Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang jahat di dunia
EFESUS 6 : 10 – 18
10 Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia.
11 Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat.
12 Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.
13 Oleh itu, sekarang, pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya pada hari yang jahat kamu dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh. Dengan demikian setelah kamu berjuang sampai akhir, kamu tidak akan berganjak sedikit pun.
14 [46†] Oleh itu, kamu harus bersiap sedia! Gunakanlah ajaran benar tentang Allah [47] sebagai tali pinggang dan ketulusan sebagai perisai dada.
15 [48†] Hendaklah kesediaan untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan menjadi seperti kasutmu.
16 Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Allah sebagai perisai di tangan. Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat.
17 [49†] Terimalah penyelamatan daripada Allah sebagai topi besi, dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah.
18 Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah.
ROMA 5 : 12
12 [48†] Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa orang itu membawa kematian. Akibatnya maut menjangkiti segenap umat manusia, kerana semua orang berdosa.
YESAYA 55 : 8 – 9
8 TUHAN berfirman, “Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu, dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
9 Setinggi langit dari bumi, setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu, dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.
MATIUS 5 : 48
48 [61†] Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang.”
ROMA 8 : 28
28 Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia [67] dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.
KEJADIAN 1 : 31
31 Allah memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang keenam.
Leave a Reply