Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang sakit kepala
YOHANES 14 : 27
27 Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.
YOHANES 14 : 1
1 Yesus berkata kepada mereka, “Janganlah kamu risau. Percayalah [96] kepada Allah dan percayalah kepada-Ku juga.
2 RAJA-RAJA 4 : 18 – 36
18 Beberapa tahun kemudian, pada musim menuai, anak itu pergi ke ladang hendak mengikut bapanya yang sedang berada di situ dengan para penuai.
19 Tiba-tiba anak itu berkata kepada bapanya, “Kepala saya sakit! Kepala saya sakit!” Bapanya berkata kepada salah seorang hambanya, “Bawalah dia kepada ibunya.”
20 Hamba itu membawa anak itu kepada ibunya, lalu ibunya memangku dia hingga tengah hari. Pada tengah hari anak itu meninggal.
21 Perempuan itu membawa dia ke dalam bilik Elisa dan membaringkan dia di atas tempat tidur. Kemudian dia menutup pintu dan meninggalkan anak itu di sana.
22 Dia memanggil suaminya dan berkata, “Suruhlah seorang hamba membawa seekor keldai ke mari. Saya hendak bertemu dengan Nabi Elisa. Saya akan segera kembali.”
23 Suaminya bertanya, “Mengapakah harus pergi pada hari ini? Hari ini bukan hari Sabat ataupun Perayaan Bulan Baru.” “Tidak mengapa,” jawabnya.
24 Lalu dia memasang pelana pada keldai itu dan memerintah hambanya, “Paculah keldai ini supaya berlari sepantas mungkin. Jangan kurangkan kepantasannya kecuali saya suruh.”
25 Demikianlah perempuan itu berangkat dan pergi ke Gunung Karmel, ke tempat Elisa. Dari jauh Elisa telah nampak perempuan itu datang. Elisa berkata kepada Gehazi, hambanya, “Lihatlah perempuan dari Sunem itu datang!
26 Cepatlah pergi menemuinya dan tanyalah bagaimana keadaannya, suaminya, serta anaknya.” Perempuan itu memberitahu Gehazi bahawa semuanya baik.
27 Tetapi apabila perempuan itu sampai di hadapan Elisa, dia bersujud dan memegang kaki Elisa. Gehazi hendak menyingkirkan dia, tetapi Elisa berkata, “Biarkanlah dia. Tidakkah kamu tahu bahawa dia sedang berdukacita? Tetapi TUHAN belum memberitahu aku apa-apa.”
28 Perempuan itu berkata kepada Elisa, “Tuan, saya tidak memohon seorang anak daripada tuan! Tidakkah saya berkata kepada tuan supaya jangan bangkitkan harapan saya?”
29 Elisa berpaling kepada Gehazi dan berkata, “Cepat! Bawalah tongkatku dan pergilah. Janganlah berhenti memberikan salam kepada sesiapa pun. Jika ada orang yang memberikan salam kepadamu, tidak usahlah membalasnya. Pergilah langsung ke rumahnya dan letakkanlah tongkatku pada tubuh budak itu.”
30 Perempuan itu berkata kepada Elisa, “Saya bersumpah demi kesetiaan saya kepada TUHAN yang hidup dan kepada tuan, bahawa saya tidak akan meninggalkan tuan!” Oleh itu mereka berdua pulang bersama-sama.
31 Gehazi berjalan dahulu. Dia meletakkan tongkat Elisa pada tubuh budak itu, tetapi tidak terdengar apa-apa dan tidak ada tanda-tanda bahawa budak itu hidup. Dia kembali menemui Elisa dan berkata, “Budak itu tidak bangun.”
32 Apabila Elisa tiba, dia masuk seorang diri ke dalam bilik itu. Dia nampak jenazah budak itu terbaring di atas tempat tidur.
33 Elisa menutup pintu lalu berdoa kepada TUHAN.
34 Dia meniarap pada tubuh budak itu dan merapatkan mulutnya, matanya, dan tangannya pada mulut, mata, dan tangan budak itu. Sementara Elisa berbuat demikian, badan budak itu mulai hangat.
35 [10†] Elisa bangun, dan berjalan mundar-mandir di dalam bilik itu, lalu meniarap sekali lagi pada tubuh budak itu. Budak itu bersin tujuh kali lalu membuka matanya.
36 Elisa menyuruh Gehazi memanggil ibu budak itu. Apabila dia masuk, Elisa berkata kepadanya, “Ini anak puan.”
Leave a Reply