Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang mempunyai anak
MAZMUR 127 : 3 – 5
3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.
4 Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
5 Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.
MAZMUR 113 : 9
9 Dia menganugerahkan anak-anak kepada isteri yang mandul dan menjadikan dia ibu yang bahagia dan terhormat di rumahnya. Pujilah TUHAN!
KEJADIAN 1 : 28
28 [9†] Kemudian Dia memberkati mereka dan berfirman, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, supaya keturunan kamu menduduki seluruh muka bumi dan menguasainya. Hendaklah kamu menguasai semua ikan, burung, dan binatang liar.
1 TIMOTIUS 2 : 11 – 15
11 Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.
12 Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.
13 [7†] Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa.
14 [8†] Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.
15 Meskipun demikian wanita akan diselamatkan dengan melahirkan anak, [9] jika dengan rendah hati mereka [10] tetap beriman, mengasihi orang lain, dan hidup suci.
Leave a Reply