Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang meramal nasib
IMAMAT 19 : 31
31 [63†] Jangan minta nasihat daripada orang yang berhubung dengan roh-roh orang mati. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan menjadi najis. Akulah TUHAN, Allah kamu.
KISAH RASUL-RASUL 16 : 16 – 18
16 Pada suatu hari, kami sedang pergi ke tempat orang berdoa, apabila kami berjumpa dengan seorang hamba wanita. Dia dirasuk oleh roh jahat yang membolehkan dia meramalkan peristiwa yang akan datang. Dengan meramalkan nasib orang, dia mendatangkan keuntungan yang besar bagi pemilik-pemiliknya.
17 Wanita itu mengikuti Paulus dan kami sambil berseru, “Mereka hamba Allah Yang Maha Tinggi! Mereka datang untuk memberitahu bagaimana Allah dapat menyelamatkan kamu!”
18 Selama beberapa hari wanita itu terus-menerus berseru demikian, sehingga Paulus menjadi marah, lalu berpaling dan berkata kepada roh itu, “Demi nama Yesus Kristus aku memerintah engkau keluar daripada wanita ini!” Pada saat itu juga roh itu meninggalkan wanita itu.
AMSAL 27 : 1
1 [45†] Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.
Leave a Reply