Apa yang Alkitab katakan tentang Groves

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Groves

ULANGAN 16 : 21
21 [105†] Apabila kamu membina mazbah untuk TUHAN, Allah kamu, jangan tegakkan tiang kayu yang menjadi lambang Dewi Asyera di sebelah mazbah itu.

YESAYA 1 : 29
29 Kamu akan menyesal kerana menyembah pokok-pokok dan mengkhususkan kebun-kebun untuk dewa-dewa. [6]

YESAYA 17 : 8
8 Mereka tidak lagi bergantung kepada mazbah-mazbah buatan mereka sendiri, ataupun berharap kepada karya tangan mereka sendiri, iaitu patung-patung Dewi Asyera dan mazbah-mazbah untuk membakar kemenyan.

YESAYA 27 : 9
9 Dosa Israel hanya dapat diampunkan apabila batu mazbah dewa-dewa telah dihancurkan sehingga menjadi seperti kapur, dan tiada lagi mazbah untuk membakar kemenyan, dan tiada lagi lambang-lambang Dewi Asyera.

MIKHA 5 : 14
14 Dalam kemurkaan-Ku yang meluap-luap Aku akan membalas dendam-Ku terhadap semua bangsa yang tidak taat kepada-Ku.”

HAKIM-HAKIM 3 : 7
7 Umat Israel lupa akan TUHAN, Allah mereka. Mereka berdosa terhadap TUHAN dan menyembah berhala-berhala Baal dan Asyera.

1 RAJA-RAJA 14 : 15
15 TUHAN akan menghukum umat Israel sehingga mereka tergoyang-goyang seperti gelagah di dalam air. TUHAN akan mencabut umat Israel dari tanah yang baik ini, yang diberikan-Nya kepada nenek moyang mereka. Dia akan menghamburkan mereka di seberang Sungai Efrat, kerana mereka telah membangkitkan kemurkaan-Nya ketika mereka membuat patung Dewi Asyera.

1 RAJA-RAJA 14 : 23
23 [96†] Mereka membina tempat-tempat penyembahan dewa dan mendirikan tiang-tiang berhala dan lambang-lambang Dewi Asyera untuk disembah di bukit-bukit dan di bawah pokok-pokok besar.

1 RAJA-RAJA 15 : 13
13 Raja Asa menyingkirkan nenek baginda, Maakha, daripada kedudukannya sebagai bonda ratu, kerana Maakha telah membuat sebuah patung lucah, Dewi Asyera, berhala yang melambangkan kesuburan. Raja Asa merobohkan berhala itu dan membakarnya di Lembah Kidron.

1 RAJA-RAJA 18 : 19
19 Sekarang perintahlah segenap umat Israel untuk menemui hamba di Gunung Karmel. Bawalah empat ratus lima puluh orang nabi Baal dan empat ratus orang nabi Dewi Asyera yang dibiayai oleh Permaisuri Izebel.”

2 RAJA-RAJA 13 : 6
6 Tetapi mereka masih belum bertaubat daripada dosa yang disebabkan oleh Raja Yerobeam. Mereka tidak berhenti berdosa, dan patung Dewi Asyera masih ada di Samaria.

2 RAJA-RAJA 17 : 10
10 [61†] Di semua bukit dan di bawah tiap-tiap pokok yang rendang, mereka mendirikan tiang-tiang batu dan patung-patung Dewi Asyera.

2 RAJA-RAJA 17 : 16
16 [62†] Mereka melanggar semua hukum TUHAN, Allah mereka, serta membuat dua patung lembu daripada logam untuk disembah. Mereka juga membuat patung Dewi Asyera, menyembah bintang-bintang, dan Baal.

2 RAJA-RAJA 21 : 7
7 Raja Manasye meletakkan patung Dewi Asyera di Rumah TUHAN, padahal tentang tempat itu TUHAN telah berfirman kepada Raja Daud dan puteranya, Raja Salomo, “Rumah-Ku dan kota Yerusalem ini yang telah Aku pilih dari antara wilayah dua belas suku Israel, adalah tempat yang Kutetapkan sebagai tempat beribadat kepada-Ku.

2 TAWARIKH 24 : 18
18 Oleh itu rakyat tidak lagi beribadat di Rumah TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Sebaliknya mereka mula menyembah berhala dan patung-patung Dewi Asyera. Dosa mereka itu menyebabkan TUHAN murka terhadap Yehuda dan Yerusalem.

YEREMIA 17 : 2
2 Bangsa kamu memuja berhala di mazbah-mazbah dan tiang-tiang berhala yang telah didirikan untuk Dewi Asyera di bawah setiap pokok hijau, di puncak-puncak bukit,

HAKIM-HAKIM 6 : 28
28 Ketika penduduk kota itu bangun esok paginya, mereka mendapati bahawa mazbah Baal dan tiang lambang Dewi Asyera telah dirobohkan. Mereka nampak juga bahawa di tempat itu telah dibina sebuah mazbah, dan lembu jantan itu telah dibakar sebagai korban.

2 RAJA-RAJA 18 : 4
4 [69†] Baginda memusnahkan tempat-tempat penyembahan berhala, memecahkan tiang-tiang batu, dan merobohkan patung-patung Dewi Asyera. Baginda juga menghancurkan ular gangsa yang dibuat oleh Musa dahulu, yang dikenal sebagai Nehustan, kerana hingga masa itu umat Israel masih membakar kemenyan untuk menghormati ular gangsa itu.

2 RAJA-RAJA 23 : 14
14 Raja Yosia merobohkan lambang-lambang yang dikhaskan untuk Dewi Asyera, dan menghancurkan tiang-tiang batu, lalu menimbuni tanah itu dengan tulang-tulang manusia.

2 TAWARIKH 34 : 4
4 [102†] Dengan arahan Raja Yosia, anak buahnya merobohkan mazbah-mazbah Baal dan mazbah-mazbah untuk membakar kemenyan yang terdapat di situ. Mereka menghancurkan patung-patung Dewi Asyera dan semua berhala lain, lalu menghamburkan debunya di atas kubur-kubur orang yang menyembah berhala-berhala itu.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *