mempunyai hati hamba

Ini adalah ayat-ayat Bible yang bercakap tentang mempunyai hati hamba

1 KORINTUS 15 : 58
58 Oleh itu, saudara-saudara yang aku kasihi, hendaklah kamu teguh dan kukuh. Hendaklah kamu rajin bekerja untuk Tuhan, kerana kamu tahu bahawa semua yang kamu lakukan untuk Tuhan, tidak sia-sia.

FILIPI 2 : 3 – 5
3 Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri.
4 Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.
5 Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:

EFESUS 6 : 7
7 Lakukanlah kerja kamu sebagai abdi dengan hati yang gembira, seolah-olah kamu bekerja untuk Tuhan, dan bukan hanya untuk manusia.

2 KORINTUS 4 : 5
5 Kami tidak menyampaikan berita tentang diri kami sendiri. Kami mengisytiharkan Yesus Kristus itu Tuhan, dan kami ini hamba kamu kerana Yesus.

1 PETRUS 5 : 5
5 [30†] Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”

LUKAS 10 : 30 – 37
30 Yesus menjawab, “Seorang lelaki turun dari Yerusalem dan pergi ke Yerikho. Di tengah perjalanan, dia diserang penyamun. Mereka merompak dan memukul dia setengah mati, lalu meninggalkannya di tepi jalan.
31 Kebetulan pada masa itu seorang imam lalu di situ. Apabila dia melihat orang itu, dia menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.
32 Demikian juga seorang Lewi lalu di situ. Dia mendekati orang itu untuk melihatnya, lalu menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan.
33 Tetapi seorang Samaria yang sedang lalu di situ, tiba di tempat orang itu terbaring. Ketika dia melihat orang itu, hatinya penuh belas kasihan.
34 [117†] Maka dia mendekatinya lalu membersihkan luka-lukanya dengan wain dan mengubatinya dengan minyak. Selepas itu dia membalut luka-lukanya dan menaikkan orang itu ke atas haiwan tunggangannya sendiri. Dia membawa orang itu ke rumah tumpangan dan merawat dia di situ.
35 Keesokan harinya orang Samaria itu memberikan dua keping wang perak kepada tuan rumah tumpangan itu dan berkata kepadanya, ‘Rawatlah dia, dan sekiranya wang ini tidak cukup, saya akan membayarnya apabila saya kembali ke sini.’ ”
36 Lalu Yesus mengakhiri ceritanya dengan bertanya, “Menurut pendapatmu, di antara ketiga-tiga orang itu, siapakah yang menjadi sesama orang yang dirompak itu?”
37 Guru Taurat itu menjawab, “Orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya.” Yesus berkata pula, “Pergilah dan berbuatlah demikian!”

1 TIMOTIUS 5 : 8
8 Jika seseorang tidak memelihara sanak saudaranya, apa lagi anggota keluarganya sendiri, dia menyangkal Kristus. Dia lebih jahat daripada orang yang tidak beriman.

LUKAS 10 : 27
27 [115†] Orang itu menjawab, “ ‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’; dan ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ ”

GALATIA 5 : 13
13 Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong,

ROMA 12 : 11
11 Jangan malas, tetapi bekerjalah dengan rajin. Abdikanlah diri kepada Tuhan dengan semangat daripada Roh Allah.

1 PETRUS 2 : 1 – 25
1 Oleh itu, buanglah segala kejahatan daripada diri kamu. Janganlah berdusta lagi dan janganlah berpura-pura. Janganlah iri hati dan janganlah fitnah orang.
2 Hendaklah kamu menjadi seperti bayi yang baru lahir, yang sentiasa haus akan susu rohani yang murni. Dengan meminumnya kamu akan membesar dan diselamatkan.
3 [7†] Di dalam Alkitab tertulis, “Kamu sendiri sudah mengalami kebaikan Tuhan.”
4 Datanglah kepada Tuhan. Dia bagaikan batu yang hidup, batu yang dibuang oleh manusia kerana dianggap tidak berguna, tetapi yang dipilih oleh Allah kerana dianggap berharga.
5 Hendaklah kamu datang kepada-Nya sebagai batu-batu yang hidup. Biarlah kamu digunakan untuk membina rumah Allah yang rohani. Dengan demikian kamu menjadi imam yang hidup khas untuk Allah dan yang mempersembahkan korban rohani yang berkenan kepada Allah, melalui Yesus Kristus.
6 [8†] Hal itu demikian kerana di dalam Alkitab tertulis, “Aku telah memilih suatu batu berharga, yang Aku tempatkan di Sion sebagai batu asas; dan sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan dikecewakan.”
7 [9†] Batu ini sangat berharga bagi kamu yang percaya. Tetapi bagi orang yang tidak percaya, “Batu yang dibuang oleh pembina bangunan telah menjadi batu yang paling utama.”
8 [10†] Di dalam Alkitab juga tertulis ayat ini, “Inilah batu yang akan menyebabkan orang tersandung, batu yang akan menyebabkan mereka jatuh.” Mereka tersandung kerana mereka tidak percaya kepada firman itu. Demikianlah kehendak Allah bagi mereka.
9 [11†] Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.
10 [12†] Dahulu kamu bukan umat Allah, tetapi sekarang kamu umat Allah. Dahulu kamu tidak mengenal rahmat Allah, tetapi sekarang kamu sudah menerima rahmat-Nya.
11 Sahabat-sahabatku, kamu seperti orang asing dan orang pelarian di dunia ini! Oleh itu, aku menggesa kamu supaya tidak menuruti hawa nafsu manusia, yang sentiasa berlawanan dengan jiwa.
12 Kelakuan kamu antara orang yang tidak mengenal Allah, hendaklah begitu baik sehingga apabila mereka menuduh kamu sebagai orang jahat, mereka terpaksa mengakui perbuatan kamu yang baik, dan memuji Allah pada hari Allah datang untuk menghukum orang.
13 Demi Tuhan, hendaklah kamu taat kepada pemerintah, baik kepada Kaisar yang menjadi penguasa yang terutama,
14 mahupun kepada gabenor yang dilantik oleh Kaisar untuk menghukum orang jahat, dan untuk memuji orang yang berbuat baik.
15 Allah mahu kamu melakukan perbuatan baik supaya orang yang bercakap bodoh tidak berpeluang memfitnah kamu.
16 Hiduplah sebagai orang bebas, tetapi jangan gunakan kebebasan kamu untuk menutupi kejahatan, melainkan hiduplah sebagai abdi Allah.
17 Hormatilah semua orang, kasihilah sesama saudara seiman, takutlah akan Allah, dan hormatilah Kaisar.
18 Hamba, taatlah kepada tuan kamu, dan hormati mereka dengan sepenuhnya, bukan sahaja mereka yang baik hati dan bertimbang rasa, tetapi juga mereka yang kejam.
19 Allah akan memberkati kamu, jika kamu dengan tabah menanggung perlakuan yang tidak adil kerana kamu tahu akan kehendak Allah.
20 Apakah keistimewaannya, jika kamu menanggung hukuman yang memang harus kamu tanggung kerana bersalah? Tetapi jika kamu tabah menanggung penderitaan apabila dihukum kerana melakukan yang benar, Allah akan memberkati kamu.
21 Untuk hal inilah Allah memanggil kamu, kerana Kristus sendiri sudah menanggung penderitaan untuk kamu, dan memberi kamu satu teladan, supaya kamu mengikut jejak-Nya.
22 [13†] Dia tidak pernah berdosa dan sesiapa pun tidak pernah mendengar Dia berdusta.
23 [14†] Apabila Dia dicerca, Dia tidak membalas dengan cercaan. Pada waktu Dia menanggung penderitaan, Dia tidak mengancam orang, tetapi Dia mempercayakan diri kepada Allah, Hakim yang adil itu.
24 [15†] Kristus sendiri memikul dosa kita pada tubuh-Nya di kayu salib, supaya kita bebas daripada kuasa dosa, lalu hidup menurut kehendak Allah. [16] Luka-luka Kristuslah yang menyembuhkan kamu.
25 [17†] Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah dibawa pulang untuk mengikut Gembala dan Pemelihara jiwa kamu.

1 KORINTUS 13 : 1 – 13
1 Meskipun aku dapat bercakap dalam pelbagai bahasa manusia, bahkan dalam bahasa malaikat sekalipun, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka kata-kataku hanya seperti bunyi bising yang tidak bermakna.
2 [72†] Meskipun aku mempunyai kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, dan memahami hal-hal yang dalam, serta hal-hal yang tersembunyi, dan aku juga sangat percaya kepada Allah sehingga dapat mengalihkan gunung, tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka aku tidak berguna.
3 Meskipun aku mendermakan semua milikku kepada orang miskin, dan menyerahkan diriku untuk dibakar, [73] tetapi jika aku tidak mengasihi orang lain, maka semua itu tidak berfaedah bagiku.
4 Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong.
5 Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam.
6 Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. [74]
7 Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar.
8 Orang perlu sentiasa mengasihi orang lain. Sekarang ada orang yang dapat menyampaikan perkhabaran daripada Allah, tetapi hal itu hanya untuk sementara. Sekarang ada yang mempunyai kurnia untuk bercakap dalam pelbagai bahasa yang ajaib, tetapi hal itu akan berakhir juga. Sekarang ada orang yang mengetahui banyak hal yang dalam, tetapi semua itu pun akan dilupakan.
9 Hal itu demikian kerana pengetahuan kita dan kebolehan kita untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah, kurang sempurna.
10 Tetapi apabila Allah membuat semuanya sempurna, maka yang tidak sempurna akan lenyap.
11 Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersikap, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak.
12 Allah yang kita lihat sekarang ini hanya seperti bayangan kabur pada cermin muka. Tetapi kelak kita akan melihat-Nya dengan jelas. Sekarang apa yang aku ketahui belum lengkap, tetapi kelak aku akan mengetahui semuanya, seperti Allah mengetahui segala sesuatu tentang diriku.
13 Sementara ini ada tiga perkara yang harus tetap dilakukan: percaya, berharap, dan mengasihi orang lain. Tetapi yang paling penting daripada ketiga-tiganya adalah mengasihi orang lain.

ROMA 13 : 4
4 Hal itu demikian, kerana pemerintah itu hamba Allah, yang berkhidmat bagi kebaikan kamu. Tetapi jika kamu berbuat jahat, takutlah kepadanya, kerana pemerintah berkuasa untuk menjatuhkan hukuman. Pemerintah itu hamba Allah, yang menjatuhkan hukuman Allah kepada orang yang berbuat jahat.

ULANGAN 28 : 47 – 48
47 TUHAN, Allah kamu sudah memberkati kamu dalam segala hal, tetapi kamu tidak mengabdi kepada-Nya dengan hati yang suka dan gembira.
48 Oleh itu kamu akan mengabdi kepada musuh yang akan dikirim oleh TUHAN untuk melawan kamu. Kamu akan lapar, dahaga, dan bertelanjang; kamu kekurangan segala-galanya. TUHAN [178] akan menindas kamu dengan kejam sehingga kamu binasa.

2 KORINTUS 5 : 1 – 14
1 Kami berkata demikian kerana kami tahu bahawa apabila khemah – iaitu tubuh yang kita diami di dunia ini – dirobohkan, Allah akan menyediakan tempat tinggal di syurga bagi kita. Tempat tinggal itu dibuat oleh Allah sendiri, dan tahan selama-lamanya.
2 Dalam keadaan yang sekarang ini, kita mengeluh kerana sangat rindu untuk tinggal di khemah yang baru, yang dari syurga.
3 Kita ingin dipakaikan tubuh yang baru itu, supaya kita tidak telanjang.
4 Selama kita tinggal di dalam khemah di dunia ini, kita mengeluh kerana beban kita berat. Bukannya kita ingin meninggalkan tubuh kita yang di dunia ini, tetapi kita ingin dipakaikan tubuh yang dari syurga. Dengan demikian tubuh kita yang fana akan diubah oleh tubuh yang abadi.
5 Allah sudah mempersiapkan kita untuk perubahan itu, dan Dia mengurniai kita Roh-Nya sebagai jaminan bagi segala sesuatu yang disediakan-Nya untuk kita.
6 Oleh itu kami sentiasa tabah hati. Kami tahu bahawa selama kami tinggal di dalam tubuh ini, kami jauh dari tempat tinggal yang akan kami diami bersama-sama Tuhan.
7 Hidup kami berdasarkan kepercayaan kepada Kristus, dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat.
8 Itulah sebabnya kami tabah hati. Kami lebih suka meninggalkan tubuh ini, supaya dapat tinggal bersama-sama Tuhan.
9 Oleh itu kami ingin menyenangkan hati Tuhan, baik selama kami di tubuh ini di sini, ataupun di sana.
10 [19†] Hal itu demikian kerana kita semua harus menghadap Kristus, yang akan menghakimi kita semua. Setiap orang akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia ini – perbuatan baik ataupun jahat.
11 Kami mengetahui apa ertinya takut akan Tuhan; itulah sebabnya kami berusaha meyakinkan orang lain. Allah mengenal kami dengan sepenuhnya, dan aku juga berharap kamu mengenal kami dengan baik.
12 Kami tidak mahu membanggakan diri di hadapan kamu. Sebaliknya kami hanya mahu memberikan alasan yang baik, supaya kamu boleh bangga dengan kami. Dengan demikian kamu dapat menjawab orang yang mementingkan rupa orang dan bukan sifat mereka.
13 Jika kami nampaknya gila, hal itu untuk kepentingan Allah. Jika kami nampaknya waras, hal itu untuk kepentingan kamu.
14 Kami dikuasai oleh kasih Kristus; kami sedar bahawa satu orang, iaitu Yesus Kristus sudah mati untuk semua orang. Hal ini bererti bahawa semua orang juga sudah mati secara rohani.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *