Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Melupakan Tuhan
AMSAL 2 : 17
17 Perempuan itu tidak setia kepada suaminya, dan telah melupakan janjinya kepada Allah.
YESAYA 65 : 11
11 Tetapi bukan begitu kesudahan kamu yang meninggalkan Aku serta tidak mempedulikan Sion, bukit-Ku yang suci, [225] dan yang menyembah Gad dan Meni, dewa nasib dan dewa takdir.
YEREMIA 2 : 32
32 Adakah gadis yang lupa akan perhiasannya, atau pengantin perempuan yang lupa akan baju pengantinnya? Tetapi umat-Ku telah lupa akan Aku lama sekali – jumlah harinya tidak terhitung lagi.
YEREMIA 3 : 21
21 Suara terdengar di atas puncak-puncak bukit; suara umat Israel yang menangis dan merayu, kerana mereka telah berdosa, dan lupa akan TUHAN, Allah mereka.
ULANGAN 4 : 23
23 Ingatlah baik-baik! Jangan lupa akan perjanjian yang dibuat oleh TUHAN, Allah kamu dengan kamu. Taatilah perintah-Nya; jangan sekali-kali membuat berhala dalam bentuk apa pun bagi diri kamu,
2 RAJA-RAJA 17 : 38
38 dan jangan lupa akan perjanjian yang telah Aku buat dengan kamu itu. Jangan sembah tuhan-tuhan lain,
MAZMUR 78 : 7
7 Dengan demikian mereka juga akan berharap kepada Allah, dan tidak melupakan perbuatan-Nya, tetapi selalu taat kepada perintah-Nya.
MAZMUR 78 : 11
11 Mereka lupa akan segala perbuatan-Nya, mukjizat yang telah ditunjukkan-Nya kepada mereka.
MAZMUR 106 : 13
13 Tetapi mereka cepat lupa akan segala perbuatan-Nya, mereka bertindak tanpa meminta nasihat-Nya.
MAZMUR 103 : 2
2 Pujilah TUHAN, hai jiwaku, dan jangan lupa akan kebaikan-Nya.
MAZMUR 106 : 7
7 [224†] Ketika di Mesir nenek moyang kami tidak faham akan perbuatan-Nya yang menakjubkan; mereka lupa akan kasih-Nya yang berlimpah, dan mereka memberontak terhadap Yang Maha Kuasa [225] di Laut Gelagah. [226]
IBRANI 12 : 5
5 Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya: “Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu, dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.
YAKOBUS 1 : 25
25 Berita Baik itu hukum Allah yang sempurna dan dapat membebaskan manusia. Seseorang yang mendalami hukum itu dan melakukannya, akan diberkati Allah dalam segala perkara yang dilakukannya, kerana dia tidak hanya mendengar lalu melupakannya.
MAZMUR 119 : 153
153 Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku, kerana aku tidak mengabaikan Taurat-Mu.
MAZMUR 119 : 176
176 Aku merayau seperti domba yang sesat; oleh itu datanglah untuk mencari hamba-Mu, kerana aku tidak mengabaikan hukum-Mu.
HOSEA 4 : 6
6 Umat-Ku binasa kerana mereka tidak mahu mengakui Aku. Kamu, imam-imam, tidak mempedulikan Aku dan telah menolak ajaran-Ku. Oleh itu Aku pun akan menolak kamu dan tidak mengakui anak-anak kamu sebagai imam-Ku.
MAZMUR 137 : 5
5 Biarlah aku tidak dapat memainkan kecapi lagi, jika aku melupakan engkau, hai Yerusalem!
HAKIM-HAKIM 8 : 34
34 Mereka tidak lagi beribadat kepada TUHAN, Allah mereka, yang telah membebaskan mereka daripada kekuasaan semua musuh di sekeliling mereka.
MAZMUR 78 : 42
42 Mereka lupa akan kuasa-Nya yang besar; dan waktu Allah menyelamatkan mereka daripada musuh,
YESAYA 51 : 15
15 Akulah TUHAN, Allah kamu; Akulah yang menggelorakan laut sehingga ombaknya berderu. Nama-Ku TUHAN Yang Maha Kuasa!
Leave a Reply