Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang sayang
YESAYA 7 : 15
15 Apabila anak itu cukup dewasa untuk membuat keputusannya sendiri, negeri itu akan makmur. [24]
KELUARAN 3 : 8
8 Oleh itu Aku turun untuk membebaskan mereka daripada orang Mesir, dan membawa mereka keluar dari negeri itu ke suatu negeri yang luas, kaya, dan subur. Pada masa ini, negeri itu didiami oleh orang Kanaan, Het, Amori, Feris, Hewi, dan Yebusi.
MATIUS 3 : 4
4 [16†] Pakaian Yohanes dibuat daripada bulu unta, dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu hutan.
AMSAL 25 : 27
27 Makan madu berlebih-lebih tidak baik; mengharapkan pujian yang berlebih-lebih pun tidak baik.
2 SAMUEL 17 : 29
AMSAL 24 : 13
13 Hai anakku, makanlah madu kerana madu itu baik. Sebagaimana madu daripada sarang lebah itu manis dimakan,
MAZMUR 81 : 16
16 Orang yang membenci Aku meromok ketakutan di hadapan-Ku; mereka akan dihukum selama-lamanya.
KIDUNG AGUNG 4 : 11
11 Bibirmu lebih manis daripada madu, hai pengantinku. Lidahmu seperti susu dan madu, bagiku. Pakaianmu seharum Pergunungan Lebanon.
MAZMUR 19 : 7 – 11
7 Sang suria mengedari langit dari hujung ke hujung. Tiada sesuatu pun dapat berlindung daripada teriknya.
8 Taurat TUHAN itu sempurna, menyegarkan jiwa. Perintah TUHAN dapat dipercayai, memberikan kebijaksanaan kepada orang yang memerlukannya.
9 Hukum TUHAN itu benar, menggembirakan hati. Perintah TUHAN itu adil, memberi orang pengertian.
10 Berbakti kepada TUHAN itu baik, berlanjutan selama-lamanya. Ketetapan TUHAN itu adil, tidak berat sebelah.
11 Ketetapan TUHAN lebih berharga daripada emas murni, lebih manis daripada madu.
1 SAMUEL 14 : 25
25 Kemudian mereka semua [56] sampai di suatu hutan dan menjumpai banyak sekali madu,
KELUARAN 16 : 31
31 [64†] Umat Israel menamakan makanan itu manna. [65] Rupanya seperti biji-biji kecil berwarna putih dan rasanya seperti biskut yang dibuat dengan madu.
YEHEZKIEL 27 : 17
17 Yehuda dan Israel membeli baranganmu dan membayar dengan gandum, [92] madu, minyak zaitun, dan rempah-ratus.
2 RAJA-RAJA 18 : 32
32 sehingga raja Asyur memindahkan kamu di negeri yang serupa dengan negeri kamu. Di sana ada banyak ladang anggur yang menghasilkan wain dan gandum untuk membuat roti. Negeri itu penuh dengan pokok zaitun, minyak zaitun, dan madu. Jika kamu taat kepada perintah raja, kamu akan hidup dan tidak akan mati. Jangan ditipu oleh Raja Hizkia. Jangan sangka bahawa TUHAN akan menyelamatkan kamu.
IMAMAT 20 : 24
24 Tetapi Aku sudah berjanji akan memberikan negeri yang kaya dan subur itu kepada kamu. Negeri itu akan menjadi milik kamu. Akulah TUHAN, Allah kamu yang sudah memisahkan kamu daripada bangsa-bangsa lain.
IMAMAT 2 : 11
11 Korban untuk mengucap syukur, yang dipersembahkan kepada TUHAN tidak boleh dicampuri ragi. Jangan sekali-kali campurkan ragi atau madu ke dalam makanan yang dipersembahkan kepada TUHAN.
ULANGAN 6 : 2 – 3
2 Seumur hidup, kamu dan keturunan kamu harus menghormati TUHAN, Allah kamu dan mematuhi segala hukum-Nya yang aku berikan kepada kamu, supaya kamu panjang umur di tanah itu.
3 Dengarkanlah dan patuhilah hukum-hukum itu, hai umat Israel! Dengan demikian kamu akan sejahtera dan menjadi bangsa yang kuat, serta tinggal di tanah yang kaya dan subur itu, sebagaimana yang sudah dijanjikan TUHAN, Allah nenek moyang kita.
YEHEZKIEL 3 : 1 – 3
1 Allah berfirman, “Hai manusia fana, makanlah gulungan naskhah ini, lalu pergilah dan bercakaplah kepada umat Israel.”
2 Oleh itu aku membuka mulut dan Dia pun memberikan gulungan naskhah itu kepadaku supaya dimakan.
3 [18†] Dia berfirman, “Hai manusia fana, makanlah gulungan naskhah yang Aku berikan ini dan isilah perutmu dengannya.” Aku memakannya dan rasanya manis seperti madu.
AMSAL 25 : 16
16 Jangan makan madu banyak-banyak, nanti kamu muntah pula.
2 TAWARIKH 31 : 5
5 [93†] Sebaik sahaja perintah itu diumumkan, umat Israel membawa persembahan gandum yang terbaik, wain, minyak zaitun, madu, dan hasil tanaman yang lain. Mereka juga membawa persepuluhan [94] daripada apa sahaja milik mereka.
YEHEZKIEL 20 : 6
6 [59†] Ketika itulah Aku berjanji akan membawa mereka keluar dari Mesir, dan memimpin mereka ke tanah yang telah Kupilih untuk mereka, tanah yang kaya dan subur, dan terbaik.
Leave a Reply