Apa yang Alkitab katakan tentang Gaza

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Gaza

YOSUA 13 : 3
3 dan juga seluruh wilayah Awi ke arah selatan. (Tanah dari Sungai Sikhor di sempadan Mesir, sampai ke sempadan Ekron di utara, dianggap sebagai tanah orang Kanaan; raja-raja orang Filistin tinggal di Gaza, Asdod, Askelon, Gat, dan Ekron.)

YEREMIA 25 : 20
20

KEJADIAN 10 : 19
19 sampai ke sempadan negeri mereka dan meluas dari Sidon ke selatan menuju Gerar, sampai ke Gaza, dan ke timur menuju Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa.

ULANGAN 2 : 23
23 Tanah di sepanjang pantai Laut Tengah diduduki oleh orang dari pulau Kreta. Mereka sudah membinasakan orang Awi, penduduk asli tempat itu, dan merebut seluruh tanah di situ sampai ke kota Gaza, di sebelah selatan.)

YOSUA 11 : 22
22 Tiada seorang pun daripada bangsa Enak yang tinggal di negeri Israel, tetapi ada beberapa orang yang masih tinggal di Gaza, Gat, dan Asdod.

YOSUA 15 : 47
47 Selain itu termasuk juga Asdod dan Gaza, bersama dengan pekan-pekan dan kampung-kampung di sekitar, sampai ke sungai kecil di sempadan Mesir dan pantai Laut Tengah.

HAKIM-HAKIM 1 : 18
18 [18-19] TUHAN menolong suku Yehuda sehingga mereka berjaya menduduki kawasan perbukitan. Tetapi mereka tidak berjaya merebut [4] kota Gaza, Askelon, dan Ekron, serta kawasan di sekitar semua kota itu. Suku Yehuda tidak berjaya mengusir penduduk yang tinggal di sepanjang pantai itu, kerana penduduk di sana mempunyai kereta kuda yang dibuat daripada besi.

HAKIM-HAKIM 16 : 23
23 Pada suatu hari, raja-raja Filistin berkumpul untuk berpesta dan mempersembahkan korban secara besar-besaran kepada Dagon, dewa mereka. Raja-raja bertitah, β€œDewa kita telah memberi kita kemenangan atas Simson, musuh kita!”

HAKIM-HAKIM 16 : 31
31 Kemudian saudara-saudara lelakinya dan semua kaum keluarganya datang mengambil jenazahnya. Mereka membawa jenazahnya pulang lalu mengebumikan dia di dalam kubur Manoah, bapanya. Kubur itu terletak di antara Zora dan Esytaol. Simson menjadi pemimpin Israel selama dua puluh tahun.

1 RAJA-RAJA 4 : 24
24 Raja Salomo menguasai seluruh tanah di sebelah barat Sungai Efrat, dari Tifsah di Sungai Efrat sampai sejauh kota Gaza di sebelah barat. Semua raja di sebelah barat Sungai Efrat takluk kepada Raja Salomo, dan baginda bersahabat dengan semua negeri jiran.

YEREMIA 47 : 1
1 Sebelum raja Mesir menyerang Gaza, TUHAN berfirman kepadaku tentang negeri Filistin,

AMOS 1 : 7
7 Oleh itu Aku akan mengirim api ke tembok kota Gaza dan menghanguskan semua kubunya.

ZEFANYA 2 : 4
4 Tiada sesiapa lagi yang tinggal di kota Gaza. Kota Askelon akan ditinggalkan. Penduduk Asdod akan diusir dalam setengah hari, [5] dan penduduk Ekron akan dihalau dari kota mereka.

ZAKHARIA 9 : 5
5 Kota Askelon akan melihat perkara itu lalu menjadi takut. Kota Gaza akan melihat hal itu lalu mengalami penderitaan yang berat. Ekron juga akan melihat hal itu, lalu harapannya akan hancur. Gaza akan kehilangan rajanya, dan Askelon akan menjadi lengang tanpa penghuni.

KISAH RASUL-RASUL 8 : 39
39 Apabila mereka keluar dari air, Roh Tuhan mengambil Filipus dari situ. Pegawai tinggi itu tidak nampak dia lagi, lalu meneruskan perjalanan dengan sukacita.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *