Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang ayah
MATIUS 23 : 9
9 Janganlah panggil sesiapa pun di dunia ini ‘Bapa’, kerana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga.
MAZMUR 2 : 7
7 [4†] Raja bertitah, “Aku akan mengumumkan apa yang dinyatakan oleh TUHAN. Dia berfirman kepadaku, ‘Engkaulah anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapamu.
EFESUS 6 : 4
4 [43†] Hai bapa-bapa, janganlah perlakukan anak-anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Tuhan.
YOHANES 10 : 28 – 30
28 Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku.
29 Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar [73] daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.
30 Bapa dan Aku satu.”
1 KORINTUS 8 : 6
6 tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan hanya satu juga, iaitu Yesus Kristus. Melalui Dia segala sesuatu diciptakan, dan kerana Dialah kita hidup.
YOHANES 3 : 16
16 Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. [21]
Leave a Reply