Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang membantu golongan gelandangan
IMAMAT 25 : 35 – 36
35 [93†] Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin dan tidak mampu menyara hidupnya, kamu harus membantu dia sebagaimana kamu membantu orang asing atau pendatang, supaya dia dapat terus tinggal di kalangan kamu.
36 Jangan tuntut faedah atas pinjamannya, tetapi taatlah kepada Allah dan biarlah sesama orang Israel tinggal di kalangan kamu.
YESAYA 58 : 7
7 [200†] Bahagilah makanan kamu dengan orang yang lapar, dan sambutlah orang miskin yang tiada tempat berteduh, ke dalam rumah kamu. Berikanlah pakaian kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian, dan jangan tolak sanak saudara kamu sendiri yang memerlukan pertolongan.
LUKAS 14 : 13 – 14
13 Tetapi apabila kamu menjamu orang, jemputlah orang miskin, orang lumpuh, orang tempang, dan orang buta.
14 Kamu akan diberkati kerana mereka tidak dapat membalas kebaikanmu. Kebaikanmu akan dibalas oleh Allah pada waktu orang baik dibangkitkan daripada kematian.”
MATIUS 25 : 34 – 40
34 Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Allah yang telah disediakan oleh Allah untuk kamu sejak dunia ini diciptakan-Nya.
35 Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu.
36 Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian. Aku jatuh sakit, dan kamu merawat Aku. Aku dipenjarakan, dan kamu melawat Aku.’
37 Tetapi mereka yang melakukan kehendak Allah [260] berkata, ‘Ya Tuhan, bilakah kami nampak Tuhan lapar lalu memberi Tuhan makan, atau dahaga lalu memberi Tuhan minum?
38 Bilakah kami nampak Tuhan sebagai orang asing lalu menyambut Tuhan ke dalam rumah kami, atau melihat Tuhan tidak berpakaian lalu memberi Tuhan pakaian?
39 Bilakah kami nampak Tuhan sakit lalu merawat Tuhan? Bilakah kami melawat Tuhan di penjara?’
40 Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’
AMSAL 19 : 17
17 Menolong orang miskin sama seperti memberikan pinjaman kepada TUHAN. TUHAN sendiri akan membalasnya.
YESAYA 58 : 6 – 8
6 Inilah puasa yang Aku kehendaki: tanggalkan belenggu penindasan dan beban ketidakadilan, serta bebaskan orang yang tertindas.
7 [200†] Bahagilah makanan kamu dengan orang yang lapar, dan sambutlah orang miskin yang tiada tempat berteduh, ke dalam rumah kamu. Berikanlah pakaian kepada mereka yang tidak mempunyai pakaian, dan jangan tolak sanak saudara kamu sendiri yang memerlukan pertolongan.
8 Maka cahaya kamu akan bersinar seperti fajar merekah, dan luka-luka kamu akan segera sembuh. Aku akan sentiasa menyertai kamu untuk menyelamatkan kamu. Hadirat-Ku akan melindungi kamu di setiap sudut.
MATIUS 8 : 20
20 Yesus menjawab, “Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat.”
MATIUS 6 : 19 – 20
19 [68†] “Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di situ gegat dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya.
20 Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya.
LUKAS 10 : 30 – 37
30 Yesus menjawab, “Seorang lelaki turun dari Yerusalem dan pergi ke Yerikho. Di tengah perjalanan, dia diserang penyamun. Mereka merompak dan memukul dia setengah mati, lalu meninggalkannya di tepi jalan.
31 Kebetulan pada masa itu seorang imam lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.
32 Demikian juga seorang Lewi lalu di situ. Dia mendekati orang itu untuk melihatnya, lalu menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.
33 Tetapi seorang Samaria yang sedang lalu di situ, tiba di tempat orang itu terbaring. Ketika dia melihat orang itu, hatinya penuh belas kasihan.
34 [117†] Maka dia mendekatinya lalu membersihkan luka-lukanya dengan wain dan mengubatinya dengan minyak. Selepas itu dia membalut luka-lukanya dan menaikkan orang itu ke atas haiwan tunggangannya sendiri. Dia membawa orang itu ke rumah tumpangan dan merawat dia di situ.
35 Keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang perak kepada tuan rumah tumpangan itu dan berkata kepadanya, ‘Rawatlah dia, dan sekiranya wang ini tidak cukup, saya akan membayarnya apabila saya kembali ke sini.’ ”
36 Lalu Yesus mengakhiri ceritanya dengan bertanya, “Menurut pendapatmu, di antara ketiga-tiga orang itu, siapakah yang menjadi sesama orang yang dirompak itu?”
37 Guru Taurat itu menjawab, “Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya.” Yesus berkata pula, “Pergilah dan berbuatlah demikian!”
MAZMUR 82 : 3
3 Belalah hak anak yatim dan orang lemah; bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.
MATIUS 10 : 7 – 8
7 Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’
8 Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran!
MAZMUR 91 : 1 – 16
1 Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi, orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa,
2 dapat berkata kepada-Nya, “Engkaulah pembelaku dan pelindungku. Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu.”
3 Dia akan melindungi engkau daripada segala bahaya tersembunyi, dan daripada segala penyakit yang membawa maut.
4 Dia akan menaungi engkau dengan sayap-Nya; engkau akan selamat dalam pemeliharaan-Nya; kesetiaan-Nya akan melindungi dan membela engkau.
5 Engkau tidak usah takut akan bahaya pada waktu malam, atau serangan mengejut pada waktu siang,
6 atau wabak yang menyerang pada waktu gelap, atau kehancuran yang menimpa pada tengah hari.
7 Seribu orang mungkin jatuh mati di sisimu, sepuluh ribu orang di sekelilingmu, tetapi engkau tidak akan cedera.
8 Engkau akan memandang di sekelilingmu dan melihat orang jahat dihukum.
9 Engkau menjadikan TUHAN pembelamu, [170] Yang Maha Tinggi pelindungmu,
10 oleh itu engkau tidak akan kena bencana, rumahmu tidak akan ditimpa malapetaka.
11 [171†] Allah akan memerintah malaikat-Nya menjaga engkau, untuk melindungi engkau ke mana-mana engkau pergi.
12 [172†] Mereka akan menyambut engkau dengan tangan, supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.
13 [173†] Engkau akan memijak-mijak ular dan singa, singa yang buas dan ular yang berbisa.
14 Firman Allah, “Orang yang mengasihi Aku akan Kuselamatkan, orang yang mengakui Aku sebagai TUHAN akan Kupeliharakan.
15 Apabila mereka berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab mereka. Apabila mereka dalam kesusahan, Aku akan menolong mereka. Aku akan menyelamatkan serta menghormati mereka.
16 Aku akan memberikan umur panjang kepada mereka, Aku akan menyelamatkan mereka.”
LUKAS 10 : 25 – 37
25 [114†] Kemudian seorang guru Taurat datang untuk memerangkap Yesus. Dia bertanya, “Guru, apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?”
26 Yesus menjawab, “Apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Bagaimana tafsiranmu?”
27 [115†] Orang itu menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’; dan ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ ”
28 [116†] Yesus berkata kepadanya, “Jawapanmu itu benar. Berbuatlah demikian, dan kamu akan mendapat hidup sejati dan kekal.”
29 Tetapi guru Taurat itu hendak membela diri, lalu bertanya, “Siapakah sesama saya?”

Leave a Reply