Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang bahasa Ibrani
KEJADIAN 10 : 24
24 Arpakhsad bapa Selah, dan Selah bapa Eber.
KEJADIAN 14 : 13
13 Tetapi seorang yang berjaya melepaskan diri melaporkan segala peristiwa itu kepada Abram, orang Ibrani itu. Abram tinggal berhampiran dengan pokok-pokok keramat, tempat ibadat kepunyaan seorang Amori yang bernama Mamre. Mamre dan saudara-saudaranya, Eskol dan Aner, ialah teman sekutu Abram.
KEJADIAN 39 : 14
14 dia memanggil pelayan-pelayannya dan berkata, “Lihatlah! Orang Ibrani yang dibawa suamiku ke rumah ini menghina kita. Dia masuk ke dalam bilikku dan cuba merogol aku, tetapi aku menjerit.
KEJADIAN 40 : 15
15 Sebenarnya, dahulu saya diculik dari negeri orang Ibrani. Di sini, di Mesir pun, tidak pernah saya melakukan apa-apa kejahatan sampai harus dimasukkan ke dalam penjara.”
KEJADIAN 43 : 32
32 Yusuf makan di sebuah meja tersendiri, dan saudara-saudaranya makan di meja yang lain. Orang Mesir yang ada di situ makan di meja yang lain lagi, kerana mereka berasa hina apabila makan bersama dengan orang Ibrani.
KELUARAN 2 : 6
6 Puteri raja membuka bakul itu lalu nampak seorang bayi lelaki sedang menangis. Puteri raja berasa kasihan terhadap bayi itu dan berkata, “Inilah seorang daripada bayi Ibrani.”
ULANGAN 15 : 12
12 “Jika seorang Israel, lelaki atau perempuan, menjual dirinya [96] sebagai abdi kepada kamu, bebaskanlah dia setelah dia bekerja bagi kamu selama enam tahun. Pada tahun yang ketujuh, kamu mesti membebaskan dia.
1 SAMUEL 4 : 9
9 Jangan takut, hai tentera Filistin! Berperanglah seperti lelaki! Jika tidak, kita akan menjadi hamba orang Ibrani seperti mereka dahulu menjadi hamba kita. Oleh itu berperanglah dengan gagah berani!”
1 SAMUEL 29 : 3
3 Apabila para panglima orang Filistin nampak Daud dan anak buahnya, mereka bertanya, “Mengapa semua orang Ibrani ini berada di sini?” Raja Akhis menjawab, “Ini Daud, bekas pegawai Raja Saul dari Israel. Dia sudah agak lama tinggal bersama dengan beta. Sejak dia datang kepada beta sampai hari ini, belum pernah beta mendapati dia bersalah.”
YUNUS 1 : 9
9 Yunus menjawab, “Aku orang Ibrani. Aku menyembah TUHAN, Allah di syurga, yang mencipta laut dan darat.”
KISAH RASUL-RASUL 6 : 1
1 Tidak berapa lama kemudian, apabila bilangan pengikut Yesus semakin bertambah, berlakulah pertengkaran antara orang Yahudi yang berbahasa Yunani dengan orang Yahudi yang berbahasa Ibrani. Orang Yahudi yang berbahasa Yunani berkata bahawa balu di kalangan mereka tidak menerima bantuan wang sehari-hari.
2 KORINTUS 11 : 22
22 Adakah mereka orang Ibrani? Aku pun orang Ibrani. Adakah mereka orang Israel? Aku pun orang Israel. Adakah mereka keturunan Abraham? Aku pun keturunan Abraham.
FILIPI 3 : 5
5 [11†] Aku disunat ketika berumur lapan hari. Aku dilahirkan sebagai orang Israel daripada suku Benyamin. Oleh itu aku orang Ibrani sejati. Dalam hal mentaati hukum agama Yahudi, aku tergolong orang Farisi.
YOHANES 5 : 2
2 Di Yerusalem dekat Pintu Domba ada sebuah kolam [34] yang dalam bahasa Ibrani dinamakan Betesda. [35] Kolam ini dikelilingi lima buah serambi.
YOHANES 19 : 20
20 Banyak orang Yahudi membacanya kerana tempat Yesus disalibkan itu tidak jauh dari bandar. Tulisan itu dalam bahasa Ibrani, Latin, dan Yunani.
KISAH RASUL-RASUL 21 : 40
40 Komandan itu mengizinkan dia berbuat demikian. Oleh itu Paulus berdiri di tangga dan memberikan isyarat dengan tangan supaya orang ramai diam. Apabila mereka tenang, Paulus berkata-kata kepada mereka dalam bahasa Ibrani.
KISAH RASUL-RASUL 22 : 2
2 Apabila mereka mendengar Paulus berkata-kata dalam bahasa Ibrani, mereka lebih tenang lagi. Paulus melanjutkan kata-katanya,
KISAH RASUL-RASUL 26 : 14
14 Kami semua jatuh ke tanah. Lalu hamba mendengar suara berkata kepada hamba dalam bahasa Ibrani, ‘Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku? Jika engkau terus melawan, engkau hanya menyakiti dirimu sendiri; engkau seperti seekor lembu yang menendang kayu penggiring yang tajam hujungnya.’
Leave a Reply