Apa yang Alkitab katakan tentang pelacur

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang pelacur

MATIUS 7 : 17 – 27
17 Tetapi pokok yang subur menghasilkan buah yang baik, dan pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang buruk.
18 Pokok yang subur tidak dapat menghasilkan buah yang buruk, dan pokok yang tidak subur tidak dapat menghasilkan buah yang baik.
19 [74†] Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik, ditebang lalu dibakar.
20 [75†] Demikianlah kamu akan mengenal nabi palsu melalui perbuatan mereka.”
21 “Tidak semua orang yang memanggil Aku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan,’ akan menikmati Pemerintahan Allah, tetapi hanya orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga.
22 Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’
23 [76†] Tetapi Aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai kamu yang tidak mentaati Allah!’ ”
24 “Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini dan menurutnya, dia seperti seorang bijak yang membina rumah di atas batu.
25 Hujan turun, air sungai melimpah, dan angin kencang melanda rumah itu, tetapi rumah itu tidak roboh kerana berasaskan batu.
26 Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini tetapi tidak menurutnya, dia seperti seorang bodoh yang membina rumah di atas pasir.
27 Hujan turun, air sungai melimpah, dan angin kencang melanda rumah itu, lalu rumah itu roboh. Alangkah dahsyatnya kerosakan rumah itu!”

EFESUS 5 : 1 – 24
1 Kerana kamu anak-anak Allah yang dikasihi-Nya, kamu mesti berusaha mengikut teladan-Nya.
2 [29†] Hidup kamu harus dijiwai oleh kasih, sebagaimana Kristus mengasihi kita. Dia mengorbankan nyawa-Nya bagi kita, sebagai suatu persembahan yang harum dan korban yang menyenangkan hati Allah.
3 Kerana kamu umat Allah, tidak sepatutnya perbuatan yang cabul atau tidak senonoh, ataupun ketamakan berlaku antara kamu, supaya orang tidak mempunyai alasan untuk mengumpat kamu.
4 Kamu juga tidak patut menggunakan kata-kata yang lucah, cabul, atau tidak senonoh. Sebaliknya kamu harus bersyukur kepada Allah.
5 Kamu tentu tahu bahawa orang yang melakukan perbuatan cabul, atau yang tidak senonoh, ataupun yang tamak (kerana ketamakan seperti penyembahan berhala), tidak akan menikmati Pemerintahan Kristus dan Allah. [30]
6 Janganlah biarkan sesiapa pun menipu kamu dengan kata-kata dusta, kerana hal-hal inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang tidak taat kepada-Nya.
7 Oleh itu janganlah sekali-kali berhubungan dengan orang semacam itu.
8 Dahulu kamu hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan, maka kamu hidup dalam cahaya. Itulah sebabnya kamu mesti hidup seperti orang yang hidup dalam cahaya,
9 kerana cahaya [31] itulah yang menyebabkan orang melakukan segala sesuatu yang baik, adil, dan tulus. [32]
10 Berusahalah untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan.
11 Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu. (
12 Sebenarnya hal-hal yang dilakukan mereka dengan diam-diam amat memalukan untuk dipercakapkan.)
13 Segala sesuatu akan kelihatan dengan jelas, apabila disinari cahaya,
14 kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. [33] Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.”
15 Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak.
16 [34†] Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat.
17 Janganlah bertindak bodoh, tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu.
18 Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.
19 Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira.
20 [35†] Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita.
21 Untuk menghormati Kristus, hendaklah kamu taat kepada satu sama lain.
22 [36†] Hai isteri, taatlah kepada suami seperti kamu taat kepada Tuhan,
23 kerana suami ialah ketua kepada isteri, sebagaimana Kristus ialah ketua kepada jemaah. Kristuslah Penyelamat jemaah, iaitu tubuh-Nya.
24 Oleh itu isteri harus taat dalam segala hal kepada suami, sebagaimana jemaah taat kepada Kristus.

EFESUS 6 : 12
12 Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.

MAZMUR 97 : 10
10 TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan; [183] Dia melindungi hidup umat-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *