Apa yang Alkitab katakan tentang Abisai

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang Abisai

1 TAWARIKH 2 : 16
16 Isai juga mempunyai dua orang anak perempuan, Zeruya dan Abigail. Zeruya mempunyai tiga orang anak lelaki: Abisai, Yoab, dan Asael.

2 SAMUEL 23 : 18
18 Adik Yoab, iaitu Abisai (ibu mereka ialah Zeruya) ialah ketua pasukan “Kumpulan Tiga Puluh.” Abisai pernah berperang dengan tiga ratus orang dan membunuh mereka semua dengan tombaknya. Oleh itu dia menjadi terkenal di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh.” [90]

1 SAMUEL 26 : 8
8 Abisai berkata kepada Daud, “Allah telah menyerahkan musuh tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua kali!”

2 SAMUEL 2 : 24
24 Yoab dan Abisai terus mengejar Abner. Apabila matahari terbenam mereka sampai di Bukit Ama, yang terletak di sebelah timur Giah, di jalan menuju ke kawasan gurun Gibeon.

2 SAMUEL 3 : 30
30 Demikianlah Yoab dan Abisai membalas dendam terhadap Abner kerana dia telah membunuh Asael, adik mereka dalam pertempuran di Gibeon.

1 TAWARIKH 18 : 12
12 [58†] Abisai, (ibunya bernama Zeruya) mengalahkan dan membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Asin,

2 SAMUEL 10 : 10
10 Yoab menyerahkan pasukan yang selebihnya kepada Abisai, adiknya. Abisai mengatur barisan itu berhadapan dengan pasukan orang Amon.

2 SAMUEL 10 : 14
14 Apabila tentera Amon nampak tentera Siria lari, mereka meninggalkan Abisai lalu masuk ke dalam kota. Setelah memerangi orang Amon, Yoab pulang ke Yerusalem.

2 SAMUEL 16 : 9
9 Abisai, ibunya ialah Zeruya, berkata kepada raja, “Mengapa tuanku membiarkan anjing ini mengutuki tuanku? Benarkanlah hamba memenggal kepalanya!”

2 SAMUEL 19 : 21
21 Mendengar kata-kata itu Abisai anak Zeruya berkata, “Simei sepatutnya dihukum mati kerana dia telah mengutuk raja yang dipilih oleh TUHAN.”

2 SAMUEL 18 : 2
2 Setelah itu baginda menyuruh mereka mara untuk berperang dalam tiga kumpulan, masing-masing dipimpin oleh Yoab, Abisai adik Yoab, dan Itai dari Gat. Raja bertitah kepada anak buahnya, “Beta juga ikut bersama dengan kamu.”

2 SAMUEL 18 : 5
5 Raja memberi perintah kepada Yoab, Abisai, dan Itai, katanya, “Demi beta, jangan berlaku kasar terhadap Absalom, anak muda itu.” Semua askar mendengar Raja Daud memberi perintah itu kepada para ketua pasukan.

2 SAMUEL 20 : 22
22 Kemudian perempuan itu berunding dengan penduduk kota itu sambil membentangkan rancangannya. Lalu mereka memancung kepala Seba dan melemparkannya kepada Yoab dari atas tembok. Selepas itu Yoab meniup trompet sebagai tanda bagi anak buahnya untuk meninggalkan kota itu. Anak buah Yoab pulang, lalu dia pun pulang ke Yerusalem untuk menghadap raja.

2 SAMUEL 21 : 17
17 [82†] Tetapi Abisai anak Zeruya, datang menolong Raja Daud. Abisai menyerang raksasa itu dan membunuh dia. Kemudian anak buah Raja Daud memohon supaya Raja Daud berjanji tidak akan pergi bertempur lagi bersama dengan mereka. “Tuanku adalah harapan Israel,” kata mereka. “Kami tidak mahu kehilangan tuanku.”

1 TAWARIKH 11 : 20
20 Abisai, adik Yoab ialah ketua “Kumpulan Tiga Puluh”. [36] Dia melawan tiga ratus orang dan membunuh mereka dengan tombaknya. Oleh itu dia menjadi termasyhur di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh”. [37]

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *