Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang kebenaran mutlak
YOHANES 14 : 6
6 Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. [98] Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.
YOHANES 8 : 32
32 Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan.” [65]
BILANGAN 23 : 19
19 Allah bukan manusia, Dia tidak berdusta; Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran. Apa yang dijanjikan-Nya akan dipenuhi-Nya; apa yang difirmankan-Nya pasti dilakukan-Nya.
MATIUS 9 : 6 – 8
6 Aku akan membuktikan kepada kamu bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa.” Lalu Yesus berkata kepada orang yang lumpuh itu, “Bangunlah, angkat tikarmu dan pulanglah!”
7 Orang lumpuh itu pun bangun lalu pulang ke rumah.
8 Apabila orang di situ nampak kejadian itu, mereka ketakutan dan memuji Allah kerana Allah sudah memberikan kuasa yang begitu besar kepada manusia.
Leave a Reply