Apa yang Alkitab katakan tentang Neraka

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Neraka

YESAYA 5 : 14
14 Mulut alam maut terbuka lebar-lebar untuk menelan orang bangsawan di Yerusalem bersama-sama rakyat jelata yang ramai-ramai bersuka ria.

YESAYA 14 : 9
9 Dunia orang mati sedang bersedia untuk menyambut raja Babilonia. Arwah orang yang berkuasa di bumi dahulu terjaga dan arwah raja-raja bangkit dari takhta mereka.

YESAYA 14 : 15
15 [61†] Tetapi sebaliknya engkau telah diturunkan sampai ke bahagian yang paling bawah di dunia orang mati.

YESAYA 28 : 15
15 Kamu bercakap besar bahawa kamu telah mengikat perjanjian dengan maut dan mengadakan persetujuan dengan dunia orang mati. Kamu yakin bahawa bencana tidak akan menimpa kamu kerana kamu bergantung kepada dusta dan penipuan untuk melindungi diri kamu.

YESAYA 28 : 18
18 Perjanjian kamu dengan maut dan persetujuan kamu dengan dunia orang mati akan dibatalkan. Kamu akan dikalahkan apabila bencana menimpa kamu.

YESAYA 57 : 9
9 Kamu memakai minyak dan wangi-wangian lalu menyembah Dewa Molokh. Kamu mengirim utusan ke negeri-negeri jauh, bahkan ke dunia orang mati.

YEHEZKIEL 31 : 17
17 Semua pokok akan mengiringinya ke dunia orang mati untuk menyertai pokok-pokok yang telah jatuh terlebih dahulu. Semua yang bernaung di bawah pokok itu akan tercerai-cerai antara bangsa-bangsa.

YEHEZKIEL 32 : 21
21 Para pahlawan dan orang yang memihak Mesir akan menyambut kedatangan orang Mesir ke dunia orang mati. Mereka bersorak, ‘Lihatlah, orang yang tidak mengenal Allah telah terbunuh dalam peperangan. Sekarang mereka ke mari, dan berbaring di sini!’

YEHEZKIEL 32 : 27
27 Mereka tidak diberikan penguburan yang terhormat seperti pahlawan pada zaman purba [112] yang dikebumikan lengkap dengan pedang di bawah kepala dan perisai [113] di atas dada. Semasa hidup, pahlawan-pahlawan itu sungguh perkasa sehingga menakutkan orang hidup.

AMOS 9 : 2
2 Walaupun mereka menggali lubang sampai ke dunia orang mati, Aku akan menangkap mereka. Walaupun mereka memanjat sampai ke langit, Aku akan membawa mereka turun.

YUNUS 2 : 2
2 “Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu, dan Engkau menjawab aku. Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan, permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

HABAKUK 2 : 5
5 Kekayaan [8] menipu orang. Orang yang tamak itu angkuh dan gelisah. Seperti maut, mereka juga tidak pernah puas. Itulah sebabnya mereka menaklukkan bangsa demi bangsa.

ULANGAN 32 : 22
22 Kemurkaan-Ku akan bernyala-nyala seperti api, dan membakar segala sesuatu di atas bumi. Api itu akan turun ke dunia orang mati, dan menghanguskan akar gunung-gunung.

MAZMUR 86 : 13
13 Betapa besarnya kasih-Mu untukku; Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.

MAZMUR 55 : 15
15 Kita pernah berbual dengan mesra, dan beribadat bersama-sama di Rumah TUHAN.

2 SAMUEL 22 : 6
6 Bahaya maut mengelilingi aku, dan kubur memasang perangkap untukku.

AYUB 11 : 8
8 Keagungan Allah lebih tinggi daripada angkasa, dan engkau tidak dapat mencapainya. Keagungan-Nya lebih dalam daripada dunia orang mati, dan engkau tidak dapat memahaminya.

AYUB 26 : 6
6 Dunia orang mati terbuka di hadapan Allah, tidak bertutup sehingga kelihatan oleh Dia.

MAZMUR 9 : 17
17 TUHAN menyatakan diri-Nya dengan keputusan yang adil; orang jahat terperangkap oleh perbuatan mereka sendiri.

MAZMUR 16 : 10
10 [25†] kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa.

MAZMUR 18 : 5
5 Bahaya maut mengelilingi aku, banjir kebinasaan menggenangi aku.

MAZMUR 116 : 3
3 Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *