Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Allah benci pendusta
AMSAL 6 : 16 – 19
16 [16-19] Ada tujuh perkara yang dibenci oleh TUHAN dan tidak dapat dibiarkan-Nya: sikap yang sombong, mulut yang membohong, tangan yang membunuh orang yang tidak bersalah, fikiran yang merancang hal-hal jahat, kaki yang bergegas menuju kejahatan, saksi yang terus-menerus berdusta, dan orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat.
17
18
19
AMSAL 12 : 22
22 TUHAN membenci pendusta, tetapi Dia berkenan kepada orang yang menepati janji.
1 KORINTUS 6 : 9 – 10
9 Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak melakukan kehendak Allah tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. Janganlah tipu diri kamu sendiri. Orang yang berbuat cabul, atau yang menyembah berhala, atau yang berzina, atau yang bersemburit,
10 atau yang mencuri, atau yang tamak, atau yang selalu mabuk, atau yang mengumpat orang, atau yang merompak – semua orang seperti itu tidak akan menikmati Pemerintahan Allah.
WAHYU 21 : 8
8 Tetapi pengecut, pengkhianat, orang yang melakukan perbuatan cabul, pembunuh, orang yang lucah, orang yang mengamalkan ilmu ghaib, penyembah berhala, dan semua pendusta, akan dibuang ke dalam lautan api dan belerang yang bernyala-nyala, iaitu kematian tahap kedua.”
KELUARAN 20 : 16
16 [93†] Jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain.
EFESUS 4 : 15
15 Sebaliknya, kita harus mengatakan perkara-perkara benar [20] dengan hati yang penuh kasih, sehingga kita menjadi matang dalam segala hal dan menjadi seperti Kristus, iaitu kepala jemaah.
1 KORINTUS 6 : 9
9 Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak melakukan kehendak Allah tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. Janganlah tipu diri kamu sendiri. Orang yang berbuat cabul, atau yang menyembah berhala, atau yang berzina, atau yang bersemburit,
ULANGAN 24 : 1 – 4
1 [140†] “Andaikata seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan, lalu dia mendapati sesuatu yang tidak disukainya pada isterinya. [141] Oleh itu lelaki itu memberikan surat cerai kepadanya dan mengusir dia dari rumahnya.
2 Kemudian perempuan itu berkahwin lagi dengan seorang lelaki lain.
3 Tetapi selepas beberapa waktu, lelaki itu juga tidak menyukainya lagi. Kemudian lelaki itu memberikan surat cerai kepadanya dan mengusir dia dari rumahnya. Atau mungkin juga lelaki yang kedua itu meninggal.
4 Dalam kedua-dua hal itu, suami pertama perempuan itu tidak boleh berkahwin dengan dia lagi. Suami itu harus menganggapnya sebagai perempuan yang sudah dicemarkan. Jika lelaki itu berkahwin dengan perempuan itu lagi, perkara itu menjadi suatu penghinaan kepada TUHAN. Kamu tidak boleh melakukan dosa sedahsyat itu di tanah yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu.”
YOHANES 14 : 6
6 Yesus menjawab, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. [98] Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.
MAZMUR 127 : 1
1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
Leave a Reply