Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Keluarga
MAZMUR 128 : 3
3 Isterimu akan menjadi seperti pokok anggur yang subur di dalam rumahmu, dan anak-anakmu umpama pokok zaitun yang muda di sekeliling mejamu.
MAZMUR 128 : 6
6 Semoga engkau panjang umur untuk melihat cucu-cucumu! Sejahteralah Israel!
ULANGAN 4 : 10
10 tentang hari itu, ketika kamu berdiri di hadapan TUHAN, Allah kamu di Gunung Sinai. [18] Pada masa itu Dia berfirman kepadaku, ‘Kumpulkanlah umat ini. Aku mahu mereka mendengar firman-Ku supaya mereka belajar taat kepada-Ku seumur hidup, dan supaya mereka mengajar anak-anak mereka untuk taat kepada-Ku.’
1 KORINTUS 16 : 19
19 [99†] Kumpulan-kumpulan jemaah di Asia menyampaikan salam mereka kepada kamu. Akwila dan Priska serta jemaah yang berkumpul di rumah mereka pun mengirim salam Kristian yang mesra.
AMSAL 31 : 27
27 Dia sentiasa rajin bekerja dan memperhatikan urusan rumah tangganya.
1 TIMOTIUS 3 : 5
5 Jika seseorang tidak tahu mengurus rumah tangganya sendiri, bagaimanakah dia dapat mengurus jemaah Allah?
1 TIMOTIUS 3 : 12
12 Seorang penolong jemaah mesti mempunyai seorang isteri sahaja. [14] Dia mesti tahu mendidik anak-anaknya dan mengurus rumah tangganya dengan baik.
KEJADIAN 45 : 24
24 Kemudian Yusuf menghantar saudara-saudaranya sambil berkata, “Jangan bertengkar dalam perjalanan.”
MAZMUR 133 : 1
1 Lagu ziarah oleh Daud. Alangkah baiknya dan indahnya apabila umat Allah hidup dengan rukun!
KEJADIAN 50 : 21
21 Jangan khuatir. Aku akan mencukupi keperluan kamu dan anak-anak kamu.” Demikianlah Yusuf menenteramkan hati mereka dengan kata-kata yang ramah, sehingga mereka terharu.
MATIUS 18 : 22
22 [191†] Yesus menjawab, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali! [192] [193†]
ULANGAN 14 : 26
26 Dengan wang itu belilah apa sahaja yang kamu mahu – lembu, domba, wain, dan minuman keras. Kemudian di tempat itu, di hadirat TUHAN, Allah kamu, kamu dan keluarga kamu harus makan dan bersukacita.
MAZMUR 101 : 7
7 Pendusta tidak akan tinggal di dalam istanaku; orang munafik tidak akan berada di hadapanku.
ULANGAN 29 : 18
18 [183†] Oleh itu, jagalah supaya tidak seorang pun di sini pada hari ini, sama ada lelaki, perempuan, keluarga, ataupun suku yang berpaling daripada TUHAN, Allah kita, lalu menyembah tuhan-tuhan bangsa lain. Perbuatan itu bagaikan akar yang tumbuh menjadi tanaman pahit dan beracun.
YEREMIA 10 : 25
25 Lampiaskanlah kemurkaan-Mu kepada bangsa-bangsa yang tidak menyembah Engkau, dan kepada orang yang menolak Engkau. Mereka telah membinasakan umat-Mu; mereka telah menghancurkan kami sama sekali dan memusnahkan negeri kami.
KEJADIAN 18 : 19
19 Aku sudah memilih dia supaya memerintah anak-anak dan keturunannya untuk taat kepada-Ku dan melakukan hal yang benar dan adil. Jika mereka berbuat demikian, Aku akan memenuhi segala janji-Ku kepada Abraham.”
Leave a Reply