membangkitkan Dia daripada kematian, supaya Kristus sahaja yang menjadi terutama daripada segala sesuatu.
19 Allah sendiri yang menentukan bahawa keperibadian Allah juga terdapat dengan sepenuhnya dalam diri Anak.
20 [7†] Melalui Anak juga, Allah mengambil keputusan untuk membawa segala sesuatu, baik yang di bumi mahupun yang di syurga, kembali kepada-Nya. Allah melakukan hal itu melalui kematian Anak-Nya di kayu salib.
21 Dahulu kamu jauh daripada Allah, dan memusuhi Dia, kerana perbuatan dan fikiran kamu jahat.
22 Tetapi sekarang, dengan kematian Anak-Nya, Allah telah menjadikan kamu sahabat-sahabat-Nya, sehingga kamu dapat dibawa menghadap Dia dalam keadaan yang suci, murni, dan tidak bercela.
23 Tetapi kamu harus tetap percaya kepada Berita Baik itu dan dengan kepercayaan itu kamu dapat berdiri teguh. Janganlah lepaskan harapan yang kamu terima ketika mendengar Berita Baik daripada Allah. Itulah Berita Baik yang telah diisytiharkan kepada semua orang di dunia. Kerana Berita Baik itu, aku, Paulus menjadi hamba untuk mengisytiharkannya.
24 Sekarang aku bersukacita kerana boleh mengalami penderitaan untuk kepentingan kamu. Dengan penderitaan jasmani, aku melengkapi apa yang masih harus diderita oleh Kristus bagi pihak jemaah, iaitu tubuh-Nya.
25 Aku dijadikan penolong jemaah oleh Allah untuk kepentingan kamu. Aku diberikan tugas untuk menyampaikan keseluruhan perkhabaran Allah,
26 yang dirahsiakan oleh Allah kepada semua orang selama berabad-abad yang lalu, tetapi sekarang dinyatakan kepada umat-Nya.
27 Allah merancang untuk menyatakan rahsia-Nya kepada umat-Nya; rahsia yang agung dan mulia untuk umat manusia. Inilah rahsia itu: Kristus tinggal dalam diri kamu, dan hal ini bererti bahawa kamu akan ikut menikmati kemuliaan Allah.
28 Oleh itu kami mengisytiharkan Kristus kepada semua orang. Dengan segala kebijaksanaan kami memberikan amaran dan ajaran kepada mereka, supaya setiap orang dapat dibawa ke hadirat Allah sebagai orang yang matang dalam hal-hal rohani, kerana sudah bersatu dengan Kristus.
29 Untuk mencapai tujuan itu aku bekerja keras dengan segala kekuatan yang diberikan oleh Kristus, dan kekuatan itu nyata dalam apa yang aku lakukan.

MAZMUR 118 : 1 – 29
1 [266†] Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.
2 Hendaklah umat Israel berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”
3 Hendaklah imam-imam Allah berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”
4 Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.”
5 Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN; Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku.
6 [267†] Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?
7 TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan.
8 Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan manusia.
9 Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan pemimpin.
10 Banyak musuh mengelilingi aku, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
11 Mereka mengepung aku dari segala arah, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
12 Mereka menyerbu aku seperti lebah, tetapi mereka terbakar secepat belukar; aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.
13 Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan, tetapi TUHAN menolong aku.
14 [268†] TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa; Dia telah menyelamatkan aku.
15 Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah; “TUHAN melakukan perbuatan perkasa!
16 Kuasa TUHAN memberi kita kemenangan, TUHAN melakukan perbuatan perkasa!”
17 Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup, untuk menceritakan perbuatan TUHAN.
18 Dia telah menghukum aku dengan berat, tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.
19 Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku, supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!
20 Inilah pintu gerbang TUHAN; hanya umat Allah boleh memasukinya.
21 Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku, kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.
22 [269†] Batu yang dibuang pembina-pembina itu telah menjadi batu yang paling utama.
23 [270†] Inilah perbuatan TUHAN; sungguh mengagumkan bagi kita!
24 Inilah hari kemenangan TUHAN; marilah kita rayakannya dengan gembira.
25 [271†] Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN! Ya TUHAN, berilah kami kejayaan!
26 [272†] Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN! Dari Rumah TUHAN, kami memberkati kamu semua.
