Apa yang Alkitab katakan tentang masa susah

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang masa susah

ROMA 8 : 31
31 Oleh itu, apakah yang boleh kita katakan sekarang tentang semua itu? Jika Allah berpihak kepada kita, siapakah dapat melawan kita?

FILIPI 4 : 6 – 8
6 Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.
7 Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
8 Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.

YAKOBUS 1 : 12
12 Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.

ROMA 8 : 18
18 Pada pendapatku, segala penderitaan yang kita alami sekarang tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan ditunjukkan kepada kita.

ROMA 8 : 28
28 Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia [67] dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.

2 KORINTUS 1 : 3 – 4
3 Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita.
4 Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.

MAZMUR 50 : 15
15 Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuji Aku.”

YESAYA 41 : 10
10 Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

YOSUA 1 : 9
9 Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi.”

MAZMUR 3 : 3 – 4
3 Mereka mengumpat dan berkata, β€œAllah tidak akan menolong dia!”
4 Tetapi Engkau, ya TUHAN, adalah perisai yang melindungi aku. Engkau memberi aku kemenangan dan memulihkan semangatku.

MAZMUR 138 : 8
8 Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku; ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi. Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *