Apa yang Alkitab katakan tentang banjir

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang banjir

KEJADIAN 6 : 17
17 Aku akan mendatangkan banjir untuk membinasakan setiap makhluk yang hidup di bumi. Segala sesuatu di bumi akan mati,

2 PETRUS 2 : 5
5 [7†] Dunia zaman dahulu pun tidak terlepas daripada hukuman Allah. Dia mendatangkan air bah kepada orang derhaka zaman itu. Hanya Nuh dan tujuh orang lain yang diselamatkan-Nya, kerana Nuh mengisytiharkan cara hidup yang dikehendaki Allah. [8]

MAZMUR 107 : 25 – 30
25 Dengan perintah-Nya, angin bertiup dengan kencang, dan ombak bergelora.
26 Kapal-kapal terangkat tinggi ke udara, lalu terhempas ke dasar samudera; orang kehilangan keberanian menghadapi bahaya sedemikian.
27 Mereka terhuyung-hayang seperti orang mabuk; segala kemahiran mereka menjadi sia-sia.
28 Kemudian dalam kesusahan, mereka berseru kepada TUHAN, dan Dia menyelamatkan mereka daripada kecemasan.
29 Dia meneduhkan angin ribut, dan ombak pun menjadi tenang.
30 Mereka bersukacita kerana ketenangan itu, dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang dituju.

MATIUS 24 : 44
44 [251†] Oleh itu, kamu pun hendaklah sentiasa bersedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”

LUKAS 17 : 26
26 [168†] Seperti pada zaman Nabi Nuh dahulu, demikian juga halnya pada masa Anak Manusia kelak.

LUKAS 17 : 27
27 [169†] Orang makan dan minum; lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nabi Nuh masuk ke dalam bahtera. Lalu air bah datang dan membinasakan mereka semua.

KEJADIAN 8 : 20
20 Nuh mendirikan sebuah mazbah untuk TUHAN. Dia mengambil seekor daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang yang halal, lalu di atas mazbah itu, dia mempersembahkan semuanya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN.

KISAH RASUL-RASUL 17 : 30 – 31
30 Allah tidak mahu mengingat masa kita tidak mengenal Dia dahulu, tetapi sekarang Dia menyuruh semua orang di seluruh dunia bertaubat daripada cara hidup yang jahat.
31 Hal itu demikian kerana Dia sudah menetapkan suatu hari untuk mengadili seluruh dunia ini dengan adil. Tugas itu akan dilakukan oleh satu orang yang sudah dipilih-Nya. Supaya semua orang yakin akan hal itu, Allah sudah membangkitkan orang itu daripada kematian!”

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *