Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang kebijaksanaan
YAKOBUS 1 : 5
5 Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.
EFESUS 5 : 15 – 17
15 Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak.
16 [34†] Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat.
17 Janganlah bertindak bodoh, tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu.
YAKOBUS 3 : 17
17 Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.
AMSAL 3 : 13 – 18
13 Berbahagialah orang yang menjadi bijaksana dan mendapat pengertian.
14 Manfaatnya melebihi keuntungan daripada perak, dan nilainya lebih tinggi daripada emas.
15 Hikmat lebih bernilai daripada batu permata. Semua yang kamu idamkan tidak dapat dibandingkan dengan hikmat!
16 Hikmat memberi kamu umur panjang, dan juga kekayaan serta kehormatan.
17 Hikmat memberi kamu kehidupan yang sejahtera dan sentosa.
18 Orang yang menjadi bijaksana berasa bahagia, dan mendapat hidup yang sejati.
AMSAL 10 : 23
23 Orang bodoh menyukai perbuatan salah; orang bijak menyukai hikmat.
AMSAL 12 : 15
15 Orang bodoh selalu menganggap diri mereka betul, sedangkan orang bijak mendengarkan nasihat.
AMSAL 18 : 15
15 Orang bijak sentiasa sedia dan suka belajar.
KOLOSE 3 : 16
16 Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.
AMSAL 17 : 27 – 28
27 Orang yang berpengetahuan tidak banyak bercakap. Orang yang berpengertian sentiasa tenang.
28 Orang bodoh pun mungkin dianggap bijak dan pandai jika mereka berdiam diri dan menutup mulut.
PENGKHUTBAH 8 : 1
1 Hanya seorang bijak dapat memahami makna segala perkara. Hikmat menyebabkan dia tersenyum dan wajahnya berseri.
YEREMIA 9 : 24
24 [24†] Jika sesiapa hendak berbangga, dia harus berbangga kerana dia mengenal dan memahami Aku, dan bahawa Akulah TUHAN yang mengasihi orang selama-lamanya, dan Aku melakukan yang adil dan benar. Semua itu menyenangkan hati-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
AYUB 12 : 12 – 13
12 [12-13] Hikmat ada pada orang tua, tetapi hikmat dan kuasa ada pada Allah sahaja. Pengertian ada pada orang tua, tetapi pengertian dan kuasa untuk bertindak ada pada Allah sahaja.
13
LUKAS 21 : 15
15 [193†] Aku akan memberikan kata-kata dan kebijaksanaan kepada kamu, sehingga tiada seorang musuh pun dapat melawan atau menafikan kata-kata kamu.
AMSAL 19 : 20
20 Orang yang suka mendengar nasihat dan mahu belajar akan menjadi bijaksana kelak.
EFESUS 1 : 16 – 19
16 aku tidak berhenti-henti bersyukur kepada Allah untuk kamu. Aku mengingat kamu apabila aku berdoa.
17 Aku memohon supaya Allah Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang mulia, mengurniai kamu Roh-Nya. Roh Allah akan menjadikan kamu bijaksana dan akan menunjukkan Allah kepada kamu sehingga kamu mengenal Dia.
18 Aku memohon agar Allah menjadikan fikiran kamu terbuka untuk memahami ajaran-Nya. Dengan demikian kamu mengetahui apa yang dapat kamu harapkan daripada Allah yang memanggil kamu. Betapa indah dan berlimpah-limpahnya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada umat-Nya,
19 serta betapa besar kuasa-Nya yang menolong kita, orang yang percaya kepada Kristus. Kuasa itu seperti kuasa
AMSAL 17 : 10
10 Satu kali ditegur ajar lebih bererti bagi orang bijak, daripada seratus kali cambukan pada orang bodoh.
AMSAL 23 : 12
12 Perhatikanlah ajaran guru kamu dan belajarlah sebanyak mungkin.
AMSAL 14 : 16
16 Orang bijak berhati-hati dan menjauhi kejahatan, tetapi orang bodoh tidak berhati-hati dan bertindak tanpa berfikir dahulu.
AMSAL 24 : 3 – 7
3 Rumah tangga didirikan di atas asas hikmat dan pengertian.
4 Apabila ada pengetahuan, bilik-biliknya dilengkapi barang-barang yang berharga dan indah.
5 Hikmat lebih baik daripada kekuatan. Sesungguhnya pengetahuan lebih baik daripada kekuatan,
6 kerana kamu harus membuat rancangan dengan baik-baik sebelum kamu berperang. Semakin banyak nasihat yang kamu terima, semakin besar pula harapan kamu untuk menang.
7 Orang bodoh tidak dapat memahami kata-kata hikmat. Mereka tidak dapat berkata apa-apa ketika hal-hal penting dibincangkan.
Leave a Reply