27 TUHAN itu Allah; Dia baik kepada kita. Dengan melambai-lambaikan dahan pokok, mulakanlah perayaan dan berjalanlah mengelilingi mazbah.
28 Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu; aku akan mengagungkan Engkau.
29 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.

NEHEMIA 10 : 1 – 39
1 Orang pertama yang menandatanganinya ialah Gabenor Nehemia anak Hakhalya. Dia diikuti oleh Zedekia, dan kemudian oleh orang yang berikut:
2 [2-8] Para imam: Seraya, Azarya, Yeremia, Pasyhur, Amarya, Malkia, Hatus, Sebanya, Malukh, Harim, Meremot, Obaja, Daniel, Gineton, Barukh, Mesulam, Abia, Miyamin, Maazya, Bilgai, dan Semaya.
3
4
5
6
7
8
9 [9-13] Orang Lewi: Yesua anak Azanya, Binui keturunan puak Henadad, Kadmiel, Sebanya, Hodia, Kelita, Pelaya, Hanan, Mikha, Rehob, Hasabya, Zakur, Serebya, Sebanya, Hodia, Bani, dan Beninu.
10
11
12
13
14 [14-27] Para pemimpin rakyat: Paros, Pahat-Moab, Elam, Zatu, Bani, Buni, Azgad, Bebai, Adonia, Bigwai, Adin, Ater, Hizkia, Azur, Hodia, Hasum, Bezai, Harif, Anatot, Nebai, Magpias, Mesulam, Hezir, Mesezabeel, Zadok, Yadua, Pelaca, Hanan, Anaya, Hosea, Hananya, Hasub, Halohes, Pilha, Sobek, Rehum, Hasabna, Maaseya, Ahia, Hanan, Anan, Malukh, Harim, dan Baana.
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28 Kami, rakyat Israel, para imam, para orang Lewi, para pengawal Rumah TUHAN, para penyanyi, dan para pekerja di Rumah TUHAN, bersama-sama isteri dan anak kami yang cukup dewasa untuk memahami perkara ini, serta semua orang yang taat kepada hukum Allah dan yang sudah mengasingkan diri daripada orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami,
29 menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini.
30 [41†] Kami bersumpah tidak akan berkahwin dengan orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami.
31 [42†] Jika orang bangsa asing datang menjual gandum atau apa sahaja kepada kami pada hari Sabat, atau pada hari-hari suci yang lain, kami tidak akan membeli daripada mereka. Pada tiap-tiap tahun ketujuh, kami tidak akan menanami ladang, dan kami akan menghapuskan segala hutang.
32 [43†] Tiap-tiap tahun kami masing-masing akan memberikan lima gram perak bagi biaya Rumah TUHAN.
33 Kami akan menyediakan keperluan-keperluan berikut untuk kegunaan ibadat di Rumah TUHAN: roti sajian, korban harian, iaitu korban untuk mengucap syukur [44] dan binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, [45] dan juga persembahan suci pada hari Sabat, Perayaan Bulan Baru, serta perayaan-perayaan lain, persembahan-persembahan suci yang lain, korban-korban untuk mengampunkan dosa Israel, dan apa sahaja yang diperlukan bagi Rumah TUHAN.
34 Tiap-tiap tahun kami, rakyat Israel, para imam dan orang Lewi, akan membuang undi untuk menentukan puak mana yang wajib menyediakan kayu api untuk membakar korban yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah kami, menurut peraturan Taurat.
35 [46†] Tiap-tiap tahun kami akan membawa biji-bijian yang mula-mula dituai dan buah-buahan yang mula-mula masak pada pokok, ke Rumah TUHAN.
36 [47†] Kami akan membawa anak lelaki kami yang sulung kepada imam di Rumah TUHAN. Di situ anak itu akan diserahkan kepada Allah menurut peraturan Taurat. Kami juga akan menyerahkan anak sulung lembu, anak sulung kambing, atau anak sulung domba.
37 [48†] Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN. Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.
38 Seorang imam keturunan Harun harus bersama-sama orang Lewi ketika persembahan persepuluhan itu dikumpulkan. Orang Lewi harus menyimpan sepersepuluh daripada semua persembahan persepuluhan itu di dalam stor-stor bekalan di Rumah TUHAN.
39 Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN. Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *