Apa yang Alkitab katakan tentang amaran sebelum kemusnahan

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang amaran sebelum kemusnahan

MATIUS 10 : 28
28 Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.

YAKOBUS 1 : 12
12 Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.

1 TESALONIKA 5 : 9
9 Allah memilih kita bukannya untuk mengalami kemurkaan-Nya, tetapi untuk diselamatkan melalui Tuhan kita Yesus Kristus.

MATIUS 24 : 37 – 39
37 [249†] Apabila Anak Manusia datang kelak, masa itu seperti zaman Nuh.
38 Pada masa banjir belum melanda, orang makan dan minum, lelaki dan perempuan berkahwin sehingga pada hari Nuh masuk ke dalam bahtera.
39 [250†] Mereka tidak tahu akan apa yang sedang berlaku sehingga banjir membinasakan mereka semua. Demikianlah keadaannya apabila Anak Manusia datang.

FILIPI 3 : 18 – 19
18 Apa yang akan aku beritahukan kepada kamu, sudah banyak kali aku katakan kepada kamu dahulu, dan sekarang aku mengulanginya lagi dengan tangisan. Banyak orang dengan kehidupan mereka sudah merosakkan erti kematian Kristus di kayu salib.
19 Hidup orang seperti itu akan berakhir dengan kehancuran, kerana mereka bertuhankan keinginan tubuh mereka sendiri. Mereka membanggakan hal-hal yang seharusnya memalukan. Mereka hanya memikirkan perkara-perkara duniawi.

AMSAL 20 : 1
1 Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk.

MATIUS 24 : 42
42 Berjaga-jagalah kerana kamu tidak mengetahui waktunya Tuhan kamu akan datang.

LUKAS 21 : 28
28 Apabila perkara-perkara itu mula berlaku, bangkitlah dan dongaklah ke langit, kerana sekejap lagi kamu akan diselamatkan.”

EFESUS 6 : 11
11 Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat.

WAHYU 13 : 13 – 14
13 Binatang kedua ini melakukan mukjizat-mukjizat yang hebat. Di hadapan semua orang, api diturunkannya dari langit ke bumi.
14 Binatang kedua ini diizinkan oleh Allah untuk melakukan mukjizat-mukjizat di hadapan binatang pertama. Dengan mukjizat-mukjizat itu, binatang kedua ini menipu semua orang yang hidup di bumi dan menyuruh mereka membuat sebuah patung untuk menghormati binatang pertama yang sudah dilukai oleh pedang, tetapi tetap hidup.

LUKAS 21 : 25
25 [195†] β€œKelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut.

GALATIA 5 : 21
21 mereka iri hati, suka mabuk, berpesta liar, dan sebagainya. Aku memperingatkan kamu sekarang sebagaimana aku telah memperingatkan kamu dahulu: Orang yang melakukan perbuatan-perbuatan itu tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. [37]

AMSAL 16 : 18
18 Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan.

LUKAS 12 : 40
40 [140†] Kamu pun harus sentiasa bersiap sedia, kerana Anak Manusia akan datang pada saat yang tidak kamu sangka.”

1 YOHANES 5 : 19
19 Kita tahu bahawa kita milik Allah, meskipun seluruh dunia ini di bawah kuasa Iblis.

WAHYU 11 : 3 – 7
3 Aku akan mengutus dua orang saksi-Ku yang mengenakan pakaian berkabung. Mereka akan mengisytiharkan perkhabaran Allah selama 1,260 hari.”
4 [75†] Kedua-dua orang saksi itu adalah dua batang pokok zaitun dan dua buah kaki pelita yang berdiri di hadapan Tuhan alam semesta.
5 Jika sesiapa cuba mencederakan mereka, api keluar dari mulut mereka dan membinasakan musuh. Dengan demikian sesiapa sahaja yang cuba mencederakan mereka akan terbunuh.
6 [76†] Mereka mempunyai kuasa untuk menutup langit supaya hujan tidak turun selama mereka mengisytiharkan perkhabaran Allah. Mereka juga berkuasa atas mata air untuk mengubah air menjadi darah; mereka juga berkuasa menimpakan segala macam malapetaka ke atas bumi, bila-bila masa mereka menghendakinya.
7 [77†] Apabila mereka selesai mengisytiharkan perkhabaran, binatang yang keluar dari jurang maut akan melawan mereka, lalu mengalahkan dan membunuh mereka.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *