Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang bulu
IMAMAT 13 : 52
52 Imam harus membakar benda itu kerana kulapuk itu jenis yang merebak dan mesti dibakar.
IMAMAT 13 : 59
59 Inilah peraturan-peraturan tentang kulapuk pada pakaian yang dibuat daripada bulu domba atau linen, ataupun pada kain linen atau kain daripada bulu domba, ataupun pada apa sahaja yang dibuat daripada kulit. Inilah caranya untuk menentukan sama ada sesuatu benda itu tahir atau najis.
AMSAL 31 : 13
13 Dia rajin mengumpulkan bulu domba dan rami, lalu sibuk menenunnya.
YEHEZKIEL 34 : 3
3 Kamu minum susu domba, memakai pakaian daripada bulu domba, menyembelih dan makan domba yang terbaik, tetapi kamu tidak pernah menggembalakan domba-domba itu.
YEHEZKIEL 44 : 17
17 Apabila mereka masuk ke halaman dalam melalui pintu gerbang, mereka harus memakai pakaian linen. Mereka tidak boleh memakai pakaian daripada bulu domba apabila sedang bertugas di halaman dalam atau di dalam Rumah-Ku.
YEHEZKIEL 44 : 17
17 Apabila mereka masuk ke halaman dalam melalui pintu gerbang, mereka harus memakai pakaian linen. Mereka tidak boleh memakai pakaian daripada bulu domba apabila sedang bertugas di halaman dalam atau di dalam Rumah-Ku.
IMAMAT 19 : 19
19 [55†] Patuhilah perintah-Ku. Jangan kahwinkan dua ekor binatang yang berlainan jenis. Jangan tabur dua jenis benih di ladang yang sama. Jangan pakai pakaian yang ditenun daripada dua jenis benang.
ULANGAN 22 : 11
11 [130†] Jangan pakai pakaian yang dibuat daripada bulu domba dan linen dalam satu tenunan.
HAKIM-HAKIM 6 : 37
37 Sekarang aku meletakkan guntingan bulu domba ini di atas tanah tempat kami mengirik gandum. Jika esok pagi embun hanya terdapat pada guntingan bulu domba ini dan tidak terdapat di atas tanah, maka itulah buktinya bahawa sesungguhnya Engkau mahu menggunakan aku untuk membebaskan umat Israel.”
ULANGAN 18 : 4
4 Para imam harus diberikan hasil pertama daripada biji-bijian, wain, minyak zaitun, dan bulu domba.
Leave a Reply