Apa yang Alkitab katakan tentang Kuk, Kiasan

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Kuk, Kiasan

IMAMAT 26 : 13
13 Aku TUHAN, Allah kamu, membawa kamu keluar dari Mesir supaya kamu tidak lagi menjadi abdi. Aku sudah mematahkan kekuasaan yang menindas kamu, dan menjadikan kamu orang yang merdeka.”

YESAYA 9 : 4
4 Kasut yang dipakai oleh tentera yang menyerang dan segala pakaian mereka yang berlumuran darah akan dibakar habis oleh api.

YESAYA 10 : 27
27 Apabila masanya tiba kelak, Aku akan membebaskan kamu daripada penindasan Asyur, dan mereka tidak akan menguasai kamu lagi.” [41]

YEREMIA 2 : 20
20 TUHAN Raja berfirman, “Hai Israel, dari dahulu engkau tidak mahu mengabdi kepada-Ku; engkau tidak mahu mentaati Aku ataupun menyembah Aku. Di atas setiap bukit yang tinggi dan di bawah setiap pokok hijau, engkau menyembah dewa-dewa kesuburan.

YEREMIA 5 : 5
5 Aku akan pergi kepada para pembesar dan bercakap dengan mereka. Tentu mereka mengetahui tuntutan Allah mereka, dan suruhan TUHAN mereka.” Tetapi mereka semua menolak kekuasaan TUHAN dan tidak mahu mentaati Dia.

YEREMIA 28 : 2
2 bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berfirman, “Aku telah mematahkan kuasa raja Babilonia.

YEREMIA 28 : 4
4 Aku juga akan membawa kembali Yoyakhin putera Raja Yoyakim, raja Yehuda, bersama dengan semua rakyat Yehuda yang telah diangkut ke Babilonia. Sesungguhnya, Aku akan mematahkan kuasa Babilonia. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

YEREMIA 28 : 10
10 Kemudian Hananya mengambil kok dari tengkukku, lalu mematahkannya.

YEREMIA 30 : 8
8 TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Apabila hari itu tiba, kok yang dipasang pada tengkuk kamu akan Kupatahkan, dan belenggu kamu akan Kulepaskan. Kamu tidak akan menjadi hamba orang bangsa asing lagi.

RATAPAN 1 : 14
14 Dia memerhati segala dosaku, lalu mengikatnya menjadi satu, dan mengalungkannya pada leherku, sehingga beratnya melemahkan aku. Tuhan menyerahkan aku kepada musuhku, dan aku tidak berdaya melawan mereka.

RATAPAN 3 : 27
27 Baiklah kita belajar tabah hati ketika masih muda.

MATIUS 11 : 30
30 Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”

KISAH RASUL-RASUL 15 : 10
10 Oleh itu, mengapakah saudara-saudara mahu mencubai Allah dengan membebani pengikut-pengikut ini dengan kewajipan berat yang baik nenek moyang kita mahupun kita sendiri tidak sanggup melakukannya?

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *