Apa yang Alkitab katakan tentang memukul

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang memukul

ROMA 12 : 19
19 [119†] Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, “Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan.”

KELUARAN 21 : 15
15 Sesiapa yang memukul bapanya atau ibunya mesti dihukum mati.

1 YOHANES 4 : 8
8 Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih.

IMAMAT 25 : 1 – 55
1 TUHAN berfirman kepada Musa di atas Gunung Sinai, dan memerintah dia
2 supaya memberikan peraturan berikut kepada umat Israel. Apabila kamu masuk ke negeri yang akan diberikan oleh TUHAN kepada kamu, kamu harus menghormati TUHAN dengan cara ini: Pada setiap tahun ketujuh kamu tidak boleh mengusahakan tanah.
3 Selama enam tahun kamu harus menanami ladang, memangkas pokok anggur, dan mengumpulkan hasil tanaman,
4 tetapi setiap tahun ketujuh harus dikhaskan untuk TUHAN. Oleh itu sepanjang tahun itu, tanah tidak boleh diusahakan sama sekali. Jangan tanami ladang dan jangan pangkas pokok anggur kamu.
5 Jangan tuai gandum yang tumbuh dengan sendirinya, dan jangan petik buah anggur dari pokok yang tidak dipangkas, kerana pada tahun itu tanah tidak boleh diusahakan sama sekali.
6 Walaupun begitu, tanah yang tidak kamu usahakan pada tahun itu akan mengeluarkan hasil untuk dijadikan makanan kamu, abdi kamu, orang gaji kamu, orang asing yang tinggal dengan kamu,
7 [92†] ternakan kamu dan binatang liar di negeri kamu. Apa sahaja yang dihasilkan tanah itu boleh dimakan.
8 Hitunglah tujuh kali tujuh tahun, iaitu empat puluh sembilan tahun.
9 Kemudian pada hari kesepuluh bulan ketujuh, iaitu Hari Pengampunan Dosa, suruhlah orang meniup trompet di seluruh negeri.
10 Dengan demikian kamu mengekhaskan tahun yang kelima puluh, dan mengisytiharkan kebebasan kepada segenap penduduk negeri. Pada tahun itu, segala harta milik yang sudah dijual mesti dikembalikan kepada pemilik asal atau kepada keturunan pemilik itu. Sesiapa yang sudah dijual sebagai abdi mesti dikembalikan kepada keluarganya.
11 Jangan tanami ladang kamu; jangan tuai gandum yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu; jangan petik buah anggur dari pokok-pokok anggur yang tidak dipangkas di kebun kamu.
12 Tahun itu tahun yang suci untuk kamu. Apa yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu, dan yang kamu sendiri ambil, itu sahaja yang boleh kamu makan.
13 Pada tahun itu, semua tanah yang sudah dijual mesti dikembalikan kepada pemilik asalnya.
14 Oleh sebab itu apabila kamu menjual tanah kepada sesama orang Israel, atau membeli tanah daripada mereka, jangan lakukan jual beli itu dengan tidak jujur.
15 Harga tanah itu mesti ditentukan menurut jumlah tahun tanah itu dapat mengeluarkan hasil sebelum Tahun Pengembalian yang akan datang.
16 Jika masih lama lagi, harga tanah itu lebih mahal, tetapi jika masih tinggal beberapa tahun sahaja, harganya mesti lebih murah kerana yang dijual itu adalah jumlah hasil tanah itu.
17 Jangan tipu sesama orang Israel, tetapi takutlah akan TUHAN, Allah kamu.
18 Patuhilah semua hukum dan perintah TUHAN supaya kamu hidup dengan tenteram di negeri itu.
19 Tanah negeri itu akan mengeluarkan hasil sehingga kamu mempunyai makanan yang cukup dan tinggal di sana dengan tenteram.
20 Tetapi mungkin ada orang yang akan bertanya, “Makanan apakah yang akan ada pada tahun ketujuh itu, kerana tanah tidak akan ditanami dan hasilnya tidak dipungut?”
21 TUHAN akan memberkati tanah itu pada tahun keenam, sehingga tanah itu menghasilkan makanan yang cukup untuk tiga tahun.
22 Pada masa kamu menanami ladang pada tahun kelapan, kamu masih makan hasil tanaman pada tahun keenam. Kamu akan mempunyai cukup makanan sehingga sampai masanya kamu mengumpulkan hasil tanaman pada tahun itu.
23 Tanah kamu tidak boleh dijual untuk selamanya kerana tanah itu bukan milik kamu. Tanah itu milik Allah, dan kamu seperti orang asing yang mendapat kebenaran untuk mengusahakan tanah itu.
24 Apabila sebidang tanah dijual, hak pemilik asal tanah itu untuk menebusnya harus diakui.
25 Jika seorang Israel jatuh miskin lalu terpaksa menjual tanahnya, sanak saudaranya yang terdekat wajib menebus tanah itu.
26 Seseorang yang tidak mempunyai sanak untuk menebus tanahnya, mungkin pada kemudian hari menjadi kaya dan sanggup menebusnya sendiri.
27 Jika demikian halnya, dia harus membayar pembeli tanah itu, jumlah harga yang sesuai dengan hasil yang akan diperoleh sebelum Tahun Pengembalian yang akan datang. Dengan demikian dia akan mendapat kembali tanahnya.
28 Tetapi jika dia tidak sanggup menebusnya, tanah itu tetap menjadi hak pembeli sehingga Tahun Pengembalian yang akan datang. Pada tahun itu, tanah itu harus dikembalikan kepada pemilik asalnya.
29 Apabila seseorang menjual sebuah rumah di dalam kota yang bertembok, dia berhak menebus rumahnya dalam jangka masa satu tahun, bermula dari tarikh penjualan rumah itu.
30 Tetapi jika dia tidak menebusnya dalam jangka masa satu tahun, dia kehilangan haknya untuk menebus rumah itu. Rumah itu akan menjadi milik tetap orang yang membelinya, dan keturunan orang itu. Pada Tahun Pengembalian, rumah itu tidak akan dikembalikan kepada pemilik asal.
31 Tetapi peraturan untuk rumah di pekan yang tidak bertembok, sama dengan peraturan untuk tanah. Pemilik asal berhak menebusnya, dan rumah itu harus dikembalikan kepadanya pada Tahun Pengembalian.
32 Namun peraturan bagi orang Lewi berbeza. Pada bila-bila sahaja, mereka berhak menebus harta mereka di kota yang ditetapkan bagi mereka.
33 Rumah di dalam salah satu kota itu, yang sudah dijual oleh seorang Lewi dan yang tidak ditebusnya, harus dikembalikan kepadanya pada Tahun Pengembalian. Hal itu demikian kerana rumah yang dimiliki orang Lewi di kota-kota itu milik tetap mereka di kalangan orang Israel.
34 Tetapi padang rumput di sekitar kota-kota orang Lewi tidak boleh dijual. Padang rumput itu kepunyaan mereka selama-lamanya.
35 [93†] Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin dan tidak mampu menyara hidupnya, kamu harus membantu dia sebagaimana kamu membantu orang asing atau pendatang, supaya dia dapat terus tinggal di kalangan kamu.
36 Jangan tuntut faedah atas pinjamannya, tetapi taatlah kepada Allah dan biarlah sesama orang Israel tinggal di kalangan kamu.
37 [94†] Jangan tuntut faedah atas wang yang kamu pinjamkan kepadanya, dan jangan ambil keuntungan daripada makanan yang kamu jual kepadanya.
38 Inilah perintah TUHAN, Allah kamu, yang membawa kamu keluar dari Mesir untuk memberikan negeri Kanaan kepada kamu, supaya Dia menjadi Allah kamu.
39 Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin lalu menjual dirinya kepada kamu sebagai abdi, jangan suruh dia melakukan pekerjaan abdi.
40 Biarlah dia tinggal bersama-sama kamu sebagai orang gaji dan bekerja untuk kamu sehingga Tahun Pengembalian yang akan datang.
41 Pada tahun itu, dia dan anak-anaknya boleh meninggalkan kamu lalu pulang kepada keluarganya sendiri dan ke tanah milik nenek moyangnya.
42 Umat Israel ialah hamba TUHAN dan Dia sudah membawa mereka keluar dari Mesir; itulah sebabnya mereka tidak boleh dijual sebagai abdi.
43 Jangan perlakukan dengan kasar orang Israel yang menjual diri mereka kepada kamu sebagai abdi, tetapi takutlah akan Allah kamu.
44 Jika kamu memerlukan abdi, kamu boleh membeli abdi daripada orang asing yang tinggal di sekitar kamu.
45 Kamu boleh juga membeli anak-anak orang asing yang tinggal di kalangan kamu. Anak-anak mereka yang lahir di negeri kamu boleh menjadi milik kamu.
46 [95†] Kamu boleh menyerahkan mereka sebagai warisan kepada anak-anak lelaki kamu, untuk menjadi abdi mereka seumur hidup, tetapi kamu tidak boleh memperlakukan sesama orang Israel dengan kasar.
47 Andaikata seorang asing yang tinggal dengan kamu menjadi kaya, sedangkan seorang Israel sesama bangsa kamu jatuh miskin, lalu menjual dirinya sebagai abdi kepada orang asing itu atau kepada salah seorang anggota keluarganya,
48 orang Israel itu tetap mempunyai hak untuk ditebus. Salah seorang saudara lelakinya,
49 atau pak ciknya, atau saudara sepupunya, ataupun salah seorang sanaknya yang dekat boleh menebus dia; atau jika dia mempunyai wang, dia juga boleh menebus dirinya sendiri.
50 Dia mesti berunding dengan orang yang membelinya, dan mereka mesti menghitung jumlah tahun sejak dia menjual dirinya sebagai abdi sehingga Tahun Pengembalian yang akan datang. Harga tebusan itu harus ditentukan menurut gaji yang diberikan kepada orang gaji.
51 [51-52] Orang itu harus mengembalikan harga pembelian dirinya sebesar jumlah gaji orang gaji selama tahun-tahun yang belum dijalaninya,
52
53 seolah-olah dia bekerja sebagai orang gaji. Tuannya tidak boleh memperlakukan dia dengan kasar.
54 Jika dia tidak dapat ditebus dengan salah satu cara itu, dia dan anak-anaknya mesti dibebaskan pada Tahun Pengembalian yang akan datang.
55 Seorang Israel tidak boleh menjadi abdi selama-lamanya, oleh sebab umat Israel ialah hamba TUHAN. Dia sudah membawa mereka keluar dari Mesir; Dialah TUHAN, Allah mereka.

ULANGAN 22 : 6 – 7
6 Jika kamu nampak sarang burung di atas pokok atau di atas tanah, dan induk burung sedang mengerami telurnya ataupun bersama-sama anak-anaknya, jangan tangkap induk burung itu.
7 Kamu boleh mengambil anak-anak burung, tetapi kamu mesti melepaskan induk burung, supaya kamu panjang umur dan sejahtera.

KELUARAN 23 : 10 – 11
10 “Selama enam tahun kamu boleh menanami ladang dan mengumpulkan apa yang dihasilkannya.
11 [121†] Tetapi pada tahun yang ketujuh tanah itu harus dibiarkan. Sepanjang tahun itu kamu tidak boleh mengumpulkan hasil apa sahaja yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu. Biarlah orang miskin mengambilnya, dan sisanya untuk binatang liar. Buatlah hal yang sama pada ladang anggur dan pokok zaitun kamu.

YOHANES 18 : 1 – 40
1 Setelah Yesus berdoa demikian, Dia pergi dengan pengikut-pengikut-Nya ke seberang Sungai Kidron. Di situ Yesus dan pengikut-pengikut-Nya masuk ke sebuah taman.
2 Yudas, pengkhianat itu, mengetahui tempat itu, kerana telah banyak kali Yesus berkumpul dengan pengikut-pengikut-Nya di situ.
3 Oleh itu Yudas pergi ke tempat itu sambil membawa sepasukan askar Roma dan beberapa orang pengawal Rumah Tuhan yang disuruh oleh ketua-ketua imam dan orang Farisi. Mereka membawa senjata, lentera, dan suluh.
4 Yesus mengetahui semua yang akan berlaku terhadap diri-Nya. Oleh itu Dia menghampiri mereka lalu bertanya, “Siapakah yang kamu cari?”
5 Mereka menjawab, “Yesus, orang dari Nasaret.” Yesus berkata kepada mereka, “Akulah Dia.” Yudas, pengkhianat itu, berdiri dengan mereka di situ.
6 Apabila Yesus berkata kepada mereka, “Akulah Dia,” mereka semua undur lalu rebah ke tanah.
7 Sekali lagi Yesus bertanya kepada mereka, “Siapakah yang kamu cari?” Mereka menjawab, “Yesus, orang dari Nasaret.”
8 Yesus berkata, “Bukankah sudah Aku katakan bahawa Akulah Dia? Jika Aku yang kamu cari, biarkan pengikut-pengikut-Ku ini pergi.” (
9 Dia berkata demikian, supaya berlakulah apa yang dikatakan-Nya dahulu, “Ya Bapa, tidak seorang pun yang Engkau serahkan kepada-Ku akan sesat.”)
10 Simon Petrus yang mempunyai sebilah pedang, menghunusnya lalu mengerat telinga kanan hamba Imam Agung. Nama hamba itu Malkhus.
11 [113†] Lalu Yesus berkata kepada Petrus, “Sarungkanlah pedangmu kembali! Aku harus minum cawan penderitaan yang diberikan oleh Bapa kepada-Ku.”
12 Kemudian askar-askar Roma dengan komandan mereka dan pengawal-pengawal Yahudi menangkap dan mengikat Yesus.
13 Mula-mula mereka membawa Yesus menghadap Hanas, bapa mentua Kayafas. Kayafas bertugas sebagai Imam Agung pada tahun itu.
14 [114†] Dialah yang menasihati para penguasa Yahudi bahawa lebih baik satu orang mati untuk seluruh umat.
15 Simon Petrus dan seorang pengikut lain mengikuti Yesus. Pengikut lain ini dikenal oleh Imam Agung. Oleh itu pengikut itu masuk bersama-sama Yesus ke halaman rumah Imam Agung,
16 sedangkan Petrus menunggu di luar, di hadapan pintu. Kemudian pengikut lain itu, keluar lagi. Dia bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus masuk ke dalam.
17 Hamba perempuan yang menjaga pintu itu berkata kepada Petrus, “Bukankah kamu salah seorang pengikut orang itu?” Petrus menjawab, “Bukan.”
18 Pada waktu itu udara sejuk. Para hamba dan pengawal di situ sudah menyalakan api arang dan sedang berdiang. Petrus menghampiri mereka dan berdiri berdiang dengan mereka.
19 Imam Agung itu menyoal Yesus tentang pengikut-pengikut-Nya dan ajaran-Nya.
20 Yesus menjawab, “Aku sentiasa berkata-kata dengan terus terang di hadapan umum. Aku selalu mengajar di rumah ibadat dan di Rumah Tuhan, tempat semua orang Yahudi berkumpul. Tidak pernah Aku berkata apa-apa dengan sembunyi-sembunyi.
21 Mengapakah kamu menyoal Aku? Tanyalah mereka yang pernah mendengar Aku mengajar. Mereka mengetahui apa yang Aku katakan.”
22 Ketika Yesus berkata demikian, salah seorang pengawal di situ menampar Dia sambil berkata, “Berani sungguh kamu berkata demikian kepada Imam Agung!”
23 Yesus berkata kepadanya, “Jika Aku sudah berkata apa-apa yang salah, katakanlah kepada semua orang di sini apa kesalahan itu. Tetapi jika kata-kata-Ku benar, mengapa kamu menampar Aku?”
24 Kemudian Hanas menyuruh orang membawa Yesus, yang masih terikat itu, kepada Imam Agung Kayafas.
25 Simon Petrus masih juga berdiri berdiang di situ. Semua orang lain di situ bertanya kepadanya, “Bukankah kamu salah seorang pengikut orang itu?” Petrus menjawab, “Bukan!”
26 Seorang daripada hamba-hamba Imam Agung ada di situ. Dia saudara kepada orang yang telinganya dikerat oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, “Bukankah kamu yang aku lihat di taman itu bersama-sama dia?”
27 Petrus berkata lagi, “Bukan.” Tepat pada waktu itu ayam berkokok.
28 Pagi-pagi sekali, mereka membawa Yesus dari rumah Kayafas ke istana gabenor. Para penguasa Yahudi tidak masuk ke dalam istana, supaya mereka tidak menjadi najis dari segi agama, kerana mereka mahu makan Perjamuan Paska.
29 Oleh itu Pilatus keluar untuk menjumpai mereka. Dia bertanya, “Apakah tuduhan kamu terhadap orang ini?”
30 Mereka menjawab, “Kami tidak akan membawa dia menghadap tuan jika dia tidak bersalah.”
31 Pilatus berkata kepada mereka, “Ambillah dia dan adililah dia menurut hukum kamu sendiri.” Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak dibenarkan menghukum mati sesiapa pun.” (
32 [115†] Hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Yesus tentang cara Dia akan mati.)
33 Pilatus masuk kembali ke istana lalu memanggil Yesus. Dia bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?”
34 Yesus menjawab, “Adakah pertanyaan ini daripadamu atau orang lain sudah memberitahu kamu tentang diri-Ku?”
35 Pilatus menjawab, “Adakah aku ini orang Yahudi? Bangsamu sendiri dan ketua-ketua imam sudah menyerahkan kamu kepadaku. Apakah yang sudah kamu lakukan?”
36 Yesus berkata, “Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini. Jika pemerintahan-Ku dari dunia ini, semua orang-Ku akan melawan supaya Aku tidak diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tidak, pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini!”
37 Oleh itu Pilatus bertanya kepada-Nya, “Jika demikian, adakah kamu ini raja?” Yesus menjawab, “Kamu yang berkata bahawa Aku raja. Aku dilahirkan dan datang ke dunia untuk satu maksud sahaja; Aku datang untuk berkata tentang apa yang benar. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan Aku.”
38 Pilatus bertanya kepada-Nya, “Apakah yang benar itu?” Kemudian Pilatus keluar lagi dari istana dan berkata kepada semua orang Yahudi di situ, “Aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia.
39 Tetapi menurut kebiasaan kamu, aku selalu membebaskan seorang tahanan pada Perayaan Paska. Adakah kamu mahu aku melepaskan raja orang Yahudi ini?”
40 Mereka menjawab sambil berseru, “Tidak! Bukan dia! Bebaskan Barabas!” (Barabas seorang perompak.)

YUDAS 1 : 7
7 [4†] Penduduk kota Sodom, Gomora, dan bandar-bandar di sekitarnya berbuat seperti malaikat-malaikat tersebut. Orang di situ melakukan perbuatan cabul dan lucah. Kota-kota itu dan penduduknya dimusnahkan oleh api yang kekal. Hukuman itu dijadikan amaran bagi semua orang.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *