Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Berjimat cermat
1 RAJA-RAJA 17 : 6
6 Dia minum dari sungai kecil itu, dan burung gagak membawa roti dan daging kepadanya setiap pagi dan petang.
1 RAJA-RAJA 17 : 13
13 Elia berkata kepadanya, “Jangan khuatir. Pergilah sediakan makananmu. Tetapi sebelum itu, mula-mula buatlah roti daripada tepung dan minyak itu dan hantarlah kepada saya. Kemudian buatlah roti untukmu dan anakmu,
AMSAL 11 : 16
16 Wanita yang baik budi dihormati orang, tetapi wanita yang tidak berbudi dipermalukan. Orang malas tidak akan mendapat wang; [24] tetapi orang yang bekerja keras akan menjadi kaya.
AMSAL 12 : 27
27 Orang malas tidak sekali-kali akan mencapai hasrat mereka, tetapi orang rajin memperoleh harta yang banyak.
AMSAL 13 : 22
22 Orang baik akan mewariskan hartanya kepada anak cucu, sedangkan harta orang berdosa diwarisi oleh orang yang lurus hati.
AMSAL 21 : 17
17 Orang yang suka berfoya-foya dan menggemari wain serta makanan lazat tidak akan menjadi kaya.
AMSAL 21 : 20
20 Orang bijak tetap kaya dan makmur, tetapi orang bodoh membazirkan harta mereka.
AMSAL 22 : 3
3 Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang bodoh membiarkan diri ditimpa malapetaka dan menyesal kemudian.
AMSAL 23 : 21
21 kerana mereka akan jatuh miskin. Jika kamu hanya makan dan tidur, tidak lama lagi kamu akan berpakaian compang-camping.
AMSAL 31 : 27
27 Dia sentiasa rajin bekerja dan memperhatikan urusan rumah tangganya.
MATIUS 14 : 20
20 Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.
MATIUS 15 : 37
37 Semua orang makan sehingga kenyang. Kemudian pengikut-pengikut Yesus mengumpulkan lebihan roti dan ikan sebanyak tujuh buah bakul.
MARKUS 7 : 28
28 “Tuan,” jawab wanita itu, “anjing di bawah meja pun makan sisa yang dijatuhkan oleh anak-anak!”
MARKUS 14 : 5
5 Minyak itu dapat dijual dengan harga lebih daripada tiga ratus keping wang perak, [121] dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin!” Mereka mengecam wanita itu.
KEJADIAN 41 : 49
49 Gandum yang dikumpulkan begitu banyak sehingga Yusuf berhenti menyukatnya, kerana banyaknya seperti pasir di pantai.
KEJADIAN 41 : 54
54 [204†] Kemudian datanglah tujuh tahun masa kebuluran, tepat seperti yang dikatakan Yusuf. Di setiap negeri lain ada kebuluran, tetapi di seluruh Mesir ada makanan.
KELUARAN 16 : 18
18 [62†] Ketika mereka menakarnya, ternyata bahawa orang yang mengumpulkan banyak tidak mendapat lebih, dan orang yang mengumpulkan sedikit tidak pula kekurangan. Tiap-tiap orang mengumpulkan sebanyak yang diperlukannya.
KELUARAN 16 : 24
24 Sebagaimana yang telah disuruh oleh Musa, mereka menyimpan lebihan makanan itu sehingga hari berikutnya; makanan itu tidak menjadi basi dan tidak berulat.
Leave a Reply