Apa yang Alkitab katakan tentang gideon

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang gideon

HAKIM-HAKIM 8 : 23
23 Gideon menjawab, “Saya tidak akan menjadi pemimpin kamu; anak saya pun tidak. TUHAN yang menjadi pemimpin kamu.”

HAKIM-HAKIM 6 : 36 – 40
36 Kemudian Gideon berkata kepada Allah, “Engkau telah berfirman bahawa Engkau akan menggunakan aku untuk membebaskan umat Israel.
37 Sekarang aku meletakkan guntingan bulu domba ini di atas tanah tempat kami mengirik gandum. Jika esok pagi embun hanya terdapat pada guntingan bulu domba ini dan tidak terdapat di atas tanah, maka itulah buktinya bahawa sesungguhnya Engkau mahu menggunakan aku untuk membebaskan umat Israel.”
38 Esok paginya, perkara itu benar-benar terjadi. Apabila Gideon bangun pagi-pagi, dia memeras guntingan bulu domba itu dan mendapat air embun sebanyak satu cawan.
39 Kemudian Gideon berkata kepada Allah, “Janganlah murka kepadaku; benarkanlah aku berkata satu kali lagi. Benarkanlah aku membuat satu ujian lagi dengan guntingan bulu itu. Kali ini biarlah guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah basah.”
40 Pada malam itu Allah mengabulkan permintaan Gideon. Esok paginya guntingan bulu domba itu kering, tetapi tanah dibasahi embun.

HAKIM-HAKIM 6 : 15
15 Gideon menjawab, “Tetapi Tuhan bagaimana mungkin aku menyelamatkan umat Israel? Puakku yang paling lemah di kalangan suku Manasye. Lagi pun, akulah yang paling tidak penting dalam keluargaku.”

HAKIM-HAKIM 8 : 22
22 Selepas itu umat Israel berkata kepada Gideon, “Tuan telah menyelamatkan kami daripada kekuasaan orang Midian. Sekarang hendaklah tuan menjadi pemimpin kami – tuan dan keturunan tuan.”

HAKIM-HAKIM 8 : 33 – 35
33 Setelah Gideon meninggal, umat Israel tidak lagi setia kepada Allah. Mereka menyembah dewa-dewa Baal dan menjadikan Baal-Berit dewa mereka.
34 Mereka tidak lagi beribadat kepada TUHAN, Allah mereka, yang telah membebaskan mereka daripada kekuasaan semua musuh di sekeliling mereka.
35 Mereka juga tidak membalas budi keluarga Gideon bagi segala jasa yang telah dilakukannya untuk umat Israel.

HAKIM-HAKIM 8 : 24 – 27
24 Tetapi Gideon berkata lagi, “Hanya satu permintaan saya. Hendaklah kamu memberi saya anting-anting yang telah kamu rampas daripada musuh.” (Orang Midian seperti bangsa-bangsa lain yang tinggal di padang gurun, semuanya beranting-anting emas.)
25 Umat Israel menjawab, “Kami rela memberikannya kepada tuan.” Mereka membentangkan sehelai kain, lalu tiap-tiap orang meletakkan anting-anting yang telah dirampasnya di situ.
26 Semua anting-anting emas yang diberikan kepada Gideon pada masa itu beratnya hampir dua puluh kilogram, tidak termasuk perhiasan-perhiasan, kalung, dan kain ungu yang dipakai oleh raja-raja Midian, serta rantai yang dikenakan pada leher unta mereka.
27 Daripada emas itu, Gideon membuat sebuah patung berhala, lalu meletakkannya di Ofra, kampung halamannya. Segenap umat Israel pergi ke sana untuk menyembah berhala itu, sehingga mereka tidak lagi menyembah Allah. Perkara itu menjadi perangkap bagi Gideon dan keluarganya.

HAKIM-HAKIM 6 : 16
16 TUHAN berfirman kepadanya, “Aku akan menolong engkau, kerana itu engkau pasti berjaya. Engkau akan mengalahkan orang Midian seolah-olah engkau berhadapan dengan satu orang sahaja.”

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *