Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang kuda
AYUB 39 : 19 – 25
19 Hai Ayub, engkaukah yang memberikan tenaga kepada kuda, dan menjadikan surai yang melambai-lambai pada tengkuknya?
20 Engkaukah yang menyuruh kuda melompat seperti belalang dan dengan dengusnya menakutkan orang?
21 Kuda menghentak tanah di lembah dengan gembira, dan meluru ke medan pertempuran dengan sepenuh tenaga.
22 Kuda tidak tahu ertinya takut, dan tidak dapat diundurkan dengan pedang.
23 Senjata yang dibawa penunggangnya gemerincing dan gemerlapan kena cahaya.
24 Dengan semangat yang menyala-nyala kuda berlari, dan tidak dapat berdiri diam apabila trompet berbunyi.
25 Kuda berdengus setiap kali trompet dibunyikan; dari jauh tercium olehnya bau peperangan, dan didengarnya perwira memekikkan arahan.
AMSAL 21 : 31
31 Orang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi TUHAN yang memberikan kemenangan.
HABAKUK 1 : 8
8 Kuda orang Babilonia lebih pantas daripada harimau bintang dan lebih ganas daripada serigala yang lapar. Pasukan askar berkuda Babilonia datang dari negeri-negeri jauh; kuda mereka menderap. Pasukan askar berkuda datang menyerang seperti burung helang menyambar mangsa.
YAKOBUS 3 : 3
3 Kita memasang kekang pada mulut kuda supaya kuda menuruti kehendak kita. Dengan kekang kita dapat mengendalikan kuda.
MAZMUR 20 : 6 – 7
6 Lalu kami akan bersorak-sorak kerana kemenanganmu, dan merayakan kemenanganmu dengan memuji Allah kita. Semoga TUHAN mengabulkan segala permintaanmu.
7 Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
ZAKHARIA 6 : 1 – 7
1 Aku nampak penglihatan yang lain. Kali ini aku nampak empat buah kereta kuda keluar dari antara dua gunung gangsa.
2 [17†] Kereta kuda yang pertama ditarik oleh kuda merah, yang kedua oleh kuda hitam,
3 [18†] yang ketiga oleh kuda putih, dan yang keempat oleh kuda yang bertelau-telau.
4 Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu, “Apakah makna kereta kuda ini, tuan?”
5 [19†] Dia menjawab, “Inilah empat angin yang baru datang dari hadirat Tuhan alam semesta.”
6 Kereta kuda yang ditarik oleh kuda hitam menuju ke Babilonia di utara. Kuda putih menuju ke barat dan kuda yang bertelau-telau menuju ke negara di selatan.
7 Ketika kuda yang bertelau-telau itu keluar, nampaknya semua kuda itu tidak sabar lagi untuk pergi menyiasat bumi. Malaikat itu berkata, “Pergilah siasat bumi!” Semua kuda itu pergi.
WAHYU 19 : 11 – 21
11 [152†] Kemudian aku nampak syurga terbuka dan aku melihat seekor kuda putih. Penunggangnya bernama Yang Setia dan Yang Benar. Dia menghakimi dengan adil dan berperang untuk keadilan.
12 [153†] Mata-Nya menyala seperti api dan Dia memakai banyak mahkota pada kepala-Nya. Pada diri-Nya tertulis satu nama yang hanya diketahui oleh-Nya.
13 Jubah yang dipakai-Nya berlumuran darah. Nama-Nya “Firman Allah.”
14 Tentera syurga mengikuti Dia dengan menunggang kuda putih dan mengenakan pakaian linen putih yang bersih.
15 [154†] Dari mulut-Nya keluar sebilah pedang yang tajam, dan dengan pedang itu Dia akan mengalahkan bangsa-bangsa. Dia akan memerintah mereka dengan tangan besi. Dia akan memeras anggur di dalam alat pemeras anggur, iaitu kemurkaan yang menyala-nyala daripada Allah Yang Maha Kuasa.
16 Pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis nama ini: “Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.”
17 Kemudian aku nampak satu malaikat berdiri di atas matahari. Dengan suara kuat dia berseru kepada semua burung yang terbang di angkasa, “Marilah berkumpul untuk menghadiri jamuan besar yang disediakan oleh Allah.
18 [155†] Marilah makan daging raja, daging panglima dan askar, daging kuda dan penunggang kuda, daging semua orang, baik abdi mahupun orang bebas, orang besar mahupun orang biasa!”
19 Kemudian aku nampak binatang itu dan raja-raja di bumi dengan tentera mereka berkumpul untuk melawan Dia yang menunggang kuda putih dengan tentera-Nya.
20 [156†] Tetapi binatang itu ditawan bersama-sama nabi palsu yang telah melakukan mukjizat di hadapannya. (Dengan mukjizat itulah binatang itu menipu orang yang mempunyai tanda binatang itu, dan orang yang menyembah patung binatang itu.) Binatang itu dan nabi palsu itu dibuang hidup-hidup ke dalam lautan api yang bernyala-nyala dengan belerang.
21 Tentera mereka dibunuh dengan pedang yang keluar dari mulut penunggang kuda putih itu. Lalu semua burung datang dan memakan daging mereka dengan lahap.
AMSAL 26 : 3
3 Kuda harus dicambuk, keldai harus dikekang, dan orang bodoh harus dipukul.
AYUB 39 : 19 – 24
19 Hai Ayub, engkaukah yang memberikan tenaga kepada kuda, dan menjadikan surai yang melambai-lambai pada tengkuknya?
20 Engkaukah yang menyuruh kuda melompat seperti belalang dan dengan dengusnya menakutkan orang?
21 Kuda menghentak tanah di lembah dengan gembira, dan meluru ke medan pertempuran dengan sepenuh tenaga.
22 Kuda tidak tahu ertinya takut, dan tidak dapat diundurkan dengan pedang.
23 Senjata yang dibawa penunggangnya gemerincing dan gemerlapan kena cahaya.
24 Dengan semangat yang menyala-nyala kuda berlari, dan tidak dapat berdiri diam apabila trompet berbunyi.
YEREMIA 46 : 4
4 Pasanglah abah-abah pada kuda dan tunggangilah kuda kamu! Berbarislah dan pakailah topi besi! Asahlah tombak kamu! Pakailah baju zirah kamu!’ ”
YESAYA 63 : 13
13
AYUB 39 : 21 – 24
21 Kuda menghentak tanah di lembah dengan gembira, dan meluru ke medan pertempuran dengan sepenuh tenaga.
22 Kuda tidak tahu ertinya takut, dan tidak dapat diundurkan dengan pedang.
23 Senjata yang dibawa penunggangnya gemerincing dan gemerlapan kena cahaya.
24 Dengan semangat yang menyala-nyala kuda berlari, dan tidak dapat berdiri diam apabila trompet berbunyi.
MAZMUR 20 : 7
7 Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
HAKIM-HAKIM 5 : 22
22 Lalu kuda menderap dengan laju, menghentam-hentam dengan telapak.
YESAYA 5 : 28
28 Anak panah mereka tajam dan busur mereka siap dilenturkan. Kuku kuda mereka keras seperti batu api, dan roda kereta kuda mereka berputar secepat angin puting beliung.
2 RAJA-RAJA 2 : 11
11 Mereka terus bercakap-cakap sambil meneruskan perjalanan. Tiba-tiba sebuah kereta kuda berapi yang ditarik oleh beberapa kuda berapi memisahkan mereka, lalu Elia diangkat ke syurga oleh angin puting beliung.
KIDUNG AGUNG 1 : 9
9 Hai sayangku, engkau laksana kuda betina yang memberahikan kuda jantan penarik kereta kuda raja Mesir.
1 RAJA-RAJA 4 : 26
26 [20†] Raja Salomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda yang menarik kereta kuda, dan 12,000 ekor kuda bagi pasukan berkuda.
WAHYU 19 : 11 – 16
11 [152†] Kemudian aku nampak syurga terbuka dan aku melihat seekor kuda putih. Penunggangnya bernama Yang Setia dan Yang Benar. Dia menghakimi dengan adil dan berperang untuk keadilan.
12 [153†] Mata-Nya menyala seperti api dan Dia memakai banyak mahkota pada kepala-Nya. Pada diri-Nya tertulis satu nama yang hanya diketahui oleh-Nya.
13 Jubah yang dipakai-Nya berlumuran darah. Nama-Nya “Firman Allah.”
14 Tentera syurga mengikuti Dia dengan menunggang kuda putih dan mengenakan pakaian linen putih yang bersih.
15 [154†] Dari mulut-Nya keluar sebilah pedang yang tajam, dan dengan pedang itu Dia akan mengalahkan bangsa-bangsa. Dia akan memerintah mereka dengan tangan besi. Dia akan memeras anggur di dalam alat pemeras anggur, iaitu kemurkaan yang menyala-nyala daripada Allah Yang Maha Kuasa.
16 Pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis nama ini: “Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.”
ULANGAN 20 : 1 – 232
1 “Apabila kamu keluar untuk berperang melawan musuh kamu, jangan takut ketika kamu nampak bilangan kereta kuda, kuda, dan askar musuh lebih besar daripada yang kamu punya. TUHAN, Allah kamu yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir akan menyertai kamu.
2 Sebelum kamu mula berperang, seorang imam harus maju dan berkata kepada pasukan tentera,
3 ‘Dengarlah, hai orang Israel! Hari ini kamu akan berperang. Jangan takut akan musuh, jangan hilang semangat, dan jangan cemas.
4 TUHAN, Allah kamu akan menyertai kamu; Dia akan memberikan kemenangan kepada kamu.’
5 Kemudian para pegawai tentera akan berkata kepada pasukan itu, ‘Adakah sesiapa di sini yang baru membina rumah dan belum mengadakan upacara perasmiannya? Jika ada, biarlah dia pulang. Jika tidak, mungkin dia terbunuh di medan peperangan lalu orang lain akan menduduki rumahnya.
6 Adakah sesiapa di sini yang baru mengusahakan ladang anggur dan belum pernah memetik buahnya? Jika ada, biarlah dia pulang. Jika tidak, mungkin dia terbunuh di medan peperangan lalu orang lain akan menikmati hasil ladang anggur itu.
7 Adakah sesiapa di sini yang sudah bertunang untuk berkahwin? Jika ada, biarlah dia pulang. Jika tidak, mungkin dia terbunuh di medan peperangan lalu orang lain akan berkahwin dengan tunangnya.’
8 Biarlah para pegawai tentera berkata juga kepada mereka, ‘Adakah sesiapa di sini yang takut dan hilang semangat? Jika ada, biarlah dia pulang. Jika tidak, dia akan menyebabkan orang lain hilang semangat.’
9 Selepas para pegawai tentera berucap, pemimpin bagi setiap unit mesti dilantik.
10 Apabila kamu menyerang sebuah kota, terlebih dahulu berilah penduduk kota itu peluang untuk menyerah diri.
11 Jika mereka membuka pintu gerbang dan menyerah diri, mereka akan menjadi hamba kamu dan melakukan kerja paksa.
12 Tetapi jika penduduk kota itu tidak mahu menyerah diri, dan lebih suka melawan kamu, kelilingilah kota itu dengan tentera kamu.
13 Kemudian, apabila TUHAN, Allah kamu membolehkan kamu merebut kota itu, bunuhlah tiap-tiap orang lelaki di situ.
14 Kamu boleh mengambil kaum wanita, anak-anak, ternakan, dan semua yang ada di dalam kota itu. Kamu boleh menggunakan semua harta musuh kamu. TUHAN sudah memberikan semuanya kepada kamu.
15 Demikianlah harus kamu perlakukan kota-kota yang jauh dari tanah yang akan kamu duduki.
16 Tetapi apabila kamu merebut kota-kota di negeri yang diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu, bunuhlah semua orang di situ.
17 Punahkanlah semua bangsa di negeri itu: orang Het, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi, sebagaimana kamu diperintahkan oleh TUHAN, Allah kamu.
18 Bunuhlah mereka, supaya mereka tidak menyebabkan kamu berdosa terhadap TUHAN, Allah kamu, dengan mengajar kamu melakukan perkara jijik yang dilakukan mereka apabila menyembah tuhan-tuhan mereka.
19 Apabila kamu cuba merebut sebuah kota, jangan tebang pokok buah-buahan di situ meskipun kamu mengepung kota itu untuk waktu yang lama. Makanlah buahnya, tetapi jangan musnahkan pokok-pokok itu. Pokok itu bukan musuh kamu.
20 Kamu boleh menebang pokok-pokok lain dan menggunakannya untuk mengepung kota, sehingga kota itu direbut.”
Leave a Reply