Apa yang Alkitab katakan tentang berkat rumah

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang berkat rumah

2 SAMUEL 7 : 28 – 29
28 Oleh itu, ya TUHAN Raja, Engkaulah Allah! Engkau sentiasa menepati janji-Mu, dan Engkau sudah menjanjikan perkara yang indah untukku.
29 Aku mohon, sudilah memberkati keturunanku supaya mereka tetap merasakan kasih-Mu selama-lamanya. Ya TUHAN Raja, semua ini telah Engkau janjikan, maka keturunanku akan tetap Engkau berkati selama-lamanya.”

MAZMUR 122 : 7
7 Semoga kesejahteraan terdapat di dalam kawasanmu, dan keamanan di dalam semua istanamu.”

MATIUS 7 : 24
24 β€œSetiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini dan menurutnya, dia seperti seorang bijak yang membina rumah di atas batu.

BILANGAN 6 : 24
24 Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.

MAZMUR 91 : 10 – 12
10 oleh itu engkau tidak akan kena bencana, rumahmu tidak akan ditimpa malapetaka.
11 [171†] Allah akan memerintah malaikat-Nya menjaga engkau, untuk melindungi engkau ke mana-mana engkau pergi.
12 [172†] Mereka akan menyambut engkau dengan tangan, supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.

MAZMUR 121 : 7 – 8
7 TUHAN akan melindungi kamu daripada segala bahaya; Dia menjaga kamu supaya hidupmu selamat.
8 TUHAN akan melindungi kamu ketika kamu pergi dan balik, dari sekarang hingga selama-lamanya.

ULANGAN 6 : 4 – 9
4 [45†] Ingatlah, hai Israel! TUHAN – dan TUHAN satu-satunya – ialah Allah kita. [46]
5 [47†] Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu. [48]
6 Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini.
7 Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.
8 Ikatkan hukum itu pada lengan kamu dan ikatkannya pada dahi kamu [49] sebagai peringatan.
9 [50†] Tuliskanlah hukum itu pada tiang pintu rumah dan pada pintu pagar kamu.”

MAZMUR 127 : 1 – 5
1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
2 Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.
3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; mereka adalah berkat-Nya.
4 Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, adalah seperti anak panah di tangan seorang askar.
5 Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan.

YESAYA 41 : 10
10 Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Allah kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.

ULANGAN 28 : 3 – 8
3 Diberkatilah kota dan ladang kamu.
4 Diberkatilah kamu sehingga anak kamu banyak, hasil tanaman kamu berlimpah-limpah, dan lembu serta domba kamu banyak.
5 Diberkatilah tuaian gandum kamu, dan makanan yang kamu buat daripadanya.
6 Diberkatilah segala usaha kamu.
7 TUHAN akan mengalahkan musuh apabila mereka menyerang kamu. Mereka akan melancarkan serangan dengan teratur, tetapi kemudian lari bertempiaran.
8 TUHAN, Allah kamu akan memberkati usaha kamu dan memenuhi gudang-gudang kamu dengan gandum. Dia akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu.

HAGAI 2 : 7 – 9
7 Aku akan menggulingkan semua kerajaan dan harta benda mereka akan dibawa ke sini, sehingga Rumah-Ku akan penuh dengan kekayaan.
8 Segala emas dan perak di dunia ini milik-Ku.
9 Rumah-Ku yang baru akan lebih cantik daripada yang dahulu, dan di situlah Aku memberi umat-Ku kemakmuran dan kedamaian.” Demikianlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa.

YOSUA 24 : 15
15 Jika kamu tidak mahu mengabdi kepada-Nya, tentukanlah sekarang kepada siapa kamu hendak mengabdi, kepada tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang kamu di Mesopotamia, atau kepada tuhan-tuhan orang Amori di negeri yang kamu tinggal sekarang. Tetapi bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada TUHAN.”

MAZMUR 121 : 1 – 8
1 Lagu ziarah. Aku memandang ke arah pergunungan; dari manakah datangnya pertolonganku?
2 Pertolonganku datang daripada TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.
3 Dia tidak akan membiarkan kamu jatuh; pelindungmu tidak akan tidur.
4 Pelindung umat Israel tidak pernah terlelap ataupun tertidur.
5 TUHAN akan menjaga kamu; Dia di sisimu untuk melindungi kamu.
6 Pada waktu siang matahari tidak akan menyakiti kamu; pada waktu malam bulan tidak akan mencederakan kamu.
7 TUHAN akan melindungi kamu daripada segala bahaya; Dia menjaga kamu supaya hidupmu selamat.
8 TUHAN akan melindungi kamu ketika kamu pergi dan balik, dari sekarang hingga selama-lamanya.

AMSAL 24 : 3
3 Rumah tangga didirikan di atas asas hikmat dan pengertian.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *