Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang bagaimana untuk diselamatkan
EFESUS 2 : 8 – 10
8 [8-9] Hal itu demikian, kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.
9
10 Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan.
1 PETRUS 3 : 18 – 22
18 Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati [25] sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya Dia boleh memimpin kamu kepada Allah. Dia dibunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.
19 Dalam keadaan roh Dia pergi mengisytiharkan berita daripada Allah kepada roh-roh yang dipenjarakan,
20 [26†] iaitu roh-roh orang yang tidak taat kepada Allah ketika Allah menantikan mereka dengan sabar pada masa Nuh membina bahteranya. Hanya lapan orang di bahtera itu, dan mereka diselamatkan oleh air bah itu.
21 Air bah itu melambangkan baptisan yang sekarang ini menyelamatkan kamu. Baptisan ini bukanlah pembasuhan kotoran daripada tubuh, tetapi janji kamu kepada Allah daripada hati nurani yang baik. Baptisan ini menyelamatkan kamu kerana Yesus Kristus sudah bangkit daripada kematian,
22 dan sudah naik ke syurga. Sekarang Dia di sebelah kanan Allah dan memerintah semua malaikat, penguasa, dan pemerintah di langit.
YOHANES 3 : 5
5 Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah.
1 YOHANES 5 : 16 – 17
16 Jika kamu melihat seorang saudara seiman melakukan dosa yang tidak mengakibatkan orang itu kehilangan hidup sejati dan kekal, hendaklah kamu berdoa kepada Allah supaya memberi dia hidup itu. Hal ini berkenaan dengan orang yang dosa mereka tidak mengakibatkan mereka kehilangan hidup itu. Tetapi ada dosa yang mengakibatkan orang kehilangan hidup itu. Aku tidak berkata bahawa kamu harus berdoa kepada Allah tentang hal itu.
17 Semua perbuatan salah itu dosa, tetapi ada dosa yang tidak mengakibatkan orang kehilangan hidup sejati dan kekal.
ROMA 10 : 13
13 [94†] Di dalam Alkitab juga tertulis, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.”
ROMA 3 : 23
23 Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.
YOHANES 3 : 1 – 5
1 Ada seorang pemimpin Yahudi bernama Nikodemus; dia daripada golongan Farisi.
2 Pada suatu malam dia datang kepada Yesus lalu berkata kepada-Nya, “Guru, kami tahu bahawa guru diutus oleh Allah untuk mengajar kami. Tidak seorang pun dapat melakukan mukjizat seperti yang guru lakukan, kecuali Allah menyertai dia.”
3 Yesus menjawab, “Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula.” [18]
4 Nikodemus bertanya, “Bagaimanakah seorang dewasa dapat dilahirkan semula? Tidak mungkin dia masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan untuk kali kedua!”
5 Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah.
YOHANES 3 : 16
16 Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. [21]
KISAH RASUL-RASUL 2 : 38
38 Petrus menjawab, “Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu dibaptis demi nama Yesus Kristus, supaya dosa saudara-saudara diampunkan lalu saudara semua akan menerima pemberian Allah, iaitu Roh Allah.
FILIPI 2 : 12 – 13
12 Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah,
13 kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.
YOHANES 1 : 12
12 Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah.
EFESUS 2 : 9
9
ROMA 6 : 23
23 Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.
YOHANES 6 : 67 – 71
67 Oleh itu Yesus bertanya kepada dua belas orang pengikut-Nya, “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”
68 Simon Petrus berkata kepada-Nya, “Ya Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.
69 [46†] Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Tuhan utusan suci daripada Allah.”
70 Yesus menjawab, “Bukankah Aku memilih kamu dua belas orang ini, namun seorang daripada kamu ini syaitan?”
71 Yesus berkata-kata tentang Yudas anak Simon Iskariot. Walaupun Yudas seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, dia akan mengkhianati Yesus.
YOHANES 6 : 55 – 59
55 Tubuh-Ku ini makanan sebenar dan darah-Ku ini minuman sebenar.
56 Sesiapa yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, hidup bersatu dengan Aku dan Aku dengan dia.
57 Bapa yang hidup mengutus Aku; dan Aku hidup, kerana Dia hidup. Begitu juga orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku.
58 Inilah roti yang turun dari syurga; roti ini bukan seperti roti yang dimakan nenek moyang kamu, kerana setelah memakannya mereka mati juga. Tetapi orang yang makan roti ini akan hidup selama-lamanya.”
59 Semuanya ini dikatakan oleh Yesus semasa Dia mengajar di rumah ibadat di Kapernaum.
ROMA 11 : 19 – 22
19 Tetapi kamu akan berkata, “Tidakkah cabang-cabang itu dikerat supaya kami dapat dicantum?”
20 Memang betul. Mereka dikerat kerana mereka tidak beriman, tetapi kamu tetap di situ kerana kamu beriman. Janganlah hal itu menyebabkan kamu sombong, tetapi takutlah.
21 Jika orang Yahudi yang seperti cabang-cabang asli, dibenarkan oleh Allah untuk tumbuh terus pada pokok itu, tentu hal yang sama boleh dilakukan-Nya kepada kamu.
22 Di sini kita melihat bahawa Allah baik, tetapi Dia juga mengadili dengan keras. Dia bertindak keras terhadap mereka yang berdosa, tetapi Dia baik hati terhadap kamu asalkan kehidupan kamu layak menerima kebaikan-Nya. Jika tidak, kamu juga akan dikerat.
1 TIMOTIUS 3 : 14 – 15
14 Semasa aku menulis surat ini kepadamu, aku berharap dapat segera pergi melawat engkau.
15 Tetapi jika aku terlambat, surat ini akan memberitahu engkau bagaimana kita harus hidup sebagai orang Kristian. Kita anggota keluarga Allah, iaitu jemaah Allah yang hidup. Jemaah inilah tiang dan penunjang ajaran yang benar tentang Allah.
Leave a Reply