Apa yang Alkitab katakan tentang merendah diri

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang merendah diri

YAKOBUS 4 : 6
6 [15†] Meskipun demikian, rahmat yang diberikan oleh Allah lebih kuat. Itulah sebabnya di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”

FILIPI 2 : 3 – 11
3 Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri.
4 Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.
5 Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:
6 Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. [7]
7 Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia.
8 Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati – iaitu mati di atas salib.
9 Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya, dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
10 Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi [8] akan sujud menyembah Dia.
11 [9†] Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.

LUKAS 14 : 11
11 [154†] Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, tetapi orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.”

1 PETRUS 5 : 6
6 [31†] Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya.

AMSAL 22 : 4
4 Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN, serta merendahkan diri akan mendapat kekayaan, kehormatan, dan usia panjang.

KOLOSE 3 : 12
12 Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.

MATIUS 23 : 12
12 [229†] Sesiapa yang meninggikan diri akan direndahkan, dan sesiapa yang merendahkan diri akan ditinggikan.”

ROMA 12 : 3
3 Kerana kurnia Allah yang sudah dianugerahkan-Nya kepadaku, aku menasihati kamu semua: Janganlah anggap diri kamu lebih daripada yang sepatutnya, tetapi nilailah diri masing-masing dengan rendah hati menurut kebolehan yang dikurniakan oleh Allah, kerana kamu percaya kepada Yesus.

1 PETRUS 5 : 5
5 [30†] Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”

YOHANES 3 : 30
30 Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting.”

YEREMIA 9 : 23
23 TUHAN berfirman, “Orang bijak tidak boleh berbangga kerana kebijaksanaan mereka, orang kuat tidak boleh berbangga kerana kekuatan mereka, dan orang kaya tidak boleh berbangga kerana kekayaan mereka.

YAKOBUS 4 : 10
10 Hendaklah kamu merendahkan diri di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikan kamu.

EFESUS 4 : 2
2 [17†] Hendaklah kamu sentiasa rendah hati, lemah lembut, dan sabar. Tunjukkanlah kasihmu dengan saling membantu.

MARKUS 9 : 33 – 37
33 Mereka tiba di Kapernaum. Setelah mereka masuk ke rumah, Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, “Apakah yang kamu persoalkan di tengah jalan tadi?”
34 [64†] Mereka tidak menjawab, kerana sewaktu dalam perjalanan, mereka mempersoalkan siapa yang terbesar.
35 [65†] Yesus duduk, [66] lalu memanggil dua belas orang pengikut-Nya. Dia berkata kepada mereka, “Sesiapa yang mahu menjadi pertama, mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba semua orang.”
36 Setelah itu Dia memanggil seorang kanak-kanak, lalu menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus memeluk kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka,
37 [67†] “Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku. Sesiapa yang menyambut Aku, menyambut bukan Aku sahaja, tetapi juga Allah yang mengutus Aku.”

2 KORINTUS 12 : 5 – 12
5 Aku hendak membanggakan orang itu, bukan diriku sendiri. Aku akan membanggakan perkara-perkara yang menunjukkan kelemahanku sahaja.
6 Jika aku hendak berbangga, aku tidak melakukan sesuatu yang bodoh, kerana aku mengatakan yang benar. Aku tidak mahu orang memandang tinggi terhadap aku kerana penglihatan itu, tetapi hanya kerana melihat perbuatanku dan mendengar kata-kataku.
7 Tetapi supaya aku tidak terlalu sombong kerana penglihatan-penglihatan yang luar biasa itu, aku diberikan sejenis penyakit yang sangat menyakitkan. Penyakit itu alat Iblis untuk memukul aku supaya aku tidak terlalu sombong.
8 Tiga kali aku berdoa kepada Tuhan supaya menghilangkan penyakit itu.
9 Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku.
10 Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus.
11 Kamu sudah memaksa aku bersikap seperti orang bodoh. Kamulah yang seharusnya memuji aku. Meskipun aku ini bukan sesiapa tetapi aku tidak lebih rendah daripada “rasul-rasul” kamu yang istimewa itu!
12 Melalui aku, Allah melakukan banyak mukjizat dan hal-hal lain yang luar biasa, sementara aku menjalankan tugasku dengan penuh kesabaran untuk membuktikan bahawa aku seorang rasul.

AMSAL 11 : 2
2 Orang yang sombong akan dipermalukan. Bersikap rendah hati adalah lebih bijaksana.

MAZMUR 131 : 1
1 Lagu ziarah oleh Daud. Ya TUHAN, aku tidak tinggi hati, aku tidak sombong. Aku tidak mengejar hal-hal yang terlalu besar, atau yang terlalu dalam bagiku.

ROMA 11 : 18
18 Oleh itu janganlah kamu hina mereka yang sudah dikerat seperti cabang-cabang itu. Janganlah menjadi sombong! Kamu hanya cabang; cabang tidak memberikan khasiat kepada akar, sebaliknya akar yang memberikan khasiat kepada cabang.

2 KORINTUS 11 : 30
30 Jika aku mesti berbangga, aku akan berbangga dengan hal-hal yang menunjukkan kelemahanku.

AMSAL 18 : 12
12 Orang yang rendah hati akan dihormati; orang sombong pasti akan binasa.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *