Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang pendidikan wanita
1 TIMOTIUS 2 : 11 – 14
11 Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.
12 Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.
13 [7†] Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa.
14 [8†] Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.
KEJADIAN 38 : 8 – 10
8 Kemudian Yehuda berkata kepada Onan adik Er, “Pergilah kepada balu abangmu, dan tidurlah dengan dia. Lakukanlah kewajipanmu terhadap dia kerana kamu adik suaminya; dengan demikian abangmu boleh mendapat keturunan.”
9 Tetapi Onan tahu bahawa anaknya nanti tidak akan menjadi kepunyaannya. Oleh itu setiap kali dia bersetubuh dengan balu abangnya itu, dia membiarkan air maninya meleleh di luar supaya abangnya tidak mempunyai keturunan.
10 Perbuatannya itu menyebabkan TUHAN murka, lalu TUHAN membunuh dia juga.
AMSAL 15 : 20
20 Anak yang bijak menyukakan hati bapanya; anak yang bodoh menghina ibunya.
IMAMAT 20 : 9
9 [66†] TUHAN memberikan peraturan berikut, “Sesiapa mengutuk bapanya atau ibunya mesti dihukum mati. Orang itu mati kerana kesalahannya sendiri.
IMAMAT 21 : 13 – 15
13 Imam Agung harus berkahwin dengan seorang anak dara.
14 Dia tidak boleh berkahwin dengan seorang balu, atau perempuan yang sudah bercerai, atau perempuan bekas pelacur. Dia hanya boleh berkahwin dengan seorang anak dara daripada puaknya sendiri.
15 Jika dia melanggar peraturan itu, anak-anaknya yang seharusnya suci, akan menjadi najis. Akulah TUHAN dan Aku sudah mengkhususkan dia sebagai Imam Agung.”
Leave a Reply