Apa yang Alkitab katakan tentang menginjil

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang menginjil

MATIUS 28 : 19
19 [290†] Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah.

MARKUS 16 : 15
15 [146†] Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia.

MATIUS 5 : 16
16 [46†] Hendaklah cahaya kamu juga bersinar di hadapan orang, supaya mereka melihat perbuatan kamu yang baik, lalu memuji Bapa kamu yang di syurga.”

1 TIMOTIUS 4 : 13
13 Sementara itu sehingga aku datang kelak, gunakanlah masamu dengan membaca Alkitab kepada jemaah, dan berkhutbah serta mengajar.

MAZMUR 66 : 16
16 Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang menghormati Allah, aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk aku.

2 TIMOTIUS 3 : 16
16 Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah dan berguna [15] untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. [16]

FILEMON 1 : 6
6 Aku berdoa semoga persaudaraan kita sebagai orang yang percaya kepada Kristus, akan mendatangkan pengertian yang lebih mendalam tentang setiap berkat yang kita miliki kerana hidup bersatu dengan Kristus.

YOHANES 14 : 6
6 Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. [98] Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.

YEHEZKIEL 33 : 8
8 Jika Aku memberitahukan bahawa orang jahat akan mati, tetapi engkau tidak memberi mereka amaran supaya mereka mengubah kelakuan dan menyelamatkan diri, maka mereka akan mati sebagai orang berdosa. Aku akan menganggap engkau bertanggungjawab atas kematian mereka.

YOHANES 3 : 16
16 Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. [21]

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